Friday, December 30, 2011

Mi - Ghost Protocol. Memang Best!


(Kredit)

Minggu lepas wa berkesempatan pergi menonton wayang. Agak lama lar jugak tak tengok citer terbaru dipanggung wayang. Rasanye sejak Portugis serang Melaka dulu ar (Melaka lagi.. kenapa ek wa asyik sebut jer negeri tu. Negeri lain kat Malaysia takde ker?) Hahaha. Entahnye.. wa sendiri pun tak tau. Kalau lu org tau, cer citer.. cer citer kat wa. Hehe

Bab beratur ni yang leceh sikit.

Ok lar.. tinggalkan bab berangan tu. Kita sambung balik citer wa. Sebenarnya perkara yang buat wa beria2 nak tengok wayang ni sebab ada pelakon kegemaran wa – Tom Cruise. Boleh dikatakan hampir kesemua (walaupun tak semua) filemnya wa tonton. Masa mula2 tayangan citer MI-Ghost Protocol ni, memang susah nak dapat tiket sebab panggung selalu penuh.



Citer ni memang best. Kebanyakan jalan citernya suspen jer. Ada jugak unsur komedi. Walaupun dialog atau memek mukanya bersahaja..tapi kita yang dengar ni boleh tergelak pulak. Wa boleh katakan diantara sekuel Mission Impossible, ini yang terbaik. Jalan citernya tak boleh dijangka sebab segala yang dirancang tak menjadi. Memang terbaik lar dari ladang. Hehe. Nak bagi berapa bintang pun wa tak tau..sebab bila wa kira bintang2 dilangit.. wa ternampak pulak insan beku yang comel disitu. Hahaha..

Penghujung citer ni ada touching sikit. Hero terpaksa melepaskan orang yang disayanginya atas sebab keselamatan. Hidup lar dia bersendiri dengan tugas2 nya. Issshh!!.. kalau wa lar tak sanggup macam tu. Membiarkan diri ini menjalani kehidupan sorang2. Wa pun nak jugak memberi dan menerima kasih, sayang dan cinta dari insan lain. (chewah!! dalam hati ada taman nampak!!) Apa.. tak boleh ker??
Hahahaha..

Thursday, December 22, 2011

Selamat Hari Lahir Buat Mak Yang Tersayang.



Hari ini 22hb Disember adalah hari lahir buat emak wa. Tiada kata-kata yang dapat digambarkan atas segala pengorbanan mak buat anak-anaknya yang dikasihi. Tiada jua dapat membalas segala jasa-jasa mak dalam membesarkan kami semua. Hanya kami dapat memohon panjang umur, murah rezeki dan kebahagian buat mak dalam setiap doa kami.



(Kredit)

"Ya ALLAH, ampunilah segala dosaku dan dosa kedua ibubapaku. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil lagi".

Amin..


Saturday, December 17, 2011

Peristiwa Di Waktu Hujan



As salam semua kengkawan yang wa sayangi dan cintai. Harap semuanya waras2 saja. Wa masih lagi selsema sekarang ni. Maklumlah..cuaca agak suam2 kuku sekarang ni. Bukan wa tak biasa masa kat Rom dulu. hehehe.

Hari Rabu yang lepas waktu wa balik kerja dan masa tu hujan lebat lagi.. wa ternampak sorang awek ni slow jer berhenti kat tepi highway. Wa dah agak mesti ada masalah kat motor dia. Kalau tak..mesti dia takkan berhenti punye dalam hujan2 lebat ni. Oh ya.. masa tu wa kat highway MEX menghala Putrajaya dari KL. Sebagai jejaka prihatin (ceh! hehe) wa pun berhenti tanya apa masalah dengan motor dia. Sebelum berhenti wa tengok2 jugak kat tayar motor kot2 bocor ker. Dengan muka yang agak cemas jugak dia cakap kat wa yang minyak motor dia dah habis dah. Entah camne wa teringat balik..ada lar sorang mamat tu pun masalah dia sama macam awek tu jugak. Wa ada follow dia dari belakang naik motor dan dengan tiba2 jer dia berhenti. Wa tanya lar kat dia, 'apsal lu berhenti bro?'. Dengan muka poyo dia cakap kat wa.. 'minyak motor wa dah habis lar bro'. Aduhhh... wa rasa nak tinggalkan jer dia kat tepi highway tu. Apsal tak isi siap2. Kalau tak cukup penuh.. wa boleh order tangki minyak lori pasang kat motor dia. Hahaha..


