Friday, December 26, 2014

Berita Sedih Buat Mangsa Banjir





Apa dah jadi sekarang ni.? Wa ingat nak cover jangan orang tau.
Alih2.. dah pun keluar berita. Huhu

Rupa2nya disaat rakyat jelata bersabung nyawa mengharungi bencana banjir.. Perdana Menteri kesayangan ramai ni ada kat luar negeri gamaknya. Tengah main golf pulak tu.
Aduhhh... kebejatan apakah ni. Sepatutnya disaat ini.. biar pun tidak turun padang atau takut mengharungi air banjir, apa salahnya berada di dalam negara. Sokongan moral dari pemimpin lar yang amat ditunggu2 oleh mangsa banjir.

Cukup sekadar menunjukkan muka.. bukannya memberi arahan dari jauh. Malang sungguh kami rakyat marhaen ni.




Ketika lebih 90,000 rakyat Malaysia sedang menderita menanggung sengsara kerana menjadi mangsa banjir yang terburuk yang melanda negara..
Ketika mereka kesejukkan, kelaparan, tidur bersesak-sesak dalam pusat Pemindahan Banjir yang dikhabarkan lebih indah khabar dari rupa..
Ketika mereka termenung memikirkan bagaimana untuk mengharungi hidup seterusnya selepas banjir yang melanda ini memusnahkan harta benda mereka dalam sekelip mata..

Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak dilaporkan muncul secara tiba-tiba ketika Obama sedang bermain Golf dengan keluarga dan rakannya di di pengkalan armada laut Amarika, Kanehoe Bay, Honoulu, Hawai. 

(petikan/kredit dari sini)


Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menghabiskan cuti Krismas di Hawaii ditemani rakan-rakan dan keluarga bermain golf serta beristirehat. Namun, bersama beliau di lapangan golf adalah tetamu mengejutkan, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak.
The Washington Post melaporkan hari ini, Najib antara empat orang termasuk Joe Paulsen dan Mike Brush, bermain golf bersama Obama di pengkalan Marine Corps, Kanehoe Bay.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/obama-dan-najib-menikmati-golf-di-hawaii#sthash.tuOp28NO.dpuf


Marilah sama2 kita berdoa agar segala musibah ini segera berakhir. Amin..



Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menghabiskan cuti Krismas di Hawaii ditemani rakan-rakan dan keluarga bermain golf serta beristirehat. Namun, bersama beliau di lapangan golf adalah tetamu mengejutkan, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak.
The Washington Post melaporkan hari ini, Najib antara empat orang termasuk Joe Paulsen dan Mike Brush, bermain golf bersama Obama di pengkalan Marine Corps, Kanehoe Bay.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/obama-dan-najib-menikmati-golf-di-hawaii#sthash.tuOp28NO.dpuf
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menghabiskan cuti Krismas di Hawaii ditemani rakan-rakan dan keluarga bermain golf serta beristirehat. Namun, bersama beliau di lapangan golf adalah tetamu mengejutkan, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak.
The Washington Post melaporkan hari ini, Najib antara empat orang termasuk Joe Paulsen dan Mike Brush, bermain golf bersama Obama di pengkalan Marine Corps, Kanehoe Bay.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/obama-dan-najib-menikmati-golf-di-hawaii#sthash.tuOp28NO.dpuf
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menghabiskan cuti Krismas di Hawaii ditemani rakan-rakan dan keluarga bermain golf serta beristirehat. Namun, bersama beliau di lapangan golf adalah tetamu mengejutkan, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak.
The Washington Post melaporkan hari ini, Najib antara empat orang termasuk Joe Paulsen dan Mike Brush, bermain golf bersama Obama di pengkalan Marine Corps, Kanehoe Bay.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/obama-dan-najib-menikmati-golf-di-hawaii#sthash.tuOp28NO.dpuf

Tuesday, December 16, 2014

BR1M 2015 - Perkara Yang Patut Diadakan




Assalam semua. Ok lar.. kali ni nak habaq mai pasai BR1M ni ek. Peh.. hancus bahasa wa. Macam2 loghat pulak masuk. Hahaha.

