Thursday, November 29, 2012

Baru Betul..





Ok.. tahniah wa ucapkan pada skuad Harimau Malaya sebab menang besar lawan Laos semalam. Ini baru betul2 Harimau.. bukan lagi kucing Parsi. Tak pon macam kucing yang kat atas tu. Hehehe.

Nampak gaya.. team kita ni kena kritik baru menang besar. Aduhhh.. payah lar macam ni. Tak kan wa kena kritik hari2 baru lu orang menang kot. Penat lar wa nak menaip selalu. Tapi kalau ada sesiapa yang boleh take over tempat wa.. wa akan bagi lu orang hadiah. Hadiahnya ialah penginapan 7 hari 7 malam di rumah sendiri. Hahaha..

Pastikan ar.. lu orang (Harimau Malaya) menang lawan Indonesia sabtu nanti. Tengok lar kalau wa ada masa sebelum game nanti, wa akan kritik sikit kat lu orang. Hehe. Wallaweii.. kena lar kritik sikit supaya lu orang boleh tingkatkan lagi permainan tu. Tajamkan lagi sepakan kaki kiri tu. Jangan jadi cam Fernando Torres udah ler.

Oleh kerana lu orang dah menang lawan Laos.. wa akan bagi hadiah seperti kat bawah ni sorang sebungkus. Cukup tak?? Kalau tak cukup jugak.. lu orang boleh datang Melaka kasi borong habis.!!

Hahaha..





Lets Pray For Gaza

Wednesday, November 28, 2012

Piala AFF Suzuki - Malaysia vs Laos.





Kabare semua. Sebenarnya wa tak nak tulis pasal bola Piala AFF ni. Bukan apa.. takut wa terkritik lebih2 pulak. Kang ada yang angin dengan wa lak. Yela.. terlalu emosi kalau bab2 bola ni. Hehe

Ok lar.. ikut pada game pertama dengan Singapura.. dan sebelum tu pada perlawanan2 persahabatan, memang boleh mendatangkan marah. Tapi wa berfikiran positif.. dengan syarat kita kena menang lawan Laos dalam perlawanan yang akan berlangsung beberapa minit dari sekarang.

Selain dari menang.. wa tak boleh terima. Yela.. kalau dengan Laos pun boleh kalah atau seri.. memang kita ni takde peluang ar nak jadi juara. 

Bolasepak Malaysia ni hanya gah jer di benua Asia Tenggara. Lupakan kejuaraan yang lalu. Kita patut senang2 jer jadi juara Piala ni. Nak lagi main ditempat sendiri.

Sorry to say lar.. kalau kita kalah dengan Laos ni.. jangan mimpi kita nak bermain di Piala Dunia. Mungkin dalam 20 tahun pun belum tentu. Percaya tak cakap wa. Mungkin lu orang boleh cakap.. "jadi tuan rumah boleh apa main Piala Dunia". Salah tu.. lu orang tahu tak apa syarat2 nak jadi tuan rumah Piala Dunia. Setiap negara yang ingin menjadi penganjur(tuan rumah) Piala Dunia.. mesti lar telah bermain di kejohanan Piala Dunia sekurang-kurangnya sekali. 

Amacam..? memang takde chance kan untuk kita main kat World Cup nanti. Lu orang kalau kawtim dengan Presiden Fifa Sepp Blater pun tak kan dapat punya. Tau tak dia cakap apa. "Tak dapek den nak nolong ar". Tak pun dia cakap.. " ulau (ular) melingkau atas pagau". Hahaha. (jangan marah ar Aniza) Hehehe


Lets Pray For Gaza

Friday, November 23, 2012

Memang Bangang Ar.



KALAU YA PON.. TAK PAYAH UPDATE STATUS YANG BANGANG MACAM NI.





Kredit Info di sini.


Friday, November 16, 2012

Sinetron@Drama2 Indonesia Tak Membina Minda?



As salam buat kawan2 yang wa sayangi dan cintai selalu. Baru2 ni wa menonton (sebenarnya bukan menonton pun.. saja temankan mak abah tengok) sinetron Bayu Cinta Luna. Terus terang wa cakap.. wa memang tak minat sinetron2 ni. 




