Friday, May 25, 2012

Peh!! Lama nyer..



Assalam buat kengkawan semua. Yang dirindui dan dicintai selalu. Harap waras ar. Ada sesapa yang rindu kat wa tak? Kalau rindu sila Jangan angkat tangan. Wahh!! ramai yang rindu rupanya. Hahaha. Fuhh!! lama benar wa tak buat entri baru. Blog ni bukan sejuk jer.. beku terus. Hehe.Itu lar.. dulu wa pernah cakap kat manusia beku tu dia macam biskut chipsmore. Kejap ada kejap takde. Alih-alih wa yang macam biskut. Bukan setakat biskut chipsmore jer.. dah macam biskut kering cicah kopi sejuk yang tak berapa sedap. Hahaha. (gelak sakan nampak!)

Ok lar.. wa sebenarnya nak kongsikan lagu dari Mawi dan Akhil ni. Wa suka dengar muzik dan liriknya. Sungguh bermakna dalam kehidupan kita seharian. Dalam soal-soal yang biasa kita hadapi. Setiap masalah yang timbul.. samada sikit ataupun banyak, ataupun belum bertemu jodoh ker (macam terkena kat wa jer.. hehe), hendaklah selalu berdoa padaNYA.

Orait.. jom layan lagu ni ek.



video



Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui





Wa rindu lar nak bercoleteh dengan lu org macam dulu. Takpe.. wa akan selalu updatekan blog wa ni. Kalau rasa2 dah nak bersawang tu.. wa alu-alukan kalau lu org panggil lori alam flora kasi bersih wa punya rumah ni. Nak panggil bomba pun wa tak kisah. Dipersilakan..

Hahaha..



p/s: Selamat Hari Guru wa ucapkan jika tak terlambat lagi. Senyum2 selalu ar jika letih dengan kerenah anak murid. Bukan apa.. nanti elok2 muka tu cantik, bila selalu2 marah terus muka tu jadi macam ayam penyet pulak!
Hehehe.. Jangan mare ye.

Wednesday, March 28, 2012

Berwaspada Selalu.


Gambar Hiasan


Assalam buat kengkawan yang wa rindui, sayangi dan cintai selalu. Lama betul ek wa tak ke udara. hehe. Pada sape2 yang ada mesin vakum tu.. boleh lar mulakan kerja menyedut segala sawang2 kat blog wa ni. (Ceh! gelak sakan nampak!) Hahaha..

Banyak perkara yang berlaku sejak wa tak bersiaran di konti blog ni. Macam2 lar.. kereta stuck betul2 kat depan Angkasapuri jam 4.30am lar (bersama dengan mamat curly. Nak suruh dia tolak, tak sampai hati lak. Hehe), roadtax motor hilang lar (terpaksa bertentang mata dengan awek polis yang cun nama Atika. hehe. Buat report polis daa..), tengok citer John Carter kat Melaka Mall. (fuyoo!! jauhnya nak tengok wayang! Ape? tak boleh ker? Lain kali wa nak tengok wayang kat Pangkor pulak lar. Tapi.... kat sana ada ker panggung wayang? Hahahaha.. jangan marah ar orang Pangkor. hehe) dan sebagainya. (Ceh! ayat skema jer). Kulit pun dah semakin gelap akibat cuaca terik membahang. Dulu kulit wa macam Tom Cruise.. sekarang dah macam Eddie Murphy. Huhu.

Ok.. dalam banyak kejadian jenayah yang berlaku sekarang ni, wa saja nak berkongsi tips kurus keselamatan. Baru2 ni wa dapat satu emel dari member wa. Kisahnya mengenai bermacam-macam cara penjenayah gunakan untuk buat jenayah. Contohnya macam emel kat bawah ni. Berpura-pura cedera untuk meraih simpati pemandu.. kemudian merompak mereka. 