Wa dengan bestfriend wa.. mr curly ada sembang2 pasal brim ni. Yela..kitorang masa tu kat LHDN Jalan Duta. Memang ramai yang datang lar jugak. Entah macam mane.. timbul idea dari bestfriend wa ni. 

Mr Curly : Bro.. camne kalau diorang ni sedekahkan nasi bungkus pada orang2 yang datang ni? Kesian pada diorang ar bro. Kalau diorang taknak ambil pun takpe. Kita niat sedekah jer kan!
Wa : Sape yang sedekah bro?
Mr Curly : Lembaga Hasil lar.
Wa : Betul jugak tu.
Mr Curly : Ala.. berapa sen sangat lar kalau sedekah kat diorang ni. Mungkin ada yang tak sarapan lagi nak datang kat sini. Kesian pada yang bawak budak2.
Wa : Wa setuju bro. Memang pun..berapa sen sangat lar kalau beli nasi bungkus tu. Pahala pun dapat. Lagi banyak hasil nanti boleh dapat.

Dalam hati wa.. 'tak kisah lar boleh tak boleh bro.. lu niat pun dapat pahala.'

Pada yang nak kemaskini borang BRIM 2015..boleh klik kat sini

 


Thursday, November 27, 2014

Rahsia Artis Terkenal Bermewah Terbongkar..!




Haha.. cam gempak jer kan! Saja jer wa bikin panas. Hahaha
Wa tau.. lu orang ni kalau citer pasal retis (artis) laju jer klik kan! Hehe

Sebenarnya.. ni lar benda sampingan buat artis2 hidup mewah. Kawan artis yang kasitau wa ni. 

Ape.. lu orang ingat wa takde berkawan ngan artis ker? Lu orang cakap jer.. semua artis2 terkenal wa kenal sangat lar. Tapi.. diorang jer tak kenal wa.
Hahahaha.

Mula2 wa ingat benda ni temberang.. tapi lepas register dia dah bagi kita USD25. Ala.. lebih kurang 80 ringgit lebih duit kita.
Senang jer.. klik link ni :  http://peruserpaid.com/?ref=49916

Klik kat gambar atas (duit) pun boleh
Pastu klik kat No. 1 : Create Account.

Masukkan Username dan Password dan masukkan alamat.
Siap.. dapat USD25 dah.

Kemudian.. lu orang promote link yang dia bagi tu untuk cari sebanyak mungkin klik serta daftar baru melalui link lu orang. Boleh promote kat FB ker..Twitter ker..Wechat ker..Instagram ker atau blog lu orang. Satu klik yang register melalui link tersebut.. lu orang dapat USD15. Bila dah dapat USD500..boleh lar lu orang claim. Company tu akan bayar kat lu orang.

Wa tengah tunggu dapat USD500 ni. Nak tengok diorang bayar ker idak. Kalau bayar.. alhamdulillah lar. Kalau takde.. tak kisah ar. Saja jer nak cuba try test. Hehehe

Diorang ni bagi duit yang syarikat iklan bayar untuk jana traffic ke website diorang.

Ok.. link dia skali lagi.. Klik sini.

p/s: Cuba jer.. tak rugi apa pon.

Saturday, October 25, 2014

Selamat Menyambut Awal Muharram 1436H.




Assalam semua.. Lama dah wa tak ke udara kan!. Hehe. Dah ada sawang2 dah kat blog wa ni. Nampak tak? 
Apa.. tak nampak? Tak lama dah tu..
tak lama akan dapat pahala yang tak di sangka2.. insyaALLAH.
Jangan pikir lain pulak. 
Hahaha.

Selamat menyambut awal Muharram 1436H.. wa ucapkan.
Ada keinginan untuk berhijrah tak? Dalam perkara2 yang dapat pahala ni?
Mudah2an ek.
InsyaALLAH..




Doa untuk #MH370

Friday, August 22, 2014

Al-Fatihah Dan Takziah Buat Waris MH17






Mari lar kita sama2 berdoa buat penumpang dan krew pesawat MAS yang terkorban pada 17 Julai lalu. Wa rasa sebak juga apabila menonton berita NTV7 bila pembaca beritanya.. Linda Haji Mohd Salim sebak dan tak dapat meneruskan kata2 beliau apabila melaporkan tentang waris MH17 itu.