Gambar Hiasan
(Kredit)


Berbalik kat awek tadi.. kesian pulak wa tengok dia. Maklumlah.. perempuankan kaum yang lemah. Kena lar wa yang bantu. Hehe. Wa suruh dia naik motor dia macam biasa dan wa tolak pakai kaki sambil wa bawak motor wa jugak. Untuk pengetahuan lu org yang tak biasa dengan highway MEX ni.. dari KL ke Putrajaya, hanya ada 2 susur keluar jer kalau ikut highway ni. Satu susur keluar kat Bukit Jalil dan satu lagi terus ke Putrajaya. Agak2 kalau dia nak menolak motor dia tu.. mau lagi 5 kilometer nak sampai ke susur Bukit Jalil tu.

Sampai jer kat stesen minyak BHP Sri Petaling.. wa saja jer tanya kat awek yang nama Tia tu.. meter minyak dia rosak ker atau dia terlupa nak isi. Dia cakap dia dah ingat nak isi.. tapi terleka dan terus jer masuk highway tu. Bila dia teringat..dia dah tak boleh patah balik dah. Terpaksa redah jer. Terlangsung kat petrol pam, wa pun isi minyak motor wa jugak. Beringat lar jugak. Kang tak pasal2 wa pulak yang kena cenggitu. Sape lak yang nak nolong wa nanti. Terpaksa lar pikul jer motor tu. Baru lar padan muka wa. Masuk angin keluar asap! Hahaha..

Pengajaran dari citer wa ni.. selalu2 lar tengok meter minyak tu eh. Wa tak salahkan sesape. Maklum lar kadang2 kita TERLUPA. Bila ada perkataan 'ter' tu maknanya tak sengaja. Betul tak wahai kekasihku? Hehehehe..

Wednesday, December 7, 2011

Ada Sebabnya.



Berhati-hati ketika menggunakan telefon bimbit ketika di stesen minyak. Jika tak.. seperti video dibawah ni. Ada sebabnya mengapa larangan tu dibuat.






Amacam.. rasa gerun tak bila tengok? Wa tak rasa gerun..cuma serun jer! (ceh!.. sama lar tu) hehe.


Sekalung penghargaan buat blogger na'im nikmat atas video yang dipaparkan.


Monday, November 28, 2011

Pergi Salah..Tak Pergi Pun Salah.


As salam semua. Sebenarnya wa rasa simpati pada pasukan bolasepak Harimau Kuat Muda kita. Kalah buat kali yang ketiga dalam kelayakan Olimpik.

Kalau lu org nak tau.. masa tamat lawan Syria tempohari, bestfriend wa ada cakap. Dia kata..'bro, agaknya pasal kita datang stadium.. tu yang team Malaysia kalah'. Wa jawab balik..'mungkin ar bro..diorg terqezut tengok kita datang. Kita ni mana ada selalu datang walaupun stadium bukit jalil tu kalau kita jalan kaki pun sampai'. Hehe.

So..kitorg ambil keputusan tak nak datang stadium masa lawan Bahrian pulak. Yela.. harap2 dengan ketidakhadiran (dengan izin.. hehe) kitorg pasukan Malaysia boleh menang. Walaupun ada member yang beria2 ajak kitorg pergi stadium.

Keputusannya tetap Malaysia kecundang 2-3 walaupun dah mendahului 2-0. Jadi kesimpulannya, kitorg pergi stadium kalah.. tak pergi pun tetap kalah. Wa rasa diorg masih lagi dibuai sang bayu kejayaan Sukan Sea tu lagi.

Secara logiknya peluang Malaysia boleh dikatakan tertutup lar untuk ke pusingan seterusnya. TAPI.. boleh lagi ke peringkat seterusnya dengan syarat menang semua perlawanan selepas ini. Itu memang mustahil tapi dalam bolasepak apa saja boleh berlaku. Sebelum nak lawan nanti..kita kasi pasang lagu Mission Impossible kat pemain kita. Nak bangun tidur pasang lagu tu.. nak pergi mandi pasang jugak, waktu makan pasang lagi, nak jalan2 keluar kena mainkan kat handphone dan sebelum tidur kena hafalkan lagu tu. Baru kita boleh menang. Amacam.. best tak idea wa?

