Monday, December 30, 2013

Selamat Menyambut Tahun Naik Harga 2014




Selamat Tahun Baru 2014 ar. Harap semuanya selamat2 belaka pasal semuanya naik2 belaka. Hehe

Jangan darah naik udah lar ye.

Hahahahaha..





Ada lagi ker yang naik??
...pikir lain nampak!!
Hehehehehe

Thursday, October 17, 2013

Gambar Terbaik - Warna Warni AidilAdha.






Pertama kali dalam sejarah.. Sampai terpaksa panggil polis nak kejar lembu ni. Hahaha. Dasat betul lu ar lembu. Mungkin lembu ni cakap " gua lar raja hari ini.. sapa pun tak boleh tangkap gua. Hahaha".

Hahahaha..

Laporannya di sini.

Monday, October 14, 2013

Selamat Hari Raya AidilAdha






Salam AidilAdha wa ucapkan pada semua. Jangan lar lupa kat wa ek kalau makan lemang atau ketupat ker nanti.. tak pun dengan burasak, nak pulak cicah dengan rendang ayam. Peh!! meleleh air liur dibuatnya. Hahahaha..

Maaf jika wa ada terkasar bahasa. Kita kosong-kosong ar.

Saturday, October 12, 2013

Berhati-Hati Ar Kengkawan.






Beberapa hari lepas wa lalu kat jalan genting klang menghala ke pusat bandar. Tetiba wa ada perasan satu motor ni dah tumbang kat tengah2 divider jalan. Penunggang ngan pembonceng (couple) tersepit kat celah motor dia. Pastu sorang mamat baju merah (macam uniform shell station) pun dah terbaring jugak kat atas divider tu. Wa nampak dia cuba bangun tapi tak boleh. 





Rupa-rupanya mamat tu sudah kena langgar dengan motor masa nak melintas jalan tu. Agaknya rempuhan tu memang kuat sampai penunggang ngan pembonceng pun terjatuh jugak. Keadaan trafik kat jalan ni memang sibuk. Kenderaan memang laju. Mungkin rider motor tu tak sempat nak elak mamat tu.

Dalam soal ni wa tak tahu nak salahkan sesapa. Jadi kepada kengkawan yang wa sayangi dan cintai.. wa harap lu orang dapat berhati2 kalau nak melintas jalan ar. Konsep tengok kiri kanan mungkin lu orang kena pakai. Tak salah kan kalau kita bersabar sikit!.

Tapi jangan lar pulak kalau masa melintas tu lu orang jalan berlenggang kangkung pulak. Tak pun jalan macam pengantin orang kata. Bukan orang perempuan jer yang buat tau.. kadang2 orang jantan pun sama. Peh!! menyirap darah wa. Cuba lar jalan cepat sikit. Kalau wa nampak macam tu.. wa bawak streamroll, wa langgar jer! Pastu wa gostan.. wa langgar balik. Gostan lagi pastu langgar balik. Gostan lagi..langgar balik!!

Kejam tak?? Haha. Baru puas hati wa.

Hahahaha..


Saturday, October 5, 2013

Gomo Johor Gomo. Haha







As salam semua. Sebelum tu wa mintak maaf pada penyokong Kelantan ar. Sebab tukarkan lu orang punya trade mark "gomo kelate gomo". Haha. Bukan apa.. wa ni sebenarnya suka dua2 team ni. Bestfriend wa pun kalau kutuk wa.. mesti dia cakap "gomo johor gomo" kalau habis perlawanan Liga Super dua2 pasukan. Jadi wa cantumkan lar trade mark tu untuk sokongan wa. 

Jangan marah ar. Hahahaha..

Untuk perlawanan malam nanti.. ramalan wa Kelantan akan menang 2-0 hasil jaringan Farhan dan Indra Putra. Kenapa Johor tak menang??.. Sebab Kelantan bukan calang2 pasukan ooo..!!


Friday, October 4, 2013

Video Yang Pemandu2 Wanita Wajib Tengok. Haha



video




Sekadar peringatan. Jangan marah ar. Hahahaha


p/s: pasukan JDT ni.. bila wa kritik dalam sini, baru menang. Kalau tak.. bikin hati panas jer tengok diorang main. Lawan Kelantan besok untuk suku akhir kedua.. pertahanan kena berdisplin ar. Safee Sali tu.. kalau tak boleh tanduk bola betul2.. wa kasi denda tanduk buah kelapa 3 hari 3 malam ar.