Sambil tonton..sambil wa baca suratkhabar. Tak lama selepas tu wa dengar mak wa merungut pasal citer tu. Wa apa lagi bila dengar mak wa merungut.. terus wa komen pedas2 pasal citer sinetron ni. Mak wa yang tau wa tak minat citer ni merungut kat wa pulak. Ayat dia lebih kurang macam ni lar:-

Mak : "apa lar si Luna ni.. dah kena tipu pun boleh kena tipu lagi."
Wa : "hah mak.. merungut pulak tengok citer ni. memang pun.. citer indon ni kalau orang jahat cakap, orang baik memang percaya habis. tak nak siasat dulu. dah tu..orang jahat boleh pulak muncul tiba2 kat mana2. tak ker pelik!! Hahaha.. tukar channel lain eh mak? Hehe"
Mak : "aah kau tu.. baca je lar suratkhabar tu"




Kesimpulannya.. dari dulu sampai sekarang sinetron2 ni memang tak patut kita tengok selalu. Citer2 ni lebih banyak mengajar kejahatan dari kebaikan. Seolah-olah setiap perbuatan jahat tu dibiarkan berleluasa. Dah lar dia punya episod sampai beratus2 sampai mak wa pun dah fed-up nak tengok lagi citer Nada Cinta tu.. kebanyakkan pulak, sinetron2 ni asyik menaaaaaangis jer kerja dia (kira bab sedihnya 90 peratus ar untuk citer tu). Terpaksa lar lu orang kena standby pulak kotak tisu 1 lori kalau nak menonton. Hah tengok..!! bukan setakat membazir tisu2 tu.. malah tak bagus jugak untuk kesihatan. Boleh kena kencing manis tau!

Hahahaha..


Thursday, November 15, 2012

Salam Maal Hijrah 1434.







Salam Maal Hijrah 1434 wa ucapkan kepada semua. Moga masing2 telah tertanam azam baru untuk dilunaskan. Dan juga mengerti maksud penghijrahan dalam kehidupan kita seharian.

Dikesempatan ini.. wa mengajak lu orang semua untuk melakukan hijrah. Tak kira dalam apa maksud sekalipun. Jika selama ini kita berada didalam zon yang selesa.. tak salah untuk kita berhijrah (berubah) untuk keadaan yang lebih selesa lagi.

Marilah sama-sama untuk kita melakukan penghijrahan (perubahan) besar-besaran agar kehidupan kita dan jugak generasi kita akan lebih terjamin. Syariat Islam pula dapat dikekalkan kesuciannya serta umat Islam dapat hidup dalam penuh keharmonian tanpa di ganggu gugat oleh anasir yang menghina dan memperlekehkan hukum-hukum serta ajaran Islam.

Selamat Menyambut Awal Muharram 1434 Hijirah.
 


Monday, November 12, 2012

Memang Kepala Hotak Diorang Berjambul.!!









As salam semua. Kabare? Kalau tanya wa..wa memang tengah bengang ni. Tak habis bengang dari semalam. Bukan apa..semalam wa balik dari kampung. Biasa lar ikut highway PLUS. Sampai jer dekat susur keluar Seremban dah jem. Sebelum tu wa dah baca pesanan dari papan elektronik PLUS selepas susur Pedas/Linggi mengatakan trafik bergerak perlahan dari Seremban hingga ke Nilai.

Wa teruskan jugak perjalanan tu walaupun dah tergerak hati wa nak masuk Highway LEKAS ikut susur Senawang. Ingatkan bergerak perlahan tu.. kenderaan boleh bergerak jugak.. tapi terus stop. Gerak pun dah macam kura-kura. Bergeraknya 1 minit tapi stopnya 6 minit.
 
Aduhh.. hati wa dah macam terbakar dah. Asap jer yang tak nampak. Ni semua gara-gara jem giler ni. Dalam fikiran wa dah terbayang.. mungkin ada accident teruk ni. dah nak dekat sejam lebih wa sampai Nilai.
 
Sampai jer kat Nilai.. wa tengok tepi jalan ada lar kereta 3 4 bijik dah macam rosak. Tapi kat tengah highway TAKDE apa2 halangan pon. Ni yang wa hangin 1 badan ni. Patutnya pemandu yang hadapan tu teruskan jer lar perjalanan tu. Tak payah lar nak perlahankan kenderaan sangat semata2 nak tengok kereta yang rosak tu. Memang kepala hotak diorang berjambul. Wa pernah story pasal ni kat sini dulu. Pemandu2 kat Malaysia ni memang kaki penyibuk. Nak tau jugak apa orang2 tepi jalan tu buat. Agaknya.. kalau wa pakat ramai2 dengan adik beradik wa berjoget tepi highway tu.. mau jem giler sampai Skudai agaknya.
 
Hahahaha..
Ceh!!