Hahahaha..


Lagi satu.. permainan bolasepak ni sememangnya kejam. Lebih kejam dari putus cinta tau.

Wakakakakaka.. (tak tau..nak nangis ker nak gelak!) huhu

Thursday, November 24, 2011

Letih - Punca Kekalahan.




(Kredit)


As salam semua. Sori ye terpaksa citer pasal bola jer. Maklumlah.. sekarang tengah hangat pasal pasukan bolasepak Malaysia sejak menang final Sukan Sea Indonesia.

Ok.. kali ni mengenai perlawanan kelayakan Olimpik London 2012 antara pasukan Malaysia lawan Syria. Wa tengok kat stadium bukit jalil dengan bestfriend wa. Dia demam2 pun semangat nak pergi stadium. Caya lar bro. hehe. Semangat lar jugak tengok penyokong yang datang walaupun tak seramai masa kelayakan Piala Dunia dulu.





Mr & Mrs Curly


Keputusannya Malaysia kalah 2-0 dan sepanjang perlawanan tu memang nampak pemain Harimau kuat Muda ni sememangnya keletihan. Balik jer dari Sukan Sea Indonesia, dah kena siap sedia untuk kelayakan Olimpik pulak. Yang tak puas hatinya.. gol kedua Syria tu. Nampak kesilapan bodoh pertahanan Malaysia. Kitorg faham lar lu org penat, tapi janganlah main macam tu. Wa malas lar nak kritik.. kesian pun ada. Jangan buat lagi sudahlah ar.






Pasukan Syria best lar.. tengah segar bugar lawan Malaysia. Tak aci lar macam ni. Takpe.. lawan kat tempat diorg nanti, kita kasi belasah pulak 20-0. (kalau nak menipu tu.. biar lar possible. Ini.. impossible!)

Hahahaha..


Tuesday, November 22, 2011

Tahniah..Tahniah..Tahniah!!


(Kredit)



Tahniah wa ucapkan pada pasukan bolasepak Malaysia Sukan Sea 2011 sebab menang perlawanan akhir menentang Indonesia. Memang sengit perlawanan tu dan jugak senget (kepala wa lar.. sebab penuh perasaan tengok game tu. hehe), yang akhirnya menjadi juara untuk memenangi pingat emas.

Walaupun banyak jugak peluang2 keemasan yang dilepaskan, terutamanya Fakri dan jugak Asraruddin.. tapi berbaloi untuk menang penentuan sepakan penalti. Wa memang tabik spring kat Apek..sebab dalam penentuan sepakan penalti, wa memang yakin dengan dia walaupun member2 wa dah tak sanggup nak tengok. haha.

Syabas sekali lagi walaupun sebelum ni wa banyak kritik diorg. Biasa lar.. dalam sesetengah permainan tu, lu perlukan pengkritik untuk tingkatkan tahap permainan lu. Jangan asyik nak puji jer. Kalau selalu puji, jawabnya diorg tak tahu lar kelemahan diorg. Lagi satu takut lupa daratan pulak. Macam si Tanggang terjun dengan labu-labunya (eh..betul ker peribahasa wa ni?)

Hahaha..


Friday, November 11, 2011

11.11.11 - Apa Ada Dengan Tarikh?






Yela..apa ada dengan tarikh. Tarikh hari ni selalu jer jadi sebutan. Bagi wa..tentu lar pasal ada nombor 11, nombor yang jadi kegemaran wa. Dulu masa wa main bola, awal2 lagi wa dah ambil jersi nombor 11 untuk wa pakai. Tu yang boleh jaringkan gol banyak2 tu. (ceh!! perasan jer) Hahaha.