Jadi.. kepada lu org, berhati-hati lar selalu ek. Sentiasa tanamkan dalam diri tu sikap waspada. Tapi jangan lar menipu pulak ar. Kata kena culik.. rupa-rupanya lari ikut boipren (lenggok cakap mesti ikut macam dalam citer p.ramlee.. 'masam-masam manis'. Hehe). Kalau adik wa lar.. dah lama kena penampau Jepun. Tak pun.. ikat jer kat pokok mangga yang ada kerengga. Baru padan muka. (Ai.. macam ada pengalaman jer waktu kecik2 dulu.) Hahahaha..


Monday, February 27, 2012

Disaster Date - Program ntv7


(Kredit)



Apa khabar semua. Harap semuanya sihat2 saja. Wa masih lagi selsema dan batuk-batuk 2 3 hari ni. Mungkin akibat main hujan ni. Maklum lar.. nak jadi budak2 balik.. suka main hujan. Hehe.

Petang tadi wa saja layan citer Disaster Date kat ntv7. Sebelum ni memang tak tengok pun. Tapi bila tengok.. memang kelakar habis. 

Temu janji yang dirancang.. tapi cari jalan macam mana nak musnahkan temu janji tu. Macam2 cara diorg buat nak bagi pasangan yang dijemput tu blah dari tempat tu. Buat lar apa2 perkara yang perempuan tu tak suka. Tapi.. kalau dia dapat bertahan selama yang boleh, dapat lar banyak duit. Haha.

Untuk episod tadi yang sempat wa tengok.. semua yang ada dalam restoran tu adalah geng2 diorg jugak (pelakon). Perempuan yang dijemput tu.. diorg dah tau latar belakangnya. Contoh.. perempuan tu tak suka pakaian yang murah2, kalau date dengan lelaki yang baru kenal.. tak suka lelaki tu citer pasal ex girlfriend dia. Jadi.. diorg dah plan masa lelaki (pelakon) tu buat temu janji dengan perempuan tadi, pelakon lain menyamar sebagai ex girlfriend lelaki tu. Lepas tu buat kacau depan diorg. Merayu2 kat lelaki tu jangan tinggalkan dia. Apa lagi.. perempuan tu pun naik angin dan terus blah!. Terpaksa pelakon yang lain2 tu kejar perempuan tu balik dan bagitau tu semua lakonan saja dan perempuan tu dapat duit selama mana yang dia boleh stay.

Hahaha.. wa tak boleh bayangkan kalau wa lar yang terkena. Mau wa bakar mercun buluh dalam tempat tu. Tak pun wa lepaskan katak banyak2. Biar diorg pulak yang melompat!!

Hahahaha..


Ewah!! sempat buat peace lagi. Hahaha..





Tuesday, February 21, 2012

Kumpulan Slam - Kenangan Masa Konsert Unplugged.





Assalam pada kengkawan wa sayangi dan cintai. Sori ek membiarkan blog ni bersawang. Hehe. Ada yang ingat wa pergi bertapa kat gunung ledang. Ala.. kalau dah sampai sana.. buat apa wa pergi bertapa, baik wa minum petang dengan Puteri Gunung Ledang. Omputih kata apa.. hi tea. Hahaha.

Petang tadi kat opis waktu wa nak bersiap-siap nak balik.. tak semena-mena bos wa tanya kat wa. Tak nak tengok konsert Slam ker? Ait.. bos ni tau-tau jer wa minat dengan Slam. Agaknya dia skodeng meja wa ni. Hahaha.

Wa pun tanya balik.. yeke bos, Slam buat konsert? Dia pun jawab.. "a'ah, kat Singapore 24 Februari ni". Aduhhh!! bila wa dengar Singapore jer.. terus wa cakap dengan bos, "bos.. takde tiket free ker?". Member2 wa yang lain bila dengar camtu.. terus gelak. Yela.. mana lar tau kot-kot bos bermurah hati menaja pemergian wa kat Singapore. Hahaha. (Ceh!! jangan mimpi ar. hehe).

Dulu wa ada jugak bodek dia nak tengok konsert Search. Bos wa ni adik ipar kepada Yazid.. pemain dram Search. (Sori bos.. terpaksa pecah lubang! Hahaha). Puas lar wa bodek.. wa ampu.. wa kipas (siap guna kipas Helikopter tu. hehe) pasal nak tiket free tengok konsert Search kat Bukit Kiara dulu. Tapi hampeh.. tak dapat. Padan muka wa. Huhu.

