Wednesday, April 27, 2011

Rindu...





wa ni tak pandai berkata2 kalau bab2 perasaan ni. selalunya wa luahkan melalui lagu jer. nak tergelak pun ade. abis nak buat camne.. kalau wa buat ayat romantik nanti, silap2 bila dah siap nanti terus jadi ayat2 mantera semerah padi. hehe. lu org jangan gelak ar wa letak lagu siti fairuz ni. haaa tengok!!.. belum ape2 lu org dah gelak dah. ni yang rasa nak bako jer ni. hehehe. wa bagi dia suruh nyanyi lagu ni, alih2 wa pulak yang nak nyanyi. aarhh!! wa tak pedulik.. wa nak nyanyi jugak utk dia. standby semua. wuahahaha!!



Bila Rindu Kusebut Namamu

Tanpa ku sedar aku tersebut namamu
Mengapakah hanya dengan tiba-tiba
Aku pun menjadi rindu
Dan wajahmu ku terbayang
Adakah engkau pun begitu merindu

Bila ku rindu aku tersebut namamu
Bila ku resah ingin rasa ku bertemu
Aku jadi tak menentu
menunggu kehadiranmu
Mengapakah lama hilang tanpa berita

Apa khabarmu di sana kekasihku
Semoga engkau tak lupa padaku
Jangan biar ku merindu
Jangan biar ku tertunggu
Sepinya di hatiku menunggumu

Bila ku rindu aku tersebut namamu
Di dalam mimpi aku dibelai olehmu
Indah sungguh percintaan
Indahnya berkasih sayang
Betapa aku merindu kepadamu










haah..haah.!! jangan gelak.!

hehe

Friday, April 22, 2011

Tabiat Buruk



Salam.. pejam celik..pejam celik, sekejap jer dah hari jumaat. terlalu pantas masa berlalu kan.! rasa2 macam baru semalam start keja hari isnin lak. hehe.


eh apa daa.. melalut jer. ok.. kali ni wa nak citer tentang tabiat buruk kebanyakkan (tak semua) pemandu2 kenderaan di malaysia ni. tak kira lar, bawak kereta ker, motor, lori atau kereta kebal (biar betul..hehe) sekalipun.. kebanyakkannya bila nak membelok kekanan atau kekiri tak bagi lampu isyarat (signal).




gambar google



suka hati diorg jer nak bagi signal atau tak. bukannya fikir ada kenderaan ker kat belakang. kadang2 tabiat macam ni bole buat accident kat org lain. pernah lar sekali tu wa follow belakang satu kereta ni, tiba2 tanpa bagi signal kereta tu terus membelok kekiri. fuhh.. nasib baik lar ciri2 valentino rossi ada dalam diri wa. dapat lar jugak wa mengelaknya. huhu. tapi lepas tu, berbakul2 lar wa sumpah kat driver tu. rasa2 nye kalau lar binatang sesumpah tu dengar.. mau dia tukar diri dia jadi kanggaro lar. tak sanggup dia nak jadi sesumpah balik. hahaha




bukannya susah pun kan nak bagi signal. lagi satu..kalau wa jadi menteri jalanraya lar.. wa akan bagi hukuman kat diorg2 ni semua. hukumannya simple aje.. kenderaan2 diorg ni (yang tak pasang lampu signal masa nak corner), wa akan pasangkan/tukarkan lampu signal diorg tu dengan lampu 'spotlight' stadium. biar diorg rasakan!! hehe. dan diorg kena pakai lampu tu selama sebulan.



pilih jer.. nak spotlight kat atas ni ker atau yang kat bawah.. hehehe


(kredit)



itu baru betul.. kalau diorg nak corner kekiri atau kekanan, daripada jauh kita bole nampak. agak2 dalam 11 batu lar kan! tak nyusahkan sesapa lagi. dan yang penting, dapat elakkan kemalangan. betul tak? amacam..? baguskan hukuman wa tu.!!



hahahaha..


Sunday, April 17, 2011

Source Code





ok.. kita kembali semula dlm segmen panggung wayang ek. hehe. citer kali ni adelah Source Code (Kod Pusat Sumber) yang wa telah menontonnye semalam.


mengisahkn kapten colter stevens (Jake Gyllenhaal) yang tersedar dan mendapati diri dia dalam badan orang lain. keretapi yg dinaiki nye meletup angkara pengganas bersama2 dengan penumpang perempuan (Michelle Monaghan) yg tidak dikenali nye walaupun perempuan itu kenal sangat kat dia.




