Sunday, July 31, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak


As salam semua. Besok dah start puasa.. jadi wa nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1432H.



Perkataan yang cantik ALLAH,
Lagu yang merdu AZAN,
Novel yang menarik AL-QURAN,
Senaman yang baik SOLAT,
dan
Diet yang mujarab PUASA.


(kredit)

puasa jangan tak puasa ar. hehe


Selamat Berpuasa..

Saturday, July 30, 2011

Al-Fatihah Buat Deejay Best 104



As salam.. pagi tadi dalam pukul 3.37 pagi, masa wa bukak siaran Best 104 (siaran Johor-sensasi selatan) dalam kereta.. deejay zaryn sedang ke udara dalam rancangan getaran jiwa. Dengan suara yang tak berapa jelas.. dan setelah wa dengar betul2, rupa2 nya beliau menangis mengumumkan deejay Burhan Mohtarudin atau lebih dikenali sebagai BBD telah kembali kerahmatullah.

Wa terkejut sebab wa memang salah seorang peminat beliau. Rancangan yang beliau kendalikan sememangnya yang wa tunggu2 iaitu Carta Best 104 setiap pagi Ahad. Allahyarham juga adalah deejay yang berjaya mencipta rekod ke udara selama 104 jam yang dilakukannya pada 2hb Oktober 2000 dan kejayaannya dicatitkan dalam Malaysian Book of Record.

Salam takziah wa ucapkan pada keluarga Allahyarham dan juga pada deejay2 Best 104 yang lain. Semoga roh beliau sentiasa dicucuri rahmatNya.

AL-FATIHAH..

Friday, July 29, 2011

Arrrrrghhhh.. Sakit Jiwa Ar



gambau google



As salam semua.. siang tadi wa memang bengkek ler sebab jalan2 kat sekitar KL ni jem teruk. Bukan wa tak biasa jalan jem ni.. tapi hari ni memang wa hangin satu badan. Kalau wa bawak keta tu tak kisah lar.. ini wa bawak motor. Memang jem giler hari ni.

Wa manyak hairan lar.. dengan hati yang bengkek, wa pun siasat lar. Maklum lar.. sebagai ejen CTU kena lar buat keja sendiri. hehe. Siasat punye siasat.. rupa2 nye jem ni disebabkan Shoping Kompleks SOGO buat jualan murah giler untuk member club SOGO.

Aduhhhh.. disebabkan ini pun bole jem ker. Wa tanya lar kat laling Mr Curly (Mrs Curly), orang pompuan ni memang suka ker SOGO buat sale2 murah ni.? Dia jawab.. yela, orang pompuan ni suka menggunakan peluang yang ada sebab tak mahu beli barang yang sama dengan harga yang mahal. Baik beli masa sale. Nak lagi kalau yang dah berkeluarga.. beli banyak tapi harga murah.

Fuhhh.. dasat lar orang pompuan ni. Diorg boleh bikin 1 KL ni jem teruk. hehe. Kalau orang lelaki, wa tak tau lar. Amacam orang lelaki (wa lar jugak).. lu org boleh buat ker macam orang pompuan ni? Keluar pegi shoping ramai2 satu kaum jer!

hahahahaha...


Wednesday, July 27, 2011

Hari Mengetes Sweetie Cheese Yang Sedap


As salam semua.. sori lar wa lambat update gambar2 masa hari mengetes sweetie cheese tempohari. Bukan apa..wa ni memang suka buat yang penghabisan sekali. Agak2 orang dah lupa, wa baru buat. Baru lar seronok. hahaha.

Ok.. wa tak mau story banyak2 sebab member2 wa, Mr Curly ngan Cik Panadol dah citerkan. Apa yang wa nak cakap..diorg dah tolong cakapkan dulu. hehe. Kita layan gambau ek.


ni lar chef nye.. manis orangnye semanis kek nye. (bukan bodek ar) hehehe

ni lar camera man masa wedding putera william ngan kate tu.
wa kidnap dia sekejap. hahaha (sila jangan percaya. hehe)


Wa ucapkan terima kasih lar pada yang sudi menjoinkan diri pada hari tersebut walau pun itu bukan majlis wa. Antaranya Rerame Ungu yang paling awal sampai. Oleh kerana dia datang awal kitorg terpaksa mendera dia packing2 goodies. hahaha (jangan marah ye Rerame Ungu.. takut lak nanti dia serik nak datang lagi. huhu). Cikgu Wan, Kecik ngan Fazilzura and family pun ada join sekali. Memang happening dan riuh lar jugak. hehe


dari kiri cepat jalan : RerameUngu, Cik Panadol, Kecik dan Cikgu Wan
(dasat diorg ni.. berdiskusi sampai ke malam. hehe)