Hahahaha...

Wednesday, September 25, 2013

Piala Malaysia 2013 - JDT vs Kelantan






Assalam kepada kengkawan yang wa sayangi dan cintai selalu. Kali ni kita citer pasal bola pulak ek. Maklumlah.. sekarang tengah musim Piala Malaysia. Kalau musim piala main congkak, tarik upih pinang atau bola jaring pun wa akan citer jugak. Hehe.






Team mana lagi kalau wa nak citer pon. Mesti lar Johor Darul Takzim. Sebenarnya ikhlas lar wa cakap.. tengok dari gaya permainan team JDT ni.. memang susah lar nak pergi jauh. Ni masuk suku akhir pun kira nasib. Memang JDT layak kalah masa lawan dengan PKNS tu. 

Wa tengok gaya diorang main macam kelam kabut. Takde idea nak tembus pertahanan PKNS. Gopoh pun satu hal. Kalau macam ni lar permainan diorang masa lawan Kelantan nanti.. mesti kalah punya. Patutnya lu orang main dengan tenang. Relaks dan cari idea macam mana nak asak pertahanan pihak lawan. Takde lar bila pertahanan lawan dapat halang lu orang.. lu orang semua dah mati akal.

Midfield Safiq Rahim pun satu.. jangan lar nak emosi ajer. Rilek ar. Bagi semangat kat kawan2 yang silap tu. Kalau lu dengar cakap wa ni.. mesti lu boleh beat Piya (Mohd Badri Mohd Radzi) nanti. Piya ni memang terbaik kat posisi dia.

Apa2 hal.. wa ucapkan selamat berjuang pada 28 September nanti. Kasi gegar Stadium Larkin tu. Area stadium tu dulu memang tempat lepak wa dulu2 ngan member2 lama. Kalau ada yang pelik2 kat stadium tu.. tu semua hasil kerja wa lar.

Hahahahaha..


Friday, September 20, 2013

Cuba Tengok Kiri Kanan.




Beberapa hari lepas wa ada terbaca kat suratkhabar berkenaan kebanjiran warga asing ni. Rencana tu lu orang boleh baca kat sini. Sebenarnya memang wa setuju sangat kat Malaysia ni dah terlampau ramai warga asing. Sama ada yang sah atau tak sah. Kira pendatang haram lar tu. 

Lu orang mungkin setuju dengan wa pasal dah tak terkira ramainya diorang ni. Betul tak? Kat mana2 pun muka diorang ni ada jer. Nak lagi kalau hari cuti. Bersepah diorang ni ada kat KLCC lar.. Dataran Merdeka lar.. Pasar Seni, toksah cakap lar.. lu orang nak tengok muka orang Malaysia pun susah. Balik2 muka bangla atau nepal. Memang angin satu badan kalau tengok perangai diorang ni. Memang tak tau jaga kebersihan. Meludah merata-rata. Bau badan.. peh!! dari jauh memang lu orang dah tau tu bau bangla. Haha.




Sori lar nak cakap.. patut kerajaan sekat dah kemasukan warga2 asing ni lagi. Bukannya nak tambahkan lagi bilangan diorang ni. Ni tak.. nak bawak masuk 1.4 juta mat bangla lagi kat Malaysia ni. Laporannya di sini dan juga di sini. Siap nak bagi Kad Pengenalan khas pulak tu. Habis lar.. orang2 Malaysia semua. Macam merempat kat tanahair sendiri. Cuba lu orang bayangkan.. nak pergi satu tempat tu dengan keluarga.. alih2 diorang ramai2 berkumpul kat situ. Lu orang mesti tak jadi pergi kan! Terpaksa pergi tempat lain. 

Kalau bab pekerjaan.. wa rasa orang tempatan memang susah nak cari makan. Yela.. baik majikan amik warga asing ni. Tak payah bayar mahal dan nak carum kwsp betul tak? Tu belum masuk lagi soal keselamatan kan!

Kalau tanya pendapat wa.. wa memang angin dengan diorang ni. Pergi mana2 muka diorang jer. Pernah lar wa tahan satu orang yang bawak motorsikal (ceh.. wa macam polis lak. hehe) nak tanyakan alamat.. yela, malu bertanya sesat jalan kan! tau apa dia cakap.. "ngak tau dong". Ceh!! rupa2 nye orang indon. Musykil betul.. apa orang indon boleh dapat lesen motor ker?