Bagi pasangan yang nak berkahwin lak..mungkin diorg pilih tarikh ni. Yela.. cantik jer tarikhnya. Senang nak ingat masa nak sambut ulangtahun nanti. Hehe. Erm.. yang sebenarnya..masa hangat2 bercinta dulu, tarikh ini lar menjadi idaman wa jika ade jodoh dengan sidia.  Janji untuk sehidup semati.(chewah!! macam dalam drama lak. dulu2 lar eh). Menjadi peneman hidupnya dikala suka dan duka. Dan menempuh liku2 kehidupan ini bersama2.





 
Memang benar bagai yang dikata.. manusia hanya mampu merancang, ALLAH jua yang menentukannya. Kebahagiaan yang diimpikan.. putus ditengah jalan. Tiada daya kita untuk menolak apa yang telah di takdirkan untuk kita. Kita terimanya dengan redha. Apa saja yang berlaku.. mungkin ada hikmah disebaliknya. Bak kata kekasihku jua..jangan sesekali kita lupa.. ALLAH telah tetapkan tiap2 insan itu, ada pasangannya masing2.

Dan mungkin pasangan yang ditakdirkan untuk kita tu, ada nun jauh di tempat2 yang kita tak sangka2. Atau mungkin juga berada berdekatan dengan kita. Tak pun berjiran dengan kita. Kalau Johor.. jirannya Melaka kan!! Amacam.. boleh tak orang Melaka? (senyum)

Hahahaha..

Wednesday, November 9, 2011

Keputusan Bolasepak Sukan Sea Malaysia lawan Thailand


(Kredit)


As salam semua. Salam AidilAdha wa ucapkn jika belum terlambat lagi.

Petang tadi wa tengok perlawanan bolasepak Sukan Sea 2011 Malaysia lawan Thailand kat tv. Pasukan Malaysia menang perlawanan tu 2-1 tapi bagi wa keseluruhan pasukan Malaysia mengecewakan.


Pasukan Malaysia
(Kredit)


Dalam perlawanan bertaraf antarabangsa.. bukan Liga Malaysia ar, kalau pasukan lu lepaskan banyak peluang menjaringkan gol.. peluang untuk pasukan lu KALAH adalah tinggi. Nasib baik pasukan Thailand kekurangan sorang pemain. Kalau tak, silap2 diorg yang menang.

Lu orang tak tau macam mana perasaan wa bila tengok perlawanan tu. Nasib baik TV tu harganya mahal. Kalau setakat beli RM10 dapat dua.. dah lama wa campak. Tak pun wa kasi karate atau flying kiss kick tv tu. Baru padan muka wa.

hahahaha...


Saturday, October 29, 2011

Pemakaian Tudung Akan Di Haramkan Di Semua Intitusi Pendidikan Di Malaysia? Biar Betul!!


Terbaru.. ini maklumat yang wa dapat dari Putrajaya. Pihak Menteri juga sudah mengeluarkan pekeliling bagi pengharaman pemakaian tudung ini di semua intitusi2 pengajian tinggi dan juga di sekolah2. Adakah ini realiti atau fantasi?


Gambar hanyalah sekadar Hiasan


Pihak Menteri juga telah menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram dipakai sewaktu berada di dalam sekolah atau pun kawasan kampus. Antara jenis tudung yang tidak boleh di pakai ialah:-

1. TUDUNG SAJI
2. TUDUNG PERIUK.
3. TUDUNG TERMOS.
4. TUDUNG CAT.

5. TUDUNG BOTOL.

Dan berbagai-bagai lagi jenis TUDUNG yang selalu menjadi permainan murid sekolah.. masih lagi dalam pemerhatian.

hehehe..

Lu org semua dah terkena. Sori ar.. sekali sekala wa bergurau. Saja nak kasi ringan sikit kepala. Jangan marah ar.

hahahaha..

Penghargaan entri ni wa ambil dari sini.

Tuesday, October 25, 2011

Main Futsal



Galaxy Bandar Baru Bangi


As salam.. Lama jugak tak bersukan ni. Yela.. kadang2 banyak program yang kena buat. Jumpa Obama lar.. Ban Kim Moon lar.. Tun Mahathir lar.. tak pun jumpa skandal2 Hollywood wa yang diorg tu tak sabar2 nak berjumpa. Hahaha ( jangan percaya ar.. hehe).