Wa rasa sedih jugak mengenangkan pesawat kita menjadi sasaran tembakan. Tak pernah berlaku pun sebelum ini. Harap pihak yang bertanggungjawab dapat dibawa untuk pengadilan. Hukumannya.. biar kita tanya rakyat Malaysia. Kalau tanya wa.. wa suruh diorang pulak naik kapalterbang.. pastu kita tembak pulak diorang. Biar diorang rasa pulak. Amacam? Kejam jugak kan! Itu kalau tanya pendapat wa lar. Tapi takkan diorang nak dengar cakap budak johor ni. Sape lar wa.. Huhu. Tak baik cenggitu.. kita jadi kejam macam diorang pulak nanti. Takde bezanya kan!



Kita doakan Al-Fatihah buat mereka (beragama Islam) semua ek. Moga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh. Amin..

Al-Fatihah..





Tuesday, August 19, 2014

Salam AidilFitri Ayahanda Dan Bonda



Assalam semua. Saja jer nak dengar lagu raya dari Raihan & Hujan ni. Lagu ni sedap pulak wa dengar. Insaf sekejap. Kita masih dalam mood raya lagi kan! Hehe

SALAM AIDILFITRI AYAHANDA BONDA

ARTIS/PENYANYI: RAIHAN FEAT HUJAN

Terkenang di ketika itu
Ku dimanja dan disayang slalu
Apa saja kemahuan diri
Akan cuba dipenuhi

Walau hidup dalam kesukaran
Kau kan cuba tuk membahagiakan
Demi anak-anak yang tersayang
Kau berdua kan berkorban

Tetapi baru kusedari
Tidak mungkin kan terbalas budi
Pergorbanan mu tiada ternilai
Hanya Tuhan kan membalasnya

(Korus)

Salam Aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti

Pabila menjelang Lebaran
Baju baru kan disediakan
Walau mungkin kami tak mengerti
Keperitan saat itu

Namun wajahmu terus bercahaya
Oh sucinya kasih sayang itu
Bibirmu kan menguntum senyum
Andainya anak-anakmu bahgia






Sunday, August 3, 2014

Selamat Hari Raya





Selamat hari raya semua.

Maaf zahir dan batin ek.
Batin..?? 
ada ker..?

Hehehe

Wednesday, July 23, 2014

Selamat Balik Kampung. Berhati2 Selalu Ek!





Assalam kengkawan semua. Aiseh...dah kemas kain baju nampak. Nak balik kampung ek. Tapi..wa nampak dah cam orang nak lari dari rumah pun ada. Yela.. beg semua besar2. Hahahaha

Yela.. dah tak sabar2 dah kan! Tapi.. apa2 pun wa harap lu orang semua pastikan diri tu cergas masa nak memandu nanti. Cukupkan tidur tu (eleh.. wa sendiri pon selalu tido lambat. Hehehe). Lagi satu.. jangan lar lu orang berlumba lak nanti kat jalanraya ek. Biar lambat..asal selamat. Tak lari gunung di kejar. Eh silap lak! Tak lari kampung di kejar! 

Hahahaha

Tapi..sebelum tu, jom layan lagu raya dendangan Avril Lavigne..Pulang Di Hari Raya. Haa! Nape.! tak percaya ker dia nyanyi? Halo bro..jangan kata lagu melayu.. lagu jawa pun dia boleh ar! Small matter kata dia.

Hahahaha






Thursday, July 17, 2014

Selamat Berpuasa Semua





Salam Ramadan wa ucapkan pada semua. Hari ni dah hari ke 19 Ramadan kita berpuasa. Ada sesapa tinggal puasa tak? Hehe

Puasa.. jangan tak puasa. Walaupun cuaca sangat panas..tapi jangan lar nak mengelat lak ek. Hehe. Kalau sesapa dapat puasa penuh.. wa akan bagi hadiah. Iaitu sampul duit raya. Bukan duit ar.. tapi sampul jer.