So.. wa harap pihak berkuasa dapat lar selalu buat operasi tangkap pendatang2 haram ini ek. Wa rasa memang majoriti orang tempatan dah rasa rimas dengan kebanjiran diorang ni. Cuba tengok kiri kanan. Betul tak? Tapi tak tau lar pulak kalau2 ada orang perempuan tempatan yang tak kisah dengan diorang ni. Yela.. masing2 dah tangkap cintan dengan kehenseman diorang ni. Muka ala2 bollywood katakan! Apa daa.. muka pemuda Malaysia lagi hensem tau. Nak lagi muka wa!

Wa pakai bedak banyak2.. cantik tak??

Hahahaha..



Thursday, September 5, 2013

Raya Lagi Lar. Haha


Assalam kengkawan semua. Kabare..? Wes mangan? Hehe. Ok.. semalam opis wa buat open house atau cakap omputihnya.. rumah terbuka kat Restoran Istana Bambu. Tak tau kat mana restoran tu? Apa lagi.. mintak lar tolong pakcik google tu. Haha. Wa ingatkan dah habis dah raya2 ni. Rupanya tak sangka ada lagi yang buat open house ni. Yela kan.. raya kan sebulan. Semalam baru 28 Syawal. Ada 2 hari lagi.

Tapi jangan tak caya.. hari ahad ni pun wa dapat jemputan open house tau. Peh..! memang kita raya sakan tahun ni. Hahahaha..

Jom layan gambar yang sempat wa amik guna tepon cap ayam wa. Hehe.


Bos tengah layan tetamu yang datang. Anak buah pulak jadi bos. Hahaha



Laksa

Aduh!! mamat ni pun nak mengempel jugak. Haha

Daging Kambing panggang. Mmg sedap!!
 
Wa makan secukup rasa jer. Hehe



Raya.. raya.. raya.. hehehe

Tuesday, September 3, 2013

Adegan Yang Ingin Kita Lihat. Hahaha











Hahahaha.. terbaek dari ladang!!

Thursday, August 29, 2013

[Kes Polis] Gambar-Gambar Terkini Kes Pembunuhan Di Bukit Jalil Petang Tadi.














Kejadian mungkin sekitar pukul 4 lebih petang tadi.
Wa tak boleh ulas banyak2 ar.. sebab polis masih menyiasat lagi.


Monday, August 26, 2013

Jom Layan Lagu Ni. Hehe






video




Lirik Lagu Raya – Jalil Hamid


Bila sebut pasal raya
Semua ingat Hari Raya
Tapi jangan pulak kita lupa
Ada seribu satu kata
Berkait dengan raya
Selain Hari Raya


Tak kira apa bangsa
Orang melayu orang cina
Orang putih atau orang india
Orang timur orang barat
Di seluruh dunia
Ada hari raya

Kalau banyak harta benda

Orang itu kaya raya
Kalau tempat lalu kereta
Itulah jalanraya
Hentian bas ibu kota
Itu di Puduraya
Di tengah bandaraya


Kalau banyak jalanraya
Dipanggil lebuhraya
Bunga lambang Malaysia
Namanya bunga raya
Tukang menyelenggara
Mengawas harta-benda
Jabatan Kerja Raya


Gembira kita di hari raya
Makan kenduri di balairaya
Kalau kita malas nak puasa
Kita sama macam hantu raya


Selamat hari raya
Selamatlah beraya




Selamat, selamat hari raya
Mari kita kumpul duit raya
Selamat, selamat hari raya
Kita semua jadi kaya raya
Nak beli jalanraya.

Hehehehehe..


Monday, August 12, 2013

Malang Sungguh Penyokong Bolasepak Malaysia






As salam semua. Selamat Hari Raya eh. Sebelum tu wa nak ucapkan berbanyak2 kesian lar kat penyokong2 Malaysia. Ini semua gara2 perlawanan persahabatan Malaysia lawan Barcelona tempohari.

Bagi yang tengok kat tv dan yang pergi ke stadium.. rata-rata wa tau, semuanya nak tengok kelibat penyerang tersohor seantero dunia beraksi depan mata.. iaitu budak johor!. Ops.. tersilap lak, Lionel Messi. Hehe. Sori ar.