Hari Ahad lepas member lama wa ajak wa dengan member2 yang lain masuk pertandingan Futsal. Sebenarnya kitorg ni jadi bidan terjun jer sebab member dia yang sepatutnya main, tak dapat datang. Jadi member ni terus teringat kat kitorg. Wa pun tak tau kenapa. Mungkin kitorg ni pemain yang terhebat di alam fana ni kot. hehe


dari kiri: Mr Curly, Dan (merangkap pengurus) & Adi


Penyokong setia tu.. Mrs curly & Cik Panadol

Ok.. dengan takde apa2 persiapan kitorg pun terus terjah masuk gelanggang. Yela.. pasukan lain ada jugak tendang2 bola. Kitorg ni.. boleh duduk terbongkang jer. Macam bersantai pun ada. Dah terbayang detik2 kekalahan masa melepak tu. Haha. Sebelum tu lu org nak tau tak apa nama pasukan kitorg ni. Lu org jangan gelak ar.. nama pasukan ni 'Tak redah tak tau'. Amacam.. best tak nama tu? Ceh.. gelak sakan nampak. huhu.



gaya pemain hebat tuuuu..!! hahaha


Macam tak percaya jer kitorg boleh masuk pusingan kedua. Dengan keputusan 2 kali seri dan 1 kemenangan.. kitorg layak ke pusingan kedua jumpa dengan pasukan 'Jumpa di final'. Lu org boleh tengok sendiri lar nama pasukan tu. Memang kitorg kena belasah 4-1. Tapi.. gol pendahuluan wa yang score tau. Kira kalah pun puas hati. Janji dapat score. Bila wisel penamat wa pulak yang bersorak sakan meraikan gol wa yang sebijik tu. Siap pusing satu gelanggang tu sambil angkat2 tangan. Hahahaha



p/s: penat tu main futsal.. sampai dah nak bergoncang2 tulang wa. hehe

Friday, October 21, 2011

Info Ringkas Mengenai Piala Malaysia







As salam kengkawan yang wa sayangi dan cintai.(?) hehe.

Dah lama wa tak citer pasal bola ni. Apa nak buat.. dah minat wa. Takkan wa nak citer pasal bola jaring kan! hehe.

Kali ni wa nak kongsikan sikit info ringkas mengenai Piala Malaysia. Sekarang pun tengah hangat perlawanan separuh akhir Selangor lawan Terengganu dan T.Team lawan Negeri Sembilan. Ramalan wa pasukan yang akan ke final adalah Terengganu lawan Negeri Sembilan. Penyokong Selangor dengan T.Team jangan marah ar. Pasukan lu org belum cukup mantap lagi. Banyak2 kan berlatih karaoke atau joget lambak eh. Mesti menang lain kali. hahaha

Ok..info ringkas ni wa petik dari suratkhabar SinarHarian bertarikh 21 Oktober 2011.


1. KELANTAN mengambil masa 89 tahun
untuk menjulang Piala Malaysia
buat kali pertama
pada 2010.

2. MPPJ muncul kelab pertama
menjulang Piala Malaysia
pada 2004.

3. MELAKA satu-satunya
pasukan negeri yang
tidak pernah
melangkah ke pentas
akhir Piala Malaysia.


Wa tertarik info yang ketiga tu. Wa banyak hairan.. pasukan Melaka mesti handal-handal kan! Yela.. orang-orang Melaka ni semua berdarah panglima. Macam mana boleh kalah. hehe. Agaknya masa main tu, bila diorg tak puas hati diorg silat kan pasukan lawan. Tu yang ramai kena kad merah tu. Darah panglima.. memang pantang dicabar!! Agaknya lar.. Jangan marah ar orang Melaka. Kekasihku pun jangan marah ye.

Hahahahahahaha...


Tuesday, October 18, 2011

Malaysia Negara Ke 19 Paling Selamat?







As salam semua. Wa doakan semuanya sihat2 selalu.
Sebenarnya dah lama wa nak ulaskan perkara ni.. dan mungkin jugak lu org pun dah lama tau pasal ni. Tapi baru sekarang wa berkesempatan untuk publishkan. Tak salahkan kalau wa nak ulang balik pasal ni! hehe (ala..toksah nak menipu.. dah kena sound dengan kekasih gelap baru nak update kan! hahaha). 