Hahahaha..


p/s: tahniah buat pasukan Jerman@Johor (pasukan juara memang bermula dengan huruf 'J'. Hahaha) sebab menang piala dunia dan liga super. Wa dah janji dengan pasukan Jerman nak belanja makan durian sebab menang piala dunia. Diorang boleh melantak sepuas-puasnya.. nak panjat pokok tu ker.. nak pecahkan pokok tu ker.. nak bengkokkan pokok tu ker.. semua boleh.. tapi dengan syarat trofi piala dunia tu kena tinggalkan kat wa. Sebab wa buat alu lesung batu.

Hahahahaha..


Monday, June 16, 2014

World Cup Brasil 2014 - Gluck Deutschland!




La la la la la la la.. Aiseh.. ternyanyi lak lagu piala dunia dari Shakira. Hehe. Biasak lar kan.. sekarang musim Piala Dunia 2014.

Team favourite wa mesti ler Jerman. Ok ni wa kasi speaking Jerman sikit. "Gluck Deutschland"!!

Amacam.. tergeliat tak lidah nak sebutnya! Hahaha. Tu dalam bahasa Jerman.. kalau dalam jawa maknanya good luck germany lar. Hahaha.

Kat bawah ni lar team Jerman yang akan berentap dengan Portugal malam nanti.

Aiseh..tersilap lak. Ni bukan team Jerman.. ni panda Jerman. Hahaha

Haaa... ni baru betul.

Wa ramalkan malam ni Jerman akan menang 3-2 lawan Portugal dan wa harap Jerman boleh pergi sampai ke Final nanti.

Kalau menang world cup pulak.. nanti wa akan belanja makan durian kat kampung wa. Sorang makan 10 bijik! Cukup tak?

Hahahaha..

Monday, June 2, 2014

Peribahasa Baru Wei!




Assalam semua.. haha.. Saja wa citer pasal peribahasa baru ni. Wa puchitau (tak tahu) ada dalam kamus DBP ker tidak peribahasa ni. Hahaha.

Bukan apa.. citer pasal panda ni wa tak mau lu orang lupa ar. Walapun tengah hangat pasal DNA babi dalam cadbury sekarang ni. Itu lu orang kena tanya Kementerian Kesihatan dan JAKIM sepatutnya.. pasal apa diorang peram lama2 ( 3 bulan ) keputusan ujian makmal tu. 

Ok..balik pada panda kesayangan ramai ni.. chewah!!.. wa tak nampak faedahnya bawak binatang ni kat sini. Walau apa pun alasannya.. membazir wei duit 70 juta tu. Boleh buat macam2 dengan duit sebanyak tu.

Nak lagi kos sara hidup yang tinggi sekarang ni. Jangan lar diikutkan cakap sorang timbalan menteri tu. Bawak panda kesini sebab rakyat tak perlu ke China kalau nak tengok. Hahaha. Buat wa gelak guling2 jer. 

Habis tu.. kalau rakyat nak naik Tembok Besar China tu.. kerajaan akan bawak tembok tu datang ke sini lar ek? Hahahaha..

Malaysia Boleh kan? Hahahahaha

Ni wa bikin pantun pada peminat Panda ni..

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing garang
Puas sudah binatang ku cari
Mana nak sama Panda sepasang


Makan nasi di kedai Kasmah
Makan percuma Rajib belanja
Rakyat miskin tiada rumah
Panda sepasang ditatang manja


Makan nasi harga seringgit
Nasi putih berkuah santan
Rumah Panda jutaan ringgit
Rumah Rakyat Bawah Jambatan

Kuih Pau bersama inti
Kuih bahulu tidak diuli
Panda ditatang sepenuh hati
Rakyat derita tidak dipeduli


Panda betina Panda jantan
Jarang dijumpa Panda Pondan
Rakyat pelik sikap kerajaan
Membazir dan rasuah jadi amalan



Hahaha.. amacam..best tak pantun ni.?
Sekalung penghargaan buat pembikin pantun tu di sini



Wednesday, May 21, 2014

(Waspada) Cermin Kereta Dibaling Dengan Telur/Tanah


Kredit


Sekadar perkongsian

Malam tadi sekitar pukul 12.30 pagi saya melalui jalan biasa untuk ke KLIA. Ketika pulang melalui jalan LBJ-Seremban2 10km dari Jayajusco tiada satu kenderaan yang kelihatan. Dengan tidak semena-mena terdengar bunyi dentuman kuat dicermin hadapan yang mengejutkan kami.

