Wednesday, June 29, 2011

Sesak Di Fikiran



Bilakah kalut hidupku

akan berakhir


Kemana ku melangkah

pasti ada yang pergi


Inikah suratan atau dugaan Tuhan


Walau bibirku mengukir senyum

hatiku menangis









Friday, June 24, 2011

Rancang Perbelanjaan Guna Sampul Surat

gambau ihsan google


Pekabar semua.. wes mangan? aiseh.. terspeaking jawa lak. sori ek. hehe.

Kali ni wa nak kongsi sikit dari artikel yang wa baca berkenaan berbelanja dengan 'sistem sampul'. Mungkin ada yang penah dengar atau tak tapi sesetengah dari kita bole cuba praktikkan cara ni. Yela..mungkin ada yang anggap cara ni agak ketinggalan keretapi sikit, tapi tak salahkan kita cuba try test. hehe


Ok..check it out. Antara langkah2 nya ialah:

Langkah 1 : Sediakan bajet.

. Anda harus mengenal pasti jumlah pendapatan atau sumber yang akan diterima pada bulan tersebut dan jumlah perbelanjaan yang akan digunakan. Langkah penyediaan bajet akan memberi kesan terhadap situasi kewangan anda.

Langkah 2 : Bahagikan perbelanjaan kepada beberapa kategori.

. Teliti bajet anda dan bahagikan kepada beberapa kategori seperti makanan, penggunaan petrol, pakaian, peralatan rumah, hiburan dan sebagainya. Wujudkan sampul dengan menulis kategori2 yang dinyatakan dalam bajet pada setiap sampul.
Langkah 3 : Isikan sampul dengan bajet yang telah diperuntukkan.

. Isikan sampul dengan wang yang telah diperuntukkan dalam bajet mengikut kategori.

Langkah 4 : Belanjakan wang.

. Gunakan wang yang diperuntukkan mengikut kategori sampul. Contohnya, untuk membeli bahan makanan, gunakan wang daripada sampul kategori makanan. Gunakan wang daripada sampul tersebut sehingga habis peruntukan. Pada ketika ini, perbelanjaan bagi kategori yang tidak popular harus dihentikan atau dikurangkan apabila menyediakan bajet bulan hadapan.

Langkah 5 : Letakkan mana2 wang lebihan untuk simpanan.

. Sekiranya anda mempunyai lebihan wang dalam sampul pada hujung bulan, jadikan ia sebagai tambahan simpanan anda atau gunakan untuk tambahan bayaran kepada liabiliti atau hutang.

Langkah 6 : Isikan semula bajet anda untuk bulan hadapan.

. Isikan semula wang mengikut bajet ke dalam sampul. Setiap bulan adalah peluang baru dalam menyediakan bajet anda.
. Untuk membantu anda mengikuti langkah2 di atas, berikut adalah sedikit tip ingin dikongsi agar impian dan hasrat anda benar2 menjadi kenyataan.

a) Alihkan peruntukan kategori2 anda pada bulan pertama sehingga anda rasa jumlah tersebut bersesuaian dengan bajet sebenar.

b) Sekiranya anda tidak dapat mematuhi sistem sampul secara bulanan, mulakan secara mingguan atau dwi mingguan. Ia bermatlamatkan untuk mewujudkan suatu sistem yang berkesan untuk anda.


[Artikel di atas tanpa suntingan dari wa dan dipetik dari tulisan Siti Rahayu Zakaria dari Gabungan Persatuan2 Pengguna Malaysia (FOMCA)]



Amacam.. rasa2 lu org boleh pratikkan tak? kalau bagi wa.. mungkin wa boleh try lar tapi satu jer masalahnya, wa ni tak boleh nampak sampul2 surat ni. wa ingat surat2 cinta..so wa mesti bukak punye semua sampul2 tu. apa lagi kalau dah nampak duit.. kita enjoy g genting lar..!!

hahahaha..

Saturday, June 18, 2011

Kembara Mahkota Johor 2011

(Kredit)



salam.. kali ni wa nak citer sikit berkenaan Kembara Mahkota Johor 2011 (KMJ) ni yang akan bermula 18 hingga 21 Jun 2011. Sultan Johor iaitu DYMM Tuanku Ibrahim ni memang cukup terkenal dalam mendekati rakyat negeri Johor sebelum baginda menjadi sultan lagi. Sepanjang sejarah Kembara ni, wa memang tak berkesempatan untuk menemui baginda dalam apa2 program yang dianjurkan.









Sebenarnya.. bagi rakyat Johor, itulah satu2 nya peluang untuk rakyat mendekati atau beramah mesra dengan DYMM Sultan Johor. kalau lain hari tu.. jangan harap lar lu org nak bersalam2an. dapat tengok dari jauh aje lar. itupun kalau ade ape2 program rasmi.





Sultan Johor




Ok.. programnya bermula hari ini 18 Jun 2011 bertempat di Jeti Istana Tanjung Emas Muar. (Muau kata org johor). Banyak lar jugak tempat yang akan dikunjunginya. yang bestnya tu.. bukan setakat bandar2 jer, ceruk2 pendalaman pun baginda tuanku akan sampai.