Mengikut kajian Global Peace Index 2011 (GPI) yang berpengkalan di Australia, negara kita Malaysia ditempat yang ke 19 paling selamat dari 153 negara di seluruh dunia. Dan badan terbabit jugak meletakkan negara kita paling aman di rantau Asia Tenggara.

Sekali tengok atau dengar.. fuhh!! mesti bangga gilerkan! Apa taknya.. dalam banyak2 negara didunia ni, kita ke 19 paling selamat. Memang bangga ar. Tengok hidung wa.. kempas kempis menahan rasa bangga sungguh! hehe. Tapi..betul ker cenggitu? Di atas kertas memang cantik.. tapi dari segi realitinya apa pendapat lu org?

Saban hari kita dihidangkan dengan bermacam2 kes jenayah di suratkhabar. Bunuh lar.. rompak lar.. ragut dan macam2 lagi ar. Tu belum kira lagi kes buang bayi.. yang wa rasa nak campak jer sape yang buang bayi tu kat Selat Melaka. Lepas tu kasi lenyek dengan kapal2 yang lalu kat situ. Bagi pengajaran sikit kat diorg ni betapa kejamnya sifat2 diorg pada bayi yang tak berdosa tu.

Sori ar.. ter emosional sikit. Bukan apa..geram jer. Ok.. dari segi kajian tu wa tak tau lar apa penilaian atau kriteria2 yang diorg gunakan untuk menilai sesuatu negara tersebut. Mungkin diorg yang lebih arif. Tapi bagi wa.. kita belum boleh bangga atas pengiktirafan tersebut. Yang penting.. kita kena berwaspada selalu.

Sebut pasal selamat ni.. kat tempat wa duduk sekarang, dah rasa cam tak selamat jer. Wa perhatikan dah makin ramai pulak warga asing ni. Kalau lu org nak tau.. wa dah rasa macam duduk dalam zon antarabangsa pulak. Tak pun kat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. hehe. Orang Afrika ada.. Zimbabwe ada.. Indon dan Nepal pun ada.. Bangla..?? (adik manis..mana mau pigi) toksah cakap lar, setiap 10 langkah wa jer..mesti jumpa kaum diorg. Ceh!!!

Tuesday, October 11, 2011

Laptop Budak Johor Kena Rampas??


Gambar Hiasan
(Kredit)



Argggghhhhh.. apa salah wa? Apa yang wa dah buat sampai laptop wa kena rampas? Ni yang wa hangin satu badan ni.

Wa takde buat apa2 kesalahan pon. Adakah wa belot pada ejen2 CTU yang lain? Takde lar pulak sebab wa ni ejen yang berdedikasi, bersopan-santun, lemah lembut (dengan gaya macam dalam citer 'syurga cinta'. hehe) dan murah hati.



Adakah wa geng dengan pengganas? Itu pun tak betul jugak sebab wa ni tak suka pada keganasan.( chewah.. dialog macam citer Azura pulak!) haha.

Sebenarnya takde apa2 pon yang wa buat sampai laptop wa kena rampas. Saje jer bikin gempak! hehe. Laptop wa tu wa hantar repair kat Hewlett Packard (HP) service centre Bukit Damansara. Tapi memang kena rampas.. rampas secara rela hati dengan awek HP tu. hehe.


HP Bukit Damansara

Dia bagitau wa punya data2 kat dalam tu akan dipadamkan semuanya dan reinstall balik. Ini semua sebab dah kena virus tahap kronik ni. Bukan virus selsema burung atau virus kencing tikus ar. hehe. Jadi.. sebelum wa serahkan laptop wa tu (3 hari kena tinggalkan), wa dah keluarkan semua fail2 penting kat dalam tu termasuk lar fail2 skandal wa dengan Natalie Portman, Jessica Alba, Keira Knightly, Beyonce, Jorja Fox dan Megan Fox. Kekasih gelap wa?? Ooo itu wa dah simpan tempat special punye! Nak tau kat mane? Kat dalam hati wa lar. Hahahaha..


Sunday, October 2, 2011

Kenangan Lalu.