(kredit)


bila tersedar balik, dia ade pulak kat dalam bilik kecik (bukan tandas ar. hehe) yg dikawal oleh pakar2 tentera. apelagi..dia pun konpius lar (sama lar macam wa), tadi dalam keretapi yg meletup..pastu dalam bilik kecik pulak.





(kredit)


rupa2nye dia dh diprogramkn (source code) macam tu oleh pihak tentera untuk kembali ke masa depan bagi kenal pasti mamat mane yg kasi letup itu keretapi sebelum tiba waktunye. dia hanya ade masa 8 minit jer utk cari mamat tu. kalau tak dapat cari dalam masa 8 minit.. keretapi tu meletup. kat sini jer dia dh berapa kali kena hantar balik pasal tak jumpa mamat tu.



citer yg akan wa terjah nanti. hehe


justin bieber (JB) budak johor (BJ) ala.. lebih kurang same jer. hahaha



dalam berapa kali kena hantar balik, dia macam dh jatuh cinta kat penumpang perempuan tu. (aiseh..ade pulak babak jatuh cinta ek.) so.. lu org dah dapat agak lar kesudahan nye nanti ar. pasal kalau wa citer nanti.. silap2 citer ni bukan citer aksi yg banyak adegan meletup, tapi citer romantik yg pelakonnye menyanyi2 kat taman bunga sambil guling2kan badan. tak ker haru jadinye!!

hahahaha..

Wednesday, April 13, 2011

bukit tinggi. part 2


ok.. wa sambung lagi citer bukit tinggi. sebelum tu wa nak bagitau.. lu org dikenakan bayaran RM12 utk dewasa dan RM8 utk kanak2 kalau nak masuk kat kawasan Colmar Tropicale. wa memula hangin jgk, takkan nak amik gambar kat situ pun nak kena bayar!. tapi disebabkan awek yg jaga tiket tu cun.. tak jadi lar wa nak marah. hahaha.




masing2 dh ade pengalaman menembak dlm kumpulan gagak hitam dulu. hahaha


kali ni kitorg ke Japanese Garden lak. tapi kena daki bukit pulak tu. aduh!! nak tengok taman jepun pun nak kena mendaki ker? memang semput lar kitorg semua (member2 wa lar.. wa ok ajer! hahaha). ape lar org jepun ni.. lain kali buat lar taman tu rendah2. senang kitorg nak terjah! hehe.




ok.. jom layan gambar sebab ade org nak tengok gambar lagi. hehe


ait!! kat sini pun nk kena tol ker? memang nk kena bako mamat ni. hahaha




camne! nak lagi ker? ala.. udah2 lar tu ek! hehe


Thursday, April 7, 2011

Bukit Tinggi. ce citer.. ce citer. Part 1




okey.. kali ni wa nk citer tentang tempat percutian kat bukit yg paling tinggi sekali kat malaysia iaitu bukit tinggi. (iye ker? hehe). kita tinggalkn dulu citer pasal tengok wayang sebab nanti ade org marah/benci. hahaha (rindu lar kat dia. hehehe). seperti biasa wa and the geng (sebelum ni wa ade pegi bercuti sorg2 kat pulau pangkor, tapi bila balik jer wa kena boikot ngan diorg sebab tak ajak diorg sekali.. hehehe) pegi ler terjah bukit tinggi tu.







tapi kalau lu org nk tau, tempat tu bukan lar sasaran utama kitorg. kitorg dh plan dh nk pegi Genting Highland. tapi memandangkn hujung minggu lepas ( 2 & 3 April) tgh berlangsung Anugerah Bintang Popular, terpaksa lar kitorg melencong kat bukit tinggi. bukan ape.. kitorg dh agak mesti ramai giler org kat situ. bila dh ramai sgt.. tak selesa ar nk main ape2 permainan yg ade kat outdoor theme park tu. nk lagi kalau kena beratur panjang. wa ni kalau nk main.. wa tak mau org lain main kat situ jugak. (ceh!!..mcm dialog citer pendekar bujang lapok lar pulak. hahaha)








wa dh terbayang2 nk try 'sky venture' kat genting tu. al maklum lah.. wa tak penah pun main terbang2 ni. kalau game lain, wa dh layan dh. takpe2.. lain kali wa akan pastikn wa dapat panjat genting tu. hehehe.






ok.. kita layan gambar2 kat bukit tinggi lar dulu ek.










amacam..? nk lagi.. aaaaaade lagi!! hahaha