Monday, February 27, 2012

Disaster Date - Program ntv7


(Kredit)



Apa khabar semua. Harap semuanya sihat2 saja. Wa masih lagi selsema dan batuk-batuk 2 3 hari ni. Mungkin akibat main hujan ni. Maklum lar.. nak jadi budak2 balik.. suka main hujan. Hehe.

Petang tadi wa saja layan citer Disaster Date kat ntv7. Sebelum ni memang tak tengok pun. Tapi bila tengok.. memang kelakar habis. 

Temu janji yang dirancang.. tapi cari jalan macam mana nak musnahkan temu janji tu. Macam2 cara diorg buat nak bagi pasangan yang dijemput tu blah dari tempat tu. Buat lar apa2 perkara yang perempuan tu tak suka. Tapi.. kalau dia dapat bertahan selama yang boleh, dapat lar banyak duit. Haha.

Untuk episod tadi yang sempat wa tengok.. semua yang ada dalam restoran tu adalah geng2 diorg jugak (pelakon). Perempuan yang dijemput tu.. diorg dah tau latar belakangnya. Contoh.. perempuan tu tak suka pakaian yang murah2, kalau date dengan lelaki yang baru kenal.. tak suka lelaki tu citer pasal ex girlfriend dia. Jadi.. diorg dah plan masa lelaki (pelakon) tu buat temu janji dengan perempuan tadi, pelakon lain menyamar sebagai ex girlfriend lelaki tu. Lepas tu buat kacau depan diorg. Merayu2 kat lelaki tu jangan tinggalkan dia. Apa lagi.. perempuan tu pun naik angin dan terus blah!. Terpaksa pelakon yang lain2 tu kejar perempuan tu balik dan bagitau tu semua lakonan saja dan perempuan tu dapat duit selama mana yang dia boleh stay.

Hahaha.. wa tak boleh bayangkan kalau wa lar yang terkena. Mau wa bakar mercun buluh dalam tempat tu. Tak pun wa lepaskan katak banyak2. Biar diorg pulak yang melompat!!

Hahahaha..


Ewah!! sempat buat peace lagi. Hahaha..





Tuesday, February 21, 2012

Kumpulan Slam - Kenangan Masa Konsert Unplugged.





Assalam pada kengkawan wa sayangi dan cintai. Sori ek membiarkan blog ni bersawang. Hehe. Ada yang ingat wa pergi bertapa kat gunung ledang. Ala.. kalau dah sampai sana.. buat apa wa pergi bertapa, baik wa minum petang dengan Puteri Gunung Ledang. Omputih kata apa.. hi tea. Hahaha.

Petang tadi kat opis waktu wa nak bersiap-siap nak balik.. tak semena-mena bos wa tanya kat wa. Tak nak tengok konsert Slam ker? Ait.. bos ni tau-tau jer wa minat dengan Slam. Agaknya dia skodeng meja wa ni. Hahaha.

Wa pun tanya balik.. yeke bos, Slam buat konsert? Dia pun jawab.. "a'ah, kat Singapore 24 Februari ni". Aduhhh!! bila wa dengar Singapore jer.. terus wa cakap dengan bos, "bos.. takde tiket free ker?". Member2 wa yang lain bila dengar camtu.. terus gelak. Yela.. mana lar tau kot-kot bos bermurah hati menaja pemergian wa kat Singapore. Hahaha. (Ceh!! jangan mimpi ar. hehe).

Dulu wa ada jugak bodek dia nak tengok konsert Search. Bos wa ni adik ipar kepada Yazid.. pemain dram Search. (Sori bos.. terpaksa pecah lubang! Hahaha). Puas lar wa bodek.. wa ampu.. wa kipas (siap guna kipas Helikopter tu. hehe) pasal nak tiket free tengok konsert Search kat Bukit Kiara dulu. Tapi hampeh.. tak dapat. Padan muka wa. Huhu.

Yazid.. (bertopi)
(Kredit)

Teringat wa pada konsert unplugged Slam tahun 1996 dulu. Wa pergi masa tu kat Stadium Negara. Nak dapat tiket free tak susah. Diorg suruh datang bawa kulit album kumpulan Slam jer untuk ditukarkan dengan tiket. Masa tu pakai kaset lagi. Tak macam sekarang.. pakai CD.

Yang bestnya.. masa tu satu Malaysia blackout. Sebelah Stadium Negara..Stadium Merdeka. Ada perlawanan akhir Piala FA pulak tu antara Kedah vs Sarawak. Terpaksa di tunda ke hari lain. Apa lagi.. bila diorg tak dapat tengok bola, diorg serbu lar konsert Slam. Memang penuh giler dalam konsert tu.

Tapi memang best!!. Cuma masa Shah hadiahkan gitar dia pada peminat.. wa tak puas hati. Patutnya wa yang dapat. Ni.. dia bagi pada mamat mana tah yang berdiri depan pentas. Tak adil lar macam ni. Kalau wa tau.. masa nak habis konsert tu, wa panjat pentas tu sebab nak dapatkan gitar dari dia. Boleh lar wa tayang pada orang kampung!!

Hahaha..


Ok.. jom layan lagu Satu Jalan Satu Pegangan ni.



video



Asam di gunung, ikan di laut
Dalam hidangan bertemu jua
Pasti yang tersurat
Terbukti akhirnya

Asalnya bayang dari cahaya
Ada bayang zahirnya kita
Ada segala asalnya dia

Hmmmm… dialah cinta
Kasihnya kita bina selamanya
Bersaksi… nafas
Diam terhenti

Kasihnya kita misteri, misteri
Nampak berbeza
Hakikatnya serupa
Kau dan ku rela merasai
Pahit manis cinta di duniawi

Hidup mati jodoh dan pertemuan
Satu jalan dan satu pegangan
Takdirnya… Tuhan… menentukan

Kita diajar mengenal cinta
Bukan seribu janji dan seribu kata
Kau lah Nur Kasih ku satu
Yang kunyanyikan sejak dulu


Diruang azali dan ini
Tetap bersatu oh… oh…

Sindiran dan cacian tak tertepis
Bagai angin yang datang
Tergoncangkah imanmu kerna cinta
Yang terpancar cahaya pasti nyata
Kekal abadi… ke syurga…


Sunday, February 5, 2012

Apsal Takde Semangat Ni..!



Lama dah tak update blog ni. Bukan apa..bila nak taip jer terus blur. Tak tau nak taip apa. Semangat pun takde.. idea apa tah lagi. Tapi.. bukan merajuk ar. Hehe

Aduhhh.. apsal lak takde idea ni. Ok.. tarik nafas panjang2, pastu lepaskan. Tarik nafas... lepaskan. Aiseh.. dah macam sesi senamrobik lak. haha.

Pejamkan mata.. tenang dan lapangkan fikiran sambil ingat bunyi2 ayam itik kat kampung. Hehe. Pejam mata sekali lagi dan cuba cari inspirasi. Haaa!! dah jumpa!. Dah nampak manusia beku kat situ. Hehehe.

Ok.. apa kata kita tengok gambar2 kat bawah ni ek. Saja untuk segarkan minda. Gambar ni wa ambil dari Encik Google. Tak boleh letak gambar banyak2 sebab nanti ada orang marah. Hehe. Wa banyak ambil dan ikut nasihat dia macam kat sini. Mungkin siapa yang dah biasa ngan blog wa, nampak perbezaan dari dulu sampai sekarang.

Ok..jom layan!











Hahaha... pandai ker lembu tu baca! Lembu educated agak nye! Hahaha..