As salam.
Pagi ni dalam pukul 4.18am semasa tengah online sambil dengar Best 104, tiba-tiba keluar lagu Flybaits - Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta. Terus stop membaca.. layan lagu ni kejap. Sekilas teringat kenangan lalu bersama sidia. Mendengar bait demi bait lagu ni seakan sama pernah terjadi pada diri ini. Terasa payah untuk menerima kenyataan itu pada mulanya. Terasa sukar untuk melupakan dirinya yang istimewa yang pernah singgah di hati ini. Mujur punyai kawan setia yang tak putus-putus memberi sokongan agar tabah menempuhi liku-liku perjalanan hidup ini. Terima kasih wa ucapkan pada lu wahai sahabat. Lu lar sahabat sejati wa dunia akhirat. Wa bersyukur punyai sahabat seperti lu.



Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta

Seketika itu sepi mencuit hati 
Ada suara hujan seakan menyanyi 
Mendendangkan lagu syahdu 
Ketika ku terpegun 
Merenung jauh gambarmu ayang ku 

Terkilan rasa bila kata-katamu 
Kau ucapkan padaku, membuat ku terpaku 
Bersama-sama suratmu, setelah ku baca kini 
Seolah ku berada dalam mimpi 

Titisan demi titisan 
Airmata ku jatuh berlinangan 
Kugenggam gambarmu dalam pelukan mesra
Tak mungkin dapat ku melupakanmu... Sayang... 

Di dalam dunia ini 
Tak mungkin dapat ku cari pengganti dirimu 
Oh... mengapa perpisahan yang kau pinta 

Janganlah kau lupa suatu ketika dulu 
Kita pernah bersama berjanji dan bercinta 
Kini nyata kau mungkiri setelah janjimu itu 
Di manakah letak kejujuranmu 

Dariku... dariku..






p/s: Sori.. bukan jiwang cuma teringat kenangan lalu. Masing-masing punyai kenangan lama kan!


Friday, September 30, 2011

Berjumpa Jugak Akhirnya.


As salam kengkawan yang wa sayangi. Wa doakan semuanya sihat2 sahaja. 
Ok.. lu org ingat tak pasal GA yang wa buat dulu. Kalau tak ingat lu org boleh tengok kat sini. Kalau tak ingat jugak.. lu org boleh bukak siaran CNN sebab wa selalu call produser dia suruh tayangkan hari2 kat segmen berita diorg. hahahaha (kalau lu org percaya jugak..wa tak tahu nak cakap apa. hehe)


hadiah + duit raya sekali. hehe


Blogger yang wa maksudkan tu adalah jue. Lu org boleh bayangkan tak, baru sekarang wa dapat bagi hadiah tu kat dia. Fuhhhh.. lama tu wa simpan duit dia. Risau jugak wa kot2 jue ni hantar 'along' ker, gangster ( bini2 ku gangster..hehe) ker datang pukul wa. Tak pun simbah cat kaler pink kat kereta wa sebab wa tak bagi duit dia lagi. hehe. Tapi..jue ni baik, lagi pun dia yang suruh wa simpankan dulu duit dia tu. Lagi satu.. manis jugak orangnya tau. (alamak..!! kekasih gelapku dah marah. cabutttttttt... run for your lifeee!!!) hahahahaha..


mr & mrs curly pun ada sekali. nak eskot jue nanti. hehe
kitorg lepak uptown jer.



ececeh. haha



Lepas ni.. tah bila lagi nak update blog. hahahaha


Friday, September 23, 2011

Kekasih Gelapku


Khas buat kekasih gelapku
Izinkanku untuk mengilai sekejap.. hahahahahaha
Raya kan sebulan
Apa salahnya daku ingin beraya lagi. hehe


Kekasih gelapku yang setia juga. hehe
Walaupun rupamu tidak kukenal..tetapi cermin matamu tetap menjadi pujaan hatiku.