Tapi kesudahannya.. hampas!!. Messi tak bermain malam tu. Apa yang dia bagitau kat wa.. dia tak dapat main sebab makan rendang ayam banyak sangat. Sampai buncit perut dia. Nanti kalau dia main jugak.. 5 minit jer dah kena usung keluar padang. Jatuh lar repubasi reputasi dia. So dia bagitau kat wa lain tahun lar dia main kat sini. Hahahaha..

Apa lar team Barcelona ni. Lu sudah tipu hidup2 penyokong lu kat Malaysia ni. Sebelum game ni.. punya lar gegak gempita penganjur mencanang Messi akan main nanti. Tapi.. tipah tertipu. Haha. Buat penat jer lu orang datang jauh2. Pengurusan Barcelona mana nak hargai pun penyokong yang sanggup korbankan Hari Raya ketiga semata2 nak pergi Stadium Shah Alam. Apa yang diorang pikir.. duit masyuk jer. Memang hampas!!.

Apa kata.. lu orang tukar sokong team AC Milan pulak. Team yang wa sokong. Mesti lu orang berbaloi punye! Jangan kata semua top player dia main.. silap2 presiden dia pun nanti wa paksa suruh main. Lepas habis main.. wa ajak lar dia makan ketupat lemang ngan kuah lontong. Pastu pau dia duit raya. Ok tak idea wa?

Hahahahaha...


p/s: lu orang ada tak dengar ayat skema Juruletih Jurulatih Malaysia lepas habis satu2 perlawanan.? Kalau tak ingat.. wa boleh ingatkan. Ayat dia yang tersohor tu "saya cukup berpuas hati dengan pemain saya walaupun kita kalah".

Hahaha..  apa lar punya coach ni.. kalah pun puas hati ker! Malas lar wa nak cakap banyak. Nanti angin satu badan. Baik wa pekena rendang ayam ngan nasi himpit ni. Lagi kenyang...! Haha

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin

Wednesday, August 7, 2013

Selamat Hari Raya AidilFitri









Selamat Hari Raya Aidilfitri wa ucapkan pada semua. Kalau ada terkasar bahasa sepanjang wa berblog ni.. wa mintak maaf bebanyak ek. Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Kalau ada wa termarah tu.. ala.. wa marah2 manja jer. Hahaha.. Jangan kecik hati tau. Puas pulak wa nak kasi besar hati tu balik.

Hahaha..

Selamat Hari Raya Aidilfitri.


p/s: kalau tengah makan kuih raya tu.. jangan lar lupa wa kat sini eh.

Friday, August 2, 2013

Balik Kampung.. Ooo Balik Kampung!!










Assalam semua. Diam tak diam dah dekat nak raya kan! Oleh yang demikian (chewah.. ayat skema lar pulak.. hahaha) mesti lu orang dah kemas2 nak balik kampung. Betul tak.? Apa.. dah seminggu siap packing baju?? Dashyat lu orang ni.. memang raya sakan nampak!! Hahaha.

Dikesempatan ini wa sekadar memberi nasihat.. kalau nak balik kampung tu berhati2 bawak kereta ar. Jangan nak racing pulak. Tak lari kampung tu kan! Hehe.

Wa doakan semoga lu orang semua selamat sampai ke destinasi masing2. Amin..


Monday, July 29, 2013

Selamat Berpuasa Ar.



Assalam kengkawan semua. Macam mana puasa setakat ni? Semua ok ar. Puasa jangan tak puasa tau. Haha.

Diam tak diam.. dah 20 hari kita berpuasa kan! Dugaan berpuasa ni pulak.. peh!! memang dashyat ler. Kalau tak kuat iman memang kecundang lar. Hahaha. Nak lagi wa yang kerja kat bandar ni. Memang tergoncang iman wa cakap lu. Terpaksa wa kena tutup mata macam gambar kat bawah ni. Hahaha. 



Kadang2 dah rasa pahala puasa tu tinggal sikit jer tertengok pompuan2 yang pakai seksi ni. Wa ulang balik.. 'tertengok' tau. Bukan saja2 jer nak tengok ar. Tapi.. boleh ker lu orang percaya cakap wa ni? Tengok tu.. muka pun dah lain macam jer tengok wa. 

Hahahaha...


Sunday, July 7, 2013

White House Down





Assalam kengkawan semua. Semalam wa pergi tengok wayang citer White House Down ni. Biasa lar.. wa memang suka tengok citer2 aksi macam ni. Bukan citer yang asyik meleleh jer air liur mata dia. Hehe. 




