Thursday, October 17, 2013

Gambar Terbaik - Warna Warni AidilAdha.






Pertama kali dalam sejarah.. Sampai terpaksa panggil polis nak kejar lembu ni. Hahaha. Dasat betul lu ar lembu. Mungkin lembu ni cakap " gua lar raja hari ini.. sapa pun tak boleh tangkap gua. Hahaha".

Hahahaha..

Laporannya di sini.

Monday, October 14, 2013

Selamat Hari Raya AidilAdha






Salam AidilAdha wa ucapkan pada semua. Jangan lar lupa kat wa ek kalau makan lemang atau ketupat ker nanti.. tak pun dengan burasak, nak pulak cicah dengan rendang ayam. Peh!! meleleh air liur dibuatnya. Hahahaha..

Maaf jika wa ada terkasar bahasa. Kita kosong-kosong ar.

Saturday, October 12, 2013

Berhati-Hati Ar Kengkawan.






Beberapa hari lepas wa lalu kat jalan genting klang menghala ke pusat bandar. Tetiba wa ada perasan satu motor ni dah tumbang kat tengah2 divider jalan. Penunggang ngan pembonceng (couple) tersepit kat celah motor dia. Pastu sorang mamat baju merah (macam uniform shell station) pun dah terbaring jugak kat atas divider tu. Wa nampak dia cuba bangun tapi tak boleh. 





Rupa-rupanya mamat tu sudah kena langgar dengan motor masa nak melintas jalan tu. Agaknya rempuhan tu memang kuat sampai penunggang ngan pembonceng pun terjatuh jugak. Keadaan trafik kat jalan ni memang sibuk. Kenderaan memang laju. Mungkin rider motor tu tak sempat nak elak mamat tu.

Dalam soal ni wa tak tahu nak salahkan sesapa. Jadi kepada kengkawan yang wa sayangi dan cintai.. wa harap lu orang dapat berhati2 kalau nak melintas jalan ar. Konsep tengok kiri kanan mungkin lu orang kena pakai. Tak salah kan kalau kita bersabar sikit!.

Tapi jangan lar pulak kalau masa melintas tu lu orang jalan berlenggang kangkung pulak. Tak pun jalan macam pengantin orang kata. Bukan orang perempuan jer yang buat tau.. kadang2 orang jantan pun sama. Peh!! menyirap darah wa. Cuba lar jalan cepat sikit. Kalau wa nampak macam tu.. wa bawak streamroll, wa langgar jer! Pastu wa gostan.. wa langgar balik. Gostan lagi pastu langgar balik. Gostan lagi..langgar balik!!

Kejam tak?? Haha. Baru puas hati wa.

Hahahaha..


Saturday, October 5, 2013

Gomo Johor Gomo. Haha







As salam semua. Sebelum tu wa mintak maaf pada penyokong Kelantan ar. Sebab tukarkan lu orang punya trade mark "gomo kelate gomo". Haha. Bukan apa.. wa ni sebenarnya suka dua2 team ni. Bestfriend wa pun kalau kutuk wa.. mesti dia cakap "gomo johor gomo" kalau habis perlawanan Liga Super dua2 pasukan. Jadi wa cantumkan lar trade mark tu untuk sokongan wa. 

Jangan marah ar. Hahahaha..

Untuk perlawanan malam nanti.. ramalan wa Kelantan akan menang 2-0 hasil jaringan Farhan dan Indra Putra. Kenapa Johor tak menang??.. Sebab Kelantan bukan calang2 pasukan ooo..!!


Friday, October 4, 2013

Video Yang Pemandu2 Wanita Wajib Tengok. Haha



video




Sekadar peringatan. Jangan marah ar. Hahahaha


p/s: pasukan JDT ni.. bila wa kritik dalam sini, baru menang. Kalau tak.. bikin hati panas jer tengok diorang main. Lawan Kelantan besok untuk suku akhir kedua.. pertahanan kena berdisplin ar. Safee Sali tu.. kalau tak boleh tanduk bola betul2.. wa kasi denda tanduk buah kelapa 3 hari 3 malam ar.

Hahahaha...