Apabila diamati segumpal tanah seolah-olah di baling oleh seseorang. Wah! Terlintas dibenak fikiran ini pastinya taktik jenayah untuk membuatkan kami berhenti dengan membersihkan tanah yang menghalang pandangan.

Syukur kepada Allah swt saya meneruskan perjalanan dengan keadaan cermin hadapan yang sedikit kabur....

kesimpulannya,

1.jangan berhentikan kenderaan anda di kawasan sunyi tanpa pengguna jalan raya yg lain.

2.sekiranya tanah ataupun telor pada cermin anda,jangan gunakan wiper kerana ia akan mengaburkn lagi pandangan.

3.hati-hati dengan taktik licik lanun darat.. -sumber:fb



JANGAN BERHENTIKAN KENDERAAN JIKA DIBALING TELUR DI BAHAGIAN CERMIN HADAPAN


Ini adalah peringatan yang tak pernah jemu kami kongsikan. Jika anda memandu di waktu malam dan ada telur dibaling ke cermin hadapan kereta, pastikan jangan berhenti dan terus memandu ke kawasan orang ramai atau ke Balai Polis.

Juga jangan sesekali menggunakan wiper untuk membuang telur tersebut kerana telur bercampur air jika di'wiper, akan menghilangkan kejelasan pandangan cermin depan sehingga 92.5%. Jika ianya berlaku, pastinya anda akan berhenti di tepi jalan dan terus akan menjadi mangsa rompakan secara berkumpulan.

Ini adalah teknik yang semakin popular digunakan perompak jalanan tetapi kesedaran masih kurang pada ramai pemandu di Malaysia.

Jadi wa harap pemandu2 semua berhati2 selalu ar.

Kredit citer ni di sini

Tuesday, May 6, 2014

AlFatihah Buat Allahyarham Aziz Sattar




Hari ini kita kehilangan seorang seniman agong Allahyarham Aziz Sattar yang telah kembali kerahmatullah pagi tadi kerana serangan sakit jantung. Tentu kita terasa kehilangan Allahyarham kan! Memang wa peminat citer2 lakonan Allahyarham. 

Hampir semua dialog citer P.Ramlee yang arwah ada berlakon bersama..memang wa dan bestfriend wa mr curly boleh hafal. Citer komedi lar. Lu orang cakap jer dialog apa.. kitorang boleh sambungkan. Terer tak? Huhu. Wa memang tak boleh lupa dialog "jolok motosikal ye bang" dalam citer seniman bujang lapok. Kelakar giler citer tu. Erm..sedihkan!

"maznah datang..bukak lar pintu bang" hehe

Marilah kita sama2 doakan moga roh Allahyarham ditempatkan didalam golongan orang2 yang beriman dan beramal soleh.

Amin..

Monday, May 5, 2014

Citer Kegemaran Wa Kembali Lagi.







Assalam semua. Yeaahh!! budak johor is back! Eh silap lak.. Jack is back. Citer 24 yang wa minat giler akan start bersiaran esok jam 10.00pm di saluran AXN. Chewah.. ayat skema jer kan! Hahaha.



Citer ni memang best. Banyak aksi woo. Takde ayat2 cintan atau tangkap leleh punya. Hahaha. Wa pernah story kat sini dulu. Jadi.. jangan ke mana2 ar temujanji kita besok malam. Bukan dating lar.. tengok tv jer. Hehehe




#Lets Pray For MH370

Friday, April 4, 2014

Misteri




Assalam kengkawan semua. Wa nak citer sikit jer berkenaan kehilangan Pesawat MH370 ni. Harap jangan ada yang emo pulak ek. Sebenarnya wa dari dulu yakin yang kesemua penumpang dan anak kapal semua masih hidup lagi. Itu hati kecil wa yang cakap. Hati kecil lu orang wa puchitau (tak tau) lar. Haha.