Ok.. citer ni memang best. Walaupun kebanyakkannya penuh adegan tembak menembak.. tapi ada jugak unsur2 komedi. Ala.. lawak melawak lar. Itu yang tak boring tu bila tengok citer ni. Ada ker penjahat.. yang mukanya bengis, kejam.. tapi takut jugak kena penyakit kencing manis. Hahaha. Kira penjahat ni pun ikut jugak nasihat kerajaan. Jangan makan/minum yang manis2 sangat. Kurangkan gula dalam makanan. Lawak betul lar. Haha

Wa cadangkan sapa yang belum tengok citer ni.. pergi lar tengok. Memang tak rugi. Presiden AS pun pandai jugak buat lawak. Aisehmen..! boleh masuk Raja Lawak lar macam ni. Gerenti menang punye.!

Hahahaha..


Friday, July 5, 2013

Juara Piala FA vs Juara Liga Super 2013




V.S






Haha.. ini lar perlawanan yang ditunggu2 oleh kaki bola macam wa. Juara bertahan Piala FA menanti kunjungan Juara baru Liga Super 2013 iaitu Lions XII di Stadium Kota Bharu malam besok. Sebenarnya wa tau ramai yang jaki (dengki) kat pasukan Singapore ni termasuk lar wa. Hehe. Mana taknya.. diorang boleh menang Liga Super Malaysia. Wa ulangi.. Liga Malaysia.. Aiseh.. tak malu ker pasukan lain boleh kalah dengan pasukan muda Singapore ni.

Yela.. nasib lar kan! Sapa suruh tak main betul2 bila jumpa Lions XII ni kan! Melopong masing2 bila Piala Liga Super tu menyeberang tambak Johor. Tapi.. bila Piala tu nak lalu tambak johor.. wa pastikan orang2 FAM tak tunjuk depan wa. Kalau diorang tunjuk jugak.. memang wa baling dengan mercun katak 1 kotak. Biar diorang terjun tambak johor selamatkan diri. Baru puas hati wa.!!

Hahahahaha...


Wednesday, July 3, 2013

[Pasca Final Piala FA 2013] Suasana Di Stadium.






Nun sana penyokong Johor, wa dapat tengok dari jauh je lar.
wa duduk kat area sini jer. atas tangga lak tu. nak komplen lar cenggini. hehe


video
"Oooo.. ayuh kelate ku..hari ini kita pasti menang..yeahh!!"



Itu lar serba sedikit yang dapat wa lekatkan kat sini. Apa2 pun tahniah wa ucapkan pada pasukan Kelantan. Yang pasti pengalaman dalam Final memainkan peranan yang berguna buat pasukan Kelantan. Untuk pasukan Johor.. takpe.. hero kalah dulu kan!. Hahaha. Biasa lar tu.

Jangan memanjang kalah lak lepas ni sudah lar. Mau wa suruh diorang semua jalan itik dari Bukit Jalil sampai Pasir Gudang. Amacam.. ok tak denda wa tu?

Hahahaha..


Friday, June 28, 2013

Tak Tau Nak Sokong Mana. Arrrrrggghhh!!


V.S





Salam buat kengkawan yang wa sayangi. Sempena final bolasepak Piala FA 2013 nanti, wa sebenarnya ni tengah dalam krisis sokongan. Tak tau nak sokong belah mana. Al maklumlah.. dah kahwin ngan orang Kelantan ni.. sokongan kena bagi separuh belah sana. Hehe. 

Tapi.. kalau dah budak johor.. takkan lar tak paham2 nak sokong mana.. ye tak? Haha. Kalau wa dah pakai baju johor.. kena lar duduk kat belah penyokong johor. Yang masalahnya.. ejen wa (orang umah) nak duduk kat belah penyokong Kelantan. Aduuuuhhh..! ni yang pening ni. Takkan lar nak duk jauh2 kan! 

Cuba lu orang bagi pendapat sikit kat wa boleh tak? Kalau pendapat lu orang diterima.. wa akan bagi hadiah. Hadiahnya.. penginapan 3 hari 2 malam di rumah sendiri. Amacam.. ok tak hadiah tu?

Hahahaha..

Thursday, June 27, 2013

Sepetang Di Padang Merbok

















Jalan-jalan hujung minggu.