Blogger Fazilzura (kanan)



Sekian lar sahaja ek. Mana2 yang rasa gambar dia takde tu wa mintak maaf bebanyak. Bukan apa.. kamera wa tu terlampau canggih sangat. Tak terjangkau blog wa ni nak disiarkan. (gambau blur daa...) hahahaha..



p/s : kemana lar menghilangnya kekasih gelapku ini. dah rindu bangat dah ni. haha

Wednesday, July 20, 2011

Hari Try Test Sweetie Cheese.



Sweetie Cheese. Nyam..nyam..nyam!! hehe


Salam semua. Kali ni wa nak citer pasal sweetie cheese (SC) member wa ni. Kira tolong promot kan lar. Dia bagitau wa yang chef buat SC ni nak buat hari untuk sape2 yang nak uji pandu rasa (test) SC dia ni. Bukan setakat SC ni saja yang dia offer, kek2 lain pun ada jugak untuk lu org cuba try test.

Berita baiknya semua tu percuma jer. (chewah.. macam iklan kat tv lak. hehe) Ala..free of charges (FOC) cakap orang Jerman. Haha. Tarikh yang dia nak buat macam kat bawah ni:


Majlis : Hari Cuba Try Test SC
Tarikh : 24 Julai 2011
Hari : Ahad
Tempat : Taman Tasik Titiwangsa
Masa : 5.00 petang



Apa lagi yang lu org tunggu. Kasi serang lar tasik titiwangsa pada petang Ahad nanti. TAPI.. ada tapinya, lu org kena emel dulu kat member wa ni sebelum hari Ahad tu. Dalam emel tu lu org boleh bagi no telefon lu org kat member wa ni kalau lu org Confirm nak datang nanti. Bukan apa.. 20 emel TERAWAL lu org akan dapat doorgift yang chef SC nak kasi. Lagi satu.. kalau lu org tak bagitau awal2 dan terus terjah jer, chef takut kek nanti tak cukup. Nanti susah pulak wa nak terjun tasik tu cari ikan buat lauk. hahaha. Alamat emelnya.. zcurlie@gmail.com. Emel ar jangan tak emel.

Sebelum ni member wa ni cakap sejak dia jual SC ni, banyak feedback yang dia dapat dari blogger2 yang tanyakan ada tak SC yang untuk diorg test. So.. ini lar hari yang patut lu org tunggu2 kan. Rugi ooor kalau lu org tak datang. Jumpa disana nanti ar.

KITA JUMPA DISANA.. SANA..SANA..SAAAANAA!!!!



Wednesday, July 13, 2011

Ceh!! Mengecewakan.. hehe


Salam semua.. mohon maaf agak lama tak update blog. Sibuk sikit dengan kerja. Ingat nak menyaingi kesibukan kekasih gelapku punya kerja..tapi tak terlawan lar. hahaha.



Pemain tersohor (anak panah) hehe



Ok..petang tadi singgah jap tengok member main bola kat padang Hospital Kuala Lumpur (HKL). Awal2 dia dah mesej suruh datang tengok. Memandangkan padang tu tak jauh dari opis wa, so wa pun dengan semangat berkobar2 datang nak bagi sokongan kat dia.


Dah kecundang sebelum game habis. cet!! hehe


Tapi bila wa sampai jer dan tak sempat pun nak duduk..tiba2 team dia dah bolos sebijik. Aduh..! wa menjerit kat dia, wa kata inikah sambutan dia kat wa yang sanggup meng'kensel'kan  temujanji wa dengan Presiden Obama semata2 nak bagi support kat dia. hehe. Tak lama lepas tu, dalam wa tercari2 port yang sesuai.. team dia kena bolos lagi. Apa lagi..wa pun terus lompat dari tempat duduk wa sebab kecewa punya pasal. Masa tu ada rasa2 nak jumpa doktor suruh doktor masukkan wa dalam wad sakit jiwa. Yela.. hospital sebelah jer kan. hahaha.


Oleh sebab frust punya pasal.. wa amik keputusan pergi tengok perlawanan bola jaring jer kat sebelah. Wa rasa bagi support kat diorg lagi bagus dari tengok member wa main bola. hehe. Lagipun diorg2 tu semua cun2 jugak. Jangan marah ar. hehehehe..



Tengok game ni lagi bagus kan! hahaha