Tuesday, October 18, 2011

Malaysia Negara Ke 19 Paling Selamat?







As salam semua. Wa doakan semuanya sihat2 selalu.
Sebenarnya dah lama wa nak ulaskan perkara ni.. dan mungkin jugak lu org pun dah lama tau pasal ni. Tapi baru sekarang wa berkesempatan untuk publishkan. Tak salahkan kalau wa nak ulang balik pasal ni! hehe (ala..toksah nak menipu.. dah kena sound dengan kekasih gelap baru nak update kan! hahaha). 

Mengikut kajian Global Peace Index 2011 (GPI) yang berpengkalan di Australia, negara kita Malaysia ditempat yang ke 19 paling selamat dari 153 negara di seluruh dunia. Dan badan terbabit jugak meletakkan negara kita paling aman di rantau Asia Tenggara.

Sekali tengok atau dengar.. fuhh!! mesti bangga gilerkan! Apa taknya.. dalam banyak2 negara didunia ni, kita ke 19 paling selamat. Memang bangga ar. Tengok hidung wa.. kempas kempis menahan rasa bangga sungguh! hehe. Tapi..betul ker cenggitu? Di atas kertas memang cantik.. tapi dari segi realitinya apa pendapat lu org?

Saban hari kita dihidangkan dengan bermacam2 kes jenayah di suratkhabar. Bunuh lar.. rompak lar.. ragut dan macam2 lagi ar. Tu belum kira lagi kes buang bayi.. yang wa rasa nak campak jer sape yang buang bayi tu kat Selat Melaka. Lepas tu kasi lenyek dengan kapal2 yang lalu kat situ. Bagi pengajaran sikit kat diorg ni betapa kejamnya sifat2 diorg pada bayi yang tak berdosa tu.

Sori ar.. ter emosional sikit. Bukan apa..geram jer. Ok.. dari segi kajian tu wa tak tau lar apa penilaian atau kriteria2 yang diorg gunakan untuk menilai sesuatu negara tersebut. Mungkin diorg yang lebih arif. Tapi bagi wa.. kita belum boleh bangga atas pengiktirafan tersebut. Yang penting.. kita kena berwaspada selalu.

Sebut pasal selamat ni.. kat tempat wa duduk sekarang, dah rasa cam tak selamat jer. Wa perhatikan dah makin ramai pulak warga asing ni. Kalau lu org nak tau.. wa dah rasa macam duduk dalam zon antarabangsa pulak. Tak pun kat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. hehe. Orang Afrika ada.. Zimbabwe ada.. Indon dan Nepal pun ada.. Bangla..?? (adik manis..mana mau pigi) toksah cakap lar, setiap 10 langkah wa jer..mesti jumpa kaum diorg. Ceh!!!

4 comments:

Alin Marlini said...

Alhamdulillah....bangsa asing ni mmg menakutkan..kat kg saya dah macam negara dorang plak..mewah berkedai..

bdk johor said...

Alin Marlini:

tu lar pasal Alin.. cuba pegi klcc time2 cuti umum. penuh dengan kaum diorg jer.

cik sakdi said...

gua rasa ngara lain jenayah lagi teruk kot bro...

bdk johor said...

cik sakdi:

Ai cik sakdi kedaung.. lama tak nampak. hehe.
Memang betul tu.. wa rasa negara lain jenayah dia lagi dashyat tu.