(Kredit)


Setelah kian lama daku merinduimu,
Dan setelah lama kau menghilang,
Kau muncul tanpa sebarang signal
Tapi itu sudah cukup buat diriku disini. (chewah)

Kau adalah sumber inspirasiku.
Kau memberi ilham buat diriku mencoret entri baru.
Tapi..jika blogku telah mula bersawang,
Itu adalah kerana bekalan internetku telah kehabisan lul lazi. hehe

Terpaksa daku menjadi peminat setia kedai mamak yang ada wifi.
Sehinggakan gambarku terpampang didinding kedai.. "orang yang tidak dikehendaki". haha

Terima kasih di atas kesetiaanmu yang tidak pernah pudar
Berkunjung ke rumahku tanpa rasa jemu.
Ku ingin mengenalimu dengan lebih dekat lagi..
tapi apakan daya dikau umpama biskut chipsmore,
kejap ada kejap takde. (senyum)

Jika kau ingin tahu.. waktu rinduku padamu datang menjengah,
Bumbung rumahmu berpuluh kali dalam sehari daku terjah.
hahaha..

Jika kau ada pesanan buatku.. aku juga punya pesanan untukmu,
"Jangan main nyorok2 lagi ar."
hehe


Walau ke mana pun dikau pergi,
ku ingin selalu disampingmu.

(Kredit)


Wednesday, September 14, 2011

Haha.. Orang Kata Raya Tak Sah Kalau Tak Dengar Bunyi Ni.




Assalam semua. Masih mood raya? Kali ni wa tunjukkan gambar aje lar ek. Apa lagi.. main mercun lar. hehe.





Ni semua gambar dari benda alah yang kat bawah ni. Benda ni sebenarnya tercicir dari tentera NATO yang lalu kat kampung wa. (ceh!! nampak sangat nipu nya!) hahahaha


klcc a.k.a bateri

Lama tu dia meletup.. sampai wa pergi bilik air tujuh kali pon dia tak habis2 lagi.
wuahahaha!!

Ok..jom layan pulak lagu raya Hattan ni.


 

Friday, September 9, 2011

Tak Puas Beraya Sebab Ni..



dari Parit Yaani ke Yong Peng.
2 jam wa tersangkut. Aduhhh..!


Kali ni wa nak citer pasal beraya kat kampung. Memang seronok beraya kat kampung ni tapi yang tak bestnya.. jalan jem. Terbantut sekejap mood nak pegi beraya. Tapi nak buat camne kan! Masing2 ada kenderaan sendiri. Ini lar masa nak beraya rumah sedara mara. Yela.. takkan nak pegi beraya jalan kaki. Kalau dekat2 takpe lar. Naik basikal pun takde hal. Ni sedara yang duduk diluar liputan kawasan. hehe


Malam pun jem jugak.!!( 11.45pm- bandar Batu Pahat)


Mesti lu org pun ada tersangkut jem jugakkan kat kampung masing2. Separuh dari masa tu terpaksa lar beraya kat jalanraya. Kena sabar je lar. Tapi harap2 jangan sampai bentang tikar lak kat jalanraya tu sebab jem teruk sangat.

hahahaha..

Selamat beraya lagi ar.

Monday, September 5, 2011

Raya Yang Bermakna Sangat






Apa khabar semua. Masih beraya lagi ker? Kalau lu org tanya wa, wa ni masih dalam mood beraya lagi. Sampai nak buat kerja pun rasa malas jer. Kalau nak makan pun, asyik teringin jer nak makan ketupat dengan rendang lagi. Hehe. Mana nak cari ek? Takkan sedara mara atau jiran2 ada buat lagi kan! Nak anyam ketupat bukan tak bole, wa terer tau anyam2 ketupat ni. Kalau nak ajak lawan takde hal punye! haha. Tapi bab nak rebus tu yang lambat bebenor. Kurang2 3 jam kena tunggu. Aduh..! tak dapat lar nak merasa lagi.

Sebenarnya tahun ni wa rasa bermakna sangat wa sambut hari raya. Hilang segala kerinduan wa pada seseorang selama ini. Tak payah lar wa citerkan ek. Cukuplah sekadar wa yang tahu. Sori ar. hehe


Biar apa pun masalah,
gembira selalu
(Kredit)


Wa nak mintak maaf selama wa berblog ni jika ada terkasar bahasa, terkutuk pada sesapa atau tergelak lebih2 pada lu org.. wa menyusun sepuluh jari memohon ampun. Maafkan wa ek.


p/s: kalau sesapa nak jemput wa datang beraya, wa takde hal. Lagi wa suka. Lu org belum letak telefon lagi..wa mesti dah sampai punye.! hahahaha