Wednesday, July 23, 2014

Selamat Balik Kampung. Berhati2 Selalu Ek!



video


Assalam kengkawan semua. Aiseh...dah kemas kain baju nampak. Nak balik kampung ek. Tapi..wa nampak dah cam orang nak lari dari rumah pun ada. Yela.. beg semua besar2. Hahahaha

Yela.. dah tak sabar2 dah kan! Tapi.. apa2 pun wa harap lu orang semua pastikan diri tu cergas masa nak memandu nanti. Cukupkan tidur tu (eleh.. wa sendiri pon selalu tido lambat. Hehehe). Lagi satu.. jangan lar lu orang berlumba lak nanti kat jalanraya ek. Biar lambat..asal selamat. Tak lari gunung di kejar. Eh silap lak! Tak lari kampung di kejar! 

Hahahaha

Tapi..sebelum tu, jom layan lagu raya dendangan Avril Lavigne..Pulang Di Hari Raya. Haa! Nape.! tak percaya ker dia nyanyi? Halo bro..jangan kata lagu melayu.. lagu jawa pun dia boleh ar! Small matter kata dia.

Hahahaha


video




Thursday, July 17, 2014

Selamat Berpuasa Semua





Salam Ramadan wa ucapkan pada semua. Hari ni dah hari ke 19 Ramadan kita berpuasa. Ada sesapa tinggal puasa tak? Hehe

Puasa.. jangan tak puasa. Walaupun cuaca sangat panas..tapi jangan lar nak mengelat lak ek. Hehe. Kalau sesapa dapat puasa penuh.. wa akan bagi hadiah. Iaitu sampul duit raya. Bukan duit ar.. tapi sampul jer.

Hahahaha..


p/s: tahniah buat pasukan Jerman@Johor (pasukan juara memang bermula dengan huruf 'J'. Hahaha) sebab menang piala dunia dan liga super. Wa dah janji dengan pasukan Jerman nak belanja makan durian sebab menang piala dunia. Diorang boleh melantak sepuas-puasnya.. nak panjat pokok tu ker.. nak pecahkan pokok tu ker.. nak bengkokkan pokok tu ker.. semua boleh.. tapi dengan syarat trofi piala dunia tu kena tinggalkan kat wa. Sebab wa buat alu lesung batu.

Hahahahaha..