Sejak dari hari pertama lagi banyak sangat kenyataan yang bercanggah dari pihak berkuasa. Wa rasa lu orang pun dah tau kan. Benda simple contohnya percakapan terakhir pilot dengan menara kawalan. Macam ada sesuatu yang diorang sembunyikan. Wa tak nak ulas panjang2 lar sebab kat internet dah story benda yang sama. 

Cuma wa tak setuju bab MH370 berakhir di hujung lautan Hindi. Selagi tak jumpa bangkai pesawat.. selagi itu wa yakin yang diorang semua masih hidup. 

Sama2 kita doakan ye. Sebaik2 perancangan manusia.. ALLAH Taala jua yang menentukanNYA. Amin.


pst: cari kat lautan tak jumpakan.. apa kata cari kat daratan pulak. Betul tak?

Tuesday, March 11, 2014

Let Pray For #MH370





Assalam kengkawan semua. Marilah kita sama2 mendoakan keselamatan semua krew dan penumpang MAS MH370. Sesungguhnya kita kena kembali pada Yang Maha Kuasa. Tiadalah daya kita melawan ketentuanNYA. 

Kita bermohon agar ALLAH berilah petunjuk walaupun sebesar zarah sekalipun agar kita dapat menemui pesawat ini kembali. Amin..

Kita berharap ini bukannya cubaan rampasan pesawat walaupun diberitakan ejen CTU sudah berada di Malaysia sekarang ini untuk menyiasat (harap tidaklah) kemungkinan itu.

Thursday, January 30, 2014

Indahnya Shanghai. Part 1


Yanlord Riverside Garden

Assalam kengkawan semua. Sebenarnya kitorang pergi Shanghai dalam bulan lepas. Masa musim sejuk lagi. Suhu dalam sekitar 2-5 darjah selsius waktu siang. Waktu malam memang sejuk giler ler.. negatif 4 - 1 darjah selsius. Itu sebab lar kalau diorang kata suhu sejuk yang melanda pantai timur sekarang ini akibat dari angin dari Tanah Besar China, memang wa setuju sangat.


Awal2 sampai jer adik wa ajak main futsal dengan kawan2 dia. Wa layan jer.. memang tak berpeluh pun main dalam cuaca sejuk. Tapi lu susah nak bernafas sikit lar sebab air hingus dah beku. Hahahaha..

Anak buah wa. Yg kiri tu kitorg panggil ais..kanan tu rania. udah rupa anak cina kan! hahaha

Sekarang sesi meronda lak. Yela.. dah sampai, takkan nak melepak jer kat rumah kan! Jom kita terjah apa aktiviti kitorang hari pertama tu.

kawan2 adik ipar wa.

tu adik wa.


Pergi mana2 memang senang lar naik tren bawah tanah. Pengangkutan subway tren diorang ni memang canggih lar. Ada lebih 10 laluan (landasan) yang dipanggil LINE kalau nak pergi mana2. Kitorang punya destinasi People's Square.

Tunggu sambungan akan datang ar. Time ni wa tak larat nak tepek gambar banyak2. Sori ar. Haha


Monday, January 13, 2014

Cuti-Cuti Kat Oversea. Hehe






Yeahhh!! Kitorang dah sampai Pudong International Airport, China. 
Bukan dah tak nak duk kat Malaysia lagi.. tapi pergi cari kangkung kat sini. Opsss!! silap lak.. pergi bercuti kat Shanghai lar. Hahahaha

Nantikan cerita pengembaraan kitorang ar.
Tungguuuuuuuuuuuu...!!


p/s: waktu sampai Pudong Airport ni (2.00am), suhu dalam 1 darjah selsius. Sejuk giler..!! nasib baik tak giler. Hahahaha

Thursday, January 9, 2014

Bye Bye Malaysia






Assalam kengkawan semua. Kabare? Rindu kat wa tak?

Apa... tak rindu kat wa?? Takpe ar.. kalau cenggitu wa lari lar dari Malaysia. Wa nak pergi jauh2 ler dari sini. Kat negara lain tak pening barang2 naik. Betul tak? Hahahaha..

Wa chow dulu ar.. 
Adigos...!!!
Selamat tinggal tanahairku..



wa bawak darling wa sekali. hehe