Tuesday, August 11, 2015

Throwback Raya Pertama




"Salam Aidilfitri ayah bonda yang dicintai..
maafkanlah anakmu ini..
kerna belum cukup berbakti"



Thursday, July 16, 2015

Selamat Hari Raya AidilFitri. Ikhlas Dari Budak Johor





Selamat Hari Raya AidilFitri buat semua kengkawan wa. Mohon maaf jika wa ada terkasar bahasa selama ini. Mintak maaf jugak sebab dah lama biarkan blog ni sampai ada sarang labah2. Pada sesapa yang ada vakum sedut habuk tu..boleh bagi wa pinjam tak? Wa nak taip pun dah tak nampak keyboard ni. Bersawang2.

Hahaha

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Yeaayy..!! best main bunga api macam dulu2 kan!. Hehe


Kalau lemang..keluarga wa dah jarang nak buat. Tapi kalau ketupat..memang tiap2 tahun tak pernah miss. Semua adik beradik wa terer anyam ketupat. Termasuk wa lar. Lu orang kalau nak celen anyam ketupat dengan wa..no problem punye. Sapa kalah..kena duk depan meriam ar, pastu wa yang bakarkan.

Amacam..ada berani? Hahahaha


Ye..semoga senyum selalu ar.


Penutupnya.. boleh jer datang ramai2 serbu rumah wa. Tapi duit raya takde lar ek. Kalau ada pun..lu orang dapat duit yang jumlahnya dah siap2 dipotong untuk kos GST 6%.

Hahahahaha.

Maaf Zahir & Batin.

Hehe


Tuesday, July 14, 2015

Selamat Balik Kampung Weyy




Assalam kengkawan semua. Aiseh..dah lama wa tak update citer baru ek. Sampai bersawang blog ni. Fuhhh! Haha

Ok..yang nak balik kampung tu berhati2 selalu ar. Jangan macam gambar kat atas tu. Hehe.

Tuesday, March 31, 2015

Selamat Menyambut GST





Yeaahhh. GST dah mai dah. Wellcome2..! 
Hahahaha

Pada kengkawan semua.. selamat menyambutnya. Bersedia untuk mengikat perut sikit. 
Ini bukan cobaan.. ini betul2 kejadian. Chewah..macam Pendekar Bujang Lapok lak dialognya. Hahaha
Lagi satu.. lu orang jangan lar nak harap2 Aprilfool. Takde maknanya. 
GST.. Gasak Sampai Terburai.!
Terburai poket seluar lar.

Hahahaha


Cehh..duit pun dah kasi potong GST 6 percen ka?
Tuan penasihat?
25 percen..

Hahahaha

Friday, February 13, 2015

Al-Fatihah Buat Tok Guru Nik Aziz





Innalillahiwainnalillahirojiun.. Al-Fatihah buat Tok Guru yang kita sayangi. Perginya seorang ulama yang kita kagumi.
Secara peribadi..memang wa kagumi ketokohan Tok Guru ni. Ketegasannya akan tetap dalam kenangan.
Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat Almarhum.. moga rohnya ditempatkan dikalangan para solihin.

Amin..



Thursday, February 12, 2015

Program Jejak Kasih



Assalam semua. Sebenarnya dah lama dah tak buat sesi bertemu peminat. Hahahaha puiihh.
Peminat apa.. tu semua tu kengkawan satu sekolah kat Muar tu. Plan pun last minit. Mana yang berkesempatan je lar yang datang. Kitorg berjumpa kat Restoran Chop & Steak Seri Kembangan. Itu pun si Rafidah (bertudung hitam) yang carikan.



Pehh.. member2 yang datang ni wa memang tak pernah jumpa lepas habis sekolah. Bayangkan lar.. tu dia.. masing2 dah terlebih macho. Hahaha.

Cuma yang baju kuning tu jer duduk Kulaijaya. Yang lain2 tu area lembah klang. Pasal dia datang lar (ada urusan di KL) baru dapat kumpul geng2 walaupun tak ramai.

Caya lar.. terbaekkk lu orang semua.

Ada rezeki nanti.. kita boleh jumpa lagi.

InsyaALLAH..

Friday, January 30, 2015

MH370 - Misteri Yang Tak Terungkai





Assalam semua. Dah dengar kan pengumuman yang telah dibuat oleh pihak kerajaan tentang kehilangan pesawat MAS MH370. Mudah sungguh buat pengumumannya. Semua dikira terkorban dalam keadaan kita tak tahu apa2 pun.

Bagi wa lar.. wa tetap tak percaya pesawat ni terhempas di lautan Hindi. Lagi wa tak percaya hilang begitu jer. Agaknya kita ni dalam zaman Batu kot. Takde peralatan canggih manggih. Kalau ada pun.. koman sungguh. Kat negara ni.. takde yang menghairankan pon. Boleh land lar katakan. Huhu. Kebenaran tetap ada diluar sana.

