Monday, July 29, 2013

Selamat Berpuasa Ar.



Assalam kengkawan semua. Macam mana puasa setakat ni? Semua ok ar. Puasa jangan tak puasa tau. Haha.

Diam tak diam.. dah 20 hari kita berpuasa kan! Dugaan berpuasa ni pulak.. peh!! memang dashyat ler. Kalau tak kuat iman memang kecundang lar. Hahaha. Nak lagi wa yang kerja kat bandar ni. Memang tergoncang iman wa cakap lu. Terpaksa wa kena tutup mata macam gambar kat bawah ni. Hahaha. 



Kadang2 dah rasa pahala puasa tu tinggal sikit jer tertengok pompuan2 yang pakai seksi ni. Wa ulang balik.. 'tertengok' tau. Bukan saja2 jer nak tengok ar. Tapi.. boleh ker lu orang percaya cakap wa ni? Tengok tu.. muka pun dah lain macam jer tengok wa. 

Hahahaha...


Sunday, July 7, 2013

White House Down





Assalam kengkawan semua. Semalam wa pergi tengok wayang citer White House Down ni. Biasa lar.. wa memang suka tengok citer2 aksi macam ni. Bukan citer yang asyik meleleh jer air liur mata dia. Hehe. 




Ok.. citer ni memang best. Walaupun kebanyakkannya penuh adegan tembak menembak.. tapi ada jugak unsur2 komedi. Ala.. lawak melawak lar. Itu yang tak boring tu bila tengok citer ni. Ada ker penjahat.. yang mukanya bengis, kejam.. tapi takut jugak kena penyakit kencing manis. Hahaha. Kira penjahat ni pun ikut jugak nasihat kerajaan. Jangan makan/minum yang manis2 sangat. Kurangkan gula dalam makanan. Lawak betul lar. Haha

Wa cadangkan sapa yang belum tengok citer ni.. pergi lar tengok. Memang tak rugi. Presiden AS pun pandai jugak buat lawak. Aisehmen..! boleh masuk Raja Lawak lar macam ni. Gerenti menang punye.!

Hahahaha..


Friday, July 5, 2013

Juara Piala FA vs Juara Liga Super 2013




V.S






Haha.. ini lar perlawanan yang ditunggu2 oleh kaki bola macam wa. Juara bertahan Piala FA menanti kunjungan Juara baru Liga Super 2013 iaitu Lions XII di Stadium Kota Bharu malam besok. Sebenarnya wa tau ramai yang jaki (dengki) kat pasukan Singapore ni termasuk lar wa. Hehe. Mana taknya.. diorang boleh menang Liga Super Malaysia. Wa ulangi.. Liga Malaysia.. Aiseh.. tak malu ker pasukan lain boleh kalah dengan pasukan muda Singapore ni.

Yela.. nasib lar kan! Sapa suruh tak main betul2 bila jumpa Lions XII ni kan! Melopong masing2 bila Piala Liga Super tu menyeberang tambak Johor. Tapi.. bila Piala tu nak lalu tambak johor.. wa pastikan orang2 FAM tak tunjuk depan wa. Kalau diorang tunjuk jugak.. memang wa baling dengan mercun katak 1 kotak. Biar diorang terjun tambak johor selamatkan diri. Baru puas hati wa.!!

Hahahahaha...


Wednesday, July 3, 2013

[Pasca Final Piala FA 2013] Suasana Di Stadium.






Nun sana penyokong Johor, wa dapat tengok dari jauh je lar.
wa duduk kat area sini jer. atas tangga lak tu. nak komplen lar cenggini. hehe


video
"Oooo.. ayuh kelate ku..hari ini kita pasti menang..yeahh!!"



Itu lar serba sedikit yang dapat wa lekatkan kat sini. Apa2 pun tahniah wa ucapkan pada pasukan Kelantan. Yang pasti pengalaman dalam Final memainkan peranan yang berguna buat pasukan Kelantan. Untuk pasukan Johor.. takpe.. hero kalah dulu kan!. Hahaha. Biasa lar tu.

Jangan memanjang kalah lak lepas ni sudah lar. Mau wa suruh diorang semua jalan itik dari Bukit Jalil sampai Pasir Gudang. Amacam.. ok tak denda wa tu?

Hahahaha..