Laluan KMJ 2011




Batu Pahat tempat wa?? Mesti lar ada..(hehe). Baginda akan sampai pada hari terakhir nanti iaitu 21 Jun. kira program2 yang nak penghabisan lar. Ok jugak tu.. mungkin baginda nak berkenalan dengan org batu pahat lama sikit kot. hehehe





Thursday, June 16, 2011

Penggodam Bergelar Anonymous

(kredit)






Wa sebenarnya nk mengulas lagi pasal penggodam (hacker) yang menggelarkn diri mereka ‘Anonymous’. Diorg ni sememangnya mahir (kira pakar tahap giler lar) dalam teknologi computer ni tapi telah terpesong sikit sikll diorg tu dengan menceroboh ke rumah (tafsiran baru) org lain. Setakat yang wa tau..diorg dah menceroboh 91 laman web Malaysia pagi tadi.

Selalunya serangan diorg ni akan buat satu2 laman web tu susah nak dibukak. Dan lebih dashyat lagi diorg ni boleh masuk dengan senang2 ke akaun web org atau pun syarikat2 yg diorg nak ceroboh. Pernah lar wa dengar penggodam ni pernah ceroboh laman web FBI di Amerika. Fuhh..! kira berani mati lar diorg ni.

Kalau lu org nak tau serba sikit pasal penggodam (hacker) ni, wa cadangkn lu org tengok citer Die Hard 4 lakonan Bruce Willis. Tengok cara hacker ni mengawal dan menghuru hara kan tahap keselamatan Amerika. Best jugak citer tu.

Sebut pasal Anonymous ni.. wa dulu penah lar ‘di kidnap’ oleh seseorg yang nak tau sape dia Anonymous yang telah menceroboh laman web dia. Dibawak ke Solaris untuk diugut paksa sebab dia tau wa ni ejen CTU. Hehe. so.. wa telah di soal siasat selama 11 jam berturut-turut mintak maklumat kat wa. Tapi biasa lar..wa telah dilatih untuk menafikan penglibatan wa. Hehehe.

Wa ni memang tak mahir lar pasal penggodam2 ni. Tapi kalau pasal penggoda tu.. tau lar sikit2. (ceh.. perasan!!)


hahahahaha..

Saturday, June 11, 2011

Kat Cherating Sekarang Nie.















salam.. sekarang ni wa dah berada di Legend Resort Cherating. Opis wa buat Family Day disini. mula2 cadangan tu nak ke Tioman, tapi kapalterbang tak muat kapasiti kitorg ni. hehe. bos kata nak semua sekali dalam satu flight, tapi seat dlm flight tu cukup2 untuk 25 org jer. maklum lar.. kapalterbang nak pegi sane nye kecik.




layan lar ni dulu sementara tunggu yg lain2 sampai. hehe



gumbira dah bole check in




baru bole masuk bilik





ok.. wa dah gerak dah semalam. perjalanan lepas tol gombak lancar jer. cuma ade tersesat sikit bila nak sampai cherating. nasib baik mr curly jadi penyelamat wa dengan memberi pandu arah dia melalui satelit yang ntah mane dia dapat ntah. hahaha (sebenarnya dia dah banyak kali datang cherating ni)




pagi tadi ade buat treasure hunt. berpeluh lar jugak ketiak ni nak cari clue dan jawapan yang pihak resort ni sediakan.












ok lar.. setakat ni yang dapat wa citerkan coz banyak yang kitorg nak uruskan untuk makan malam nanti. kita sambung lagi ek. jangan ke mana2. hehehe



Tuesday, June 7, 2011

Kedamaian Di Kampung





salam semua.. agak lama jugak wa tak balik kampung. hujung minggu lepas dapat lar jugak balik ke kampung tercinta. plan nak balik dalam hari jumaat lepas, tapi bila pikir pasal jem nanti, terus gerak pagi sabtu. ingat highway dah ok ler.. rupa2nya hampas. lagi teruk jem nye. keluar jer dari tol sg besi sampai bangi dah start jem dah. memang dah boring giler dah. kalau lar kura-kura lumba lari ngan wa, dah tentunye dia boleh menang. memang terkemut2 geraknye. huhu. tapi nasib baik jem nye sampai ke susur nilai jer. kalau sampai ke johor, terpaksa lar wa kumpul duit buat beli helikopter. duit kat tabung buluh tu bukan takde cuma kurang 15 sen nak cukup-cukup 7 hinggit. terpaksa lar beli sampan jawabnye. hahaha.




sampai2 jer kat kampung, lepas letak beg wa terus keluar jalan2 sekitar kampung. melihat suasana kampung, dengar bunyi burung2 berkicauan, fuhhh.. memang tenang dan damai jer rasa. hilang rasa penat dan marah pasal jalan jem tu. memang betul lar kata manusia sepi tu.. kadang2 melihat ombak menghempas pantai membuatkan jiwa dan fikiran kita tenang sentiasa. (sori ar.. agak skema sikit ayat tu. hehe)






so lu org selalu2 lar balik kampung ek. sape2 yang takde kampung tu jangan risau, lu org datang jer kat kampung baru KL. kira kampung jugak kn!! hehehe