Walau macam mana pun.. salam takziah wa ucapkan pada waris2 mangsa pesawat malang ni. Hanya ALLAH yang maha mengetahui.

Al-Fatihah..





#doa untuk MH370

Thursday, January 15, 2015

Senarai Penipuan Syarikat Telco Yang Didedahkan PPIM




Bermula dari khidmat perayauan antarabangsa, sehinggalah kepada kehilangan baki kredit tanpa sebab yang munasabah, ianya didedahkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam sidang media berkaitan isu caj-caj melampau di ibu negara. Tindakan syarikat Telekommunikasi yang dilihat tidak telus dalam urusan perkhidmatan data internet disifatkan satu penipuan yang harus ditangani oleh Kerajaan.





Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada orang ramai berkenaan hal berkenaan dan ia dilihat semakin berleluasa.
Telco juga mengamalkan bentuk perniagaan yang tidak sihat dalam pelan perniagaan data yang ditawarkan mereka.

Menurut beliau lagi, apa yang dialami para pengguna kini merupakan satu bentuk penipuan telco dan ada kes juga di mana pelanggan melanggan data tetapi langsung tidak menerima perkhidmatan seperti yang dijanjikan.

“Itu penipuan lah tu, patutnya jika pelanggan melanggan 3 gigabyte (GB) patutnya tiga, dapatnya 1.5GB kadang-kadang tidak dapat langsung, orang pun marah pilih syarikat telekomunikasi lain tetapi perlu menandatangani kontrak selama dua tahun.“Jika ada pengguna tidak bayar, tiap-tiap bulan dikenakan penalti pula setiap bulan RM50… Akhirnya ada pengguna sampai perlu membayar RM20,000 lebih bermula daripada hanya RM200 yang tidak dibayar,” katanya.

Berikut antara penipuan syarikat TELCO yang didedahkan Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan.

Perayauan Antarabangsa (Roaming) - Caj sehingga mencecah RM80,000 selepas berada di luar negara tanpa mengetahui wujudnya perkhidmatan berkenaan, bila dibuat aduan kepada syarikat telekomunikasi (TELCO), pihak TELCO mendakwa perkhidmatan itu memang sudah tersedia di dalam langganan.

Kehilangan Kredit Pra-Bayar - Syarikat TELCO mengambil sejumlah kredit daripada akaun pengguna atas sebab perkhidmatan data internet harian padahal, pelanggan itu sudahpun membuat langganan untuk data internet secara bulanan, selepas membuat aduan, barulah jumlah kredit berkenaan dikembalikan semula, jika tidak dibuat aduan, kredit berkenaan akan hilang. Bayangkan berapa banyak kes kehilangan kredit sebegitu tidak yang tidak dibuat aduan.

Pelan Data Internet - Pelanggan yang memohon langganan 3 Gigabyte (3GB) contohnya, tetapi hanya mendapat 1.5GB dan ada aduan yang diterima PPIM, tidak menerima apa-apa langsung langganan.

Kesahihan Baki Data Internet - Pakej data internet yang dilanggan 3GB didakwa sudah habis digunakan oleh syarikat TELCO biarpun selepas hanya beberapa hari dilanggan, untuk terus menggunakan data internet.

Penalti Bayaran Lewat - Ada aduan diterima PPIM, pelanggan syarikat TELCO terpaksa membayar sehingga RM20,000 akibat penalti RM50 sebulan yang dikenakan syarikat TELCO bermula daripada jumlah RM200 yang tidak dibayar.

Panggilan Tidak Berjawab - Panggilan pelanggan syarikat TELCO jika tidak dijawab, ianya tetap akan dicaj biarpun tidak sampai satu saat.

Caj Melampau Tidak Munasabah TELCO - Caj untuk mendengar pesanan suara (voicemail), caj untuk menerima bil dicetak dan caj untuk mendapatkan bil terperinci.

Mesej Berbayar Yang Tidak Dilanggan - Tambahan kepada penipuan syarikat TELCO di Malaysia seperti yang dialami oleh SP sendiri, kredit sebanyak RM1 akan dipotong selepas membuka mesej yang dihantar oleh penyedia rangkaian sedangkan tiada langganan pernah dilakukan. Kejadian hanya disedari selepas berbulan-bulan menerima mesej beberapa kali seminggu.
Siapa Pantau Kesahihan Penggunaan Data?

Mudah untuk syarikat telekomunikasi (Telco) sekadar menghantar SMS memberitahu kita sudah habis guna dan sila beli lagi kalau nak guna lagi. Nampak macam kaedah marketing untuk perah duit pelanggan sendiri.

Kredit pada blog sembangmaniac

p/s: bagi wa lar.. kita memang ditipu selama ni oleh kapitalis ekonomi. Apa2 perkara yang dilakukan.. semuanya kita kena telan bulat2 walaupun kita tak bersetuju. Macam celaka kan! Nanti wa citerkan dilain episod ek. Hehe