Yazid.. (bertopi)
(Kredit)

Teringat wa pada konsert unplugged Slam tahun 1996 dulu. Wa pergi masa tu kat Stadium Negara. Nak dapat tiket free tak susah. Diorg suruh datang bawa kulit album kumpulan Slam jer untuk ditukarkan dengan tiket. Masa tu pakai kaset lagi. Tak macam sekarang.. pakai CD.

Yang bestnya.. masa tu satu Malaysia blackout. Sebelah Stadium Negara..Stadium Merdeka. Ada perlawanan akhir Piala FA pulak tu antara Kedah vs Sarawak. Terpaksa di tunda ke hari lain. Apa lagi.. bila diorg tak dapat tengok bola, diorg serbu lar konsert Slam. Memang penuh giler dalam konsert tu.

Tapi memang best!!. Cuma masa Shah hadiahkan gitar dia pada peminat.. wa tak puas hati. Patutnya wa yang dapat. Ni.. dia bagi pada mamat mana tah yang berdiri depan pentas. Tak adil lar macam ni. Kalau wa tau.. masa nak habis konsert tu, wa panjat pentas tu sebab nak dapatkan gitar dari dia. Boleh lar wa tayang pada orang kampung!!

Hahaha..


Ok.. jom layan lagu Satu Jalan Satu Pegangan ni.



video



Asam di gunung, ikan di laut
Dalam hidangan bertemu jua
Pasti yang tersurat
Terbukti akhirnya

Asalnya bayang dari cahaya
Ada bayang zahirnya kita
Ada segala asalnya dia

Hmmmm… dialah cinta
Kasihnya kita bina selamanya
Bersaksi… nafas
Diam terhenti

Kasihnya kita misteri, misteri
Nampak berbeza
Hakikatnya serupa
Kau dan ku rela merasai
Pahit manis cinta di duniawi

Hidup mati jodoh dan pertemuan
Satu jalan dan satu pegangan
Takdirnya… Tuhan… menentukan

Kita diajar mengenal cinta
Bukan seribu janji dan seribu kata
Kau lah Nur Kasih ku satu
Yang kunyanyikan sejak dulu


Diruang azali dan ini
Tetap bersatu oh… oh…

Sindiran dan cacian tak tertepis
Bagai angin yang datang
Tergoncangkah imanmu kerna cinta
Yang terpancar cahaya pasti nyata
Kekal abadi… ke syurga…


Sunday, February 5, 2012

Apsal Takde Semangat Ni..!



Lama dah tak update blog ni. Bukan apa..bila nak taip jer terus blur. Tak tau nak taip apa. Semangat pun takde.. idea apa tah lagi. Tapi.. bukan merajuk ar. Hehe

Aduhhh.. apsal lak takde idea ni. Ok.. tarik nafas panjang2, pastu lepaskan. Tarik nafas... lepaskan. Aiseh.. dah macam sesi senamrobik lak. haha.

Pejamkan mata.. tenang dan lapangkan fikiran sambil ingat bunyi2 ayam itik kat kampung. Hehe. Pejam mata sekali lagi dan cuba cari inspirasi. Haaa!! dah jumpa!. Dah nampak manusia beku kat situ. Hehehe.

Ok.. apa kata kita tengok gambar2 kat bawah ni ek. Saja untuk segarkan minda. Gambar ni wa ambil dari Encik Google. Tak boleh letak gambar banyak2 sebab nanti ada orang marah. Hehe. Wa banyak ambil dan ikut nasihat dia macam kat sini. Mungkin siapa yang dah biasa ngan blog wa, nampak perbezaan dari dulu sampai sekarang.

Ok..jom layan!











Hahaha... pandai ker lembu tu baca! Lembu educated agak nye! Hahaha..

Wednesday, January 18, 2012

Apa Kata Kita Bersabar Sedikit Ek!



Assalam buat kengkawan yang wa sayangi dan erm.. cintai. Biarkan takdir yang menjelaskan haluan kita.

Ok.. kali ni wa nak tarik perhatian lu org tentang kemalangan yang berlaku di Melaka baru-baru ni. (Melaka lagi!). Rakaman video ni adalah dari CCTV Polis Melaka yang disiarkan di TV. Menunjukkan 3 penunggang motorsikal dirempuh oleh sebuah kereta dipersimpangan lampu isyarat.

Apa lagi yang wa boleh katakan. Kadang-kadang pemandu kereta di Malaysia ni (bukan semua) bawak kereta tak menggunakan otak untuk memandu. Dalam bahasa kasarnya menggunakan kepala lutut untuk berfikir. Wa pernah timbulkan sikap pemandu2 ni sebelum ni di sini.



video



Yang menjadi mangsa penunggang atau pembonceng motorsikal. Kadang-kadang wa terfikir jugak.. adakah semua kemalangan melibatkan motorsikal adalah salah penunggang tu sendiri. Kalau keluar berita kat TV atau suratkhabar.. statementnya mesti bunyi macam ni, "kemalangan yang berlaku akibat motor yang ditungganginya terbabas". Wa nak tanya.. adakah pakcik-pakcik dikampung bawak motor laju-laju kemudian terbabas sendiri? Mesti ada yang langgarnya kan! Lepas tu cabut lari.

Balik semula pada video di atas.. wa memang salahkan pemandu kereta tu. Tak nampak ker motorsikal tu dah bergerak? Dah lar laju.. takde pun tanda2 dia membrek. Memang bahlol campur belacan punya pemandu.

Jadi kepada penunggang-penunggang motorsikal.. untuk mengelakkan dari pemandu kurang ajar ni, wa nasihatkan pada lu org dan jugak diri wa sendiri..apa kata kita bersabar sikit ek walaupun lampu isyarat dah tukar warna hijau. Wa tau lu org kadang-kadang nak mengejar masa. Tak pun macam pemandu F1 atau motoGP.. tak boleh tengok lampu merah padam. Mesti nak pecut punya! Huhu. Ambil masa tengok kenderaan lain ek. Berhati-hati dijalanraya.





p/s: kenapa begini pengakhirannya? Tiada lagi kemesraan semacam dulu.
tetap Aishiteru.

Sunday, January 15, 2012

Apa Dah Jadi Pada Hati?



Assalam.. luahkan kata-kata melalui lagu sebab tak pandai berbicara. Maaf jika terjemahannya salah. ('Tiada sesiapa pun bersalah disini. Justeru, tidak perlu memohon maaf'). Memang tidak akan melepaskan bebanan ini kerna ini adalah pilihanku.


Na jaane mere dil ko kya ho gaya
I don't know what happened to my heart
Abhi to yahin tha, abhi kho gaya
It was just here, now it is lost
Ho gaya hai tujhko to pyaar sajna
You have fallen in love, sweetheart
Laakh kar le tu inkaar sajna
You can deny it a hundred thousand times, sweetheart
Dildaar sajna, hai yeh pyaar sajna
Darling sweetheart, this is love, sweetheart
Dekha na tune mudke bhi peeche
You didn't even turn and look back
Kuch der to main ruka tha
I stopped for a little while
Jab dil ne tujhko rokna chaaha
When my heart wanted to stop you
Door tu jaa chuka tha
You had gone far away
Hua kya
What happened?
Na jaana
I don't know
Yeh dil kyoon
Why is this heart
Deewana
Mad?
Ae waqt ruk jaa, tham jaa, thaher jaa
Oh time, hold still, stop, wait
Waapas zara daud peeche
Run backward a little
Main chhod aayi khud ko jahan pe
I have left myself behind
Woh reh gaya mod peeche
Where he got left behind
Kahan main
Where am I
Kahan tu
Where are you
Yeh kaisa
What kind of
Hai jaadu
Magic is this


video




p/s: antara citer hindustan yang tak jemu-jemu wa tonton sebab minat giler.