Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya AidilFitri




(kredit)


As salam. Dikesempatan ini wa nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Lebaran. Maaf jika ada kata2 wa yang menyinggung sesiapa. Mohon ampun dan maaf zahir batin.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..

buat Aniza jugak..

Thursday, August 25, 2011

Kek Cadbury - Teringat Pada Seseorang



Cadbury Cake
Gambar Kredit pada http://cutebuttercups.blogspot.com



Hehe.. bagi wa sengih sorg2 dulu. Bukan apa.. masa borak2 dengan member2 wa sebelum ni, diorg tanya kat wa tak nak order kek cadbury ker untuk raya tahun ni. Al maklum lar, raya tahun lepas diorg cakap ada org tolong buatkan kek cadbury untuk wa. Bukan main eksyen lagi wa sampai tak nak pandang kek2 yang lain. haha

Punya lar wa sayang nak perabis kan cepat kek cadbury tu sampai sanggup wa potong nipis2 macam kulit bawang kalau wa nak makan. hehe. Maklum lar kan.. org tu yang buatkan. Kalau bole.. wa nak framekan kek tu letak dalam bilik dok tengok jer. huhu. Tahun ni, tak dapat lar wa nak merasa kek cadbury lagi. Wa ni bukan tak pandai buat kek, memang pandai. Tapi yang heran nya.. tiap kali wa buat kek, bila dah siap jer terus jadi roti kirai. Abis.. camne tu? Pandai kan..! hahahaha (amboi.. lu org gelak sakan nampak! huhu)

Tuesday, August 16, 2011

Calon2 Ustazah Pilihan di Astro?




(Kredit)


As salam semua. Kali ni wa nak citer berkenaan program terbaru di Astro iaitu Ustazah Pilihan. Walaupun sesi ujibakat belum bermula.. adakah pihak Astro telah mempunyai sebahagian calon2 pilihan mereka? Apakah mereka2 ini yang akan bersaing bila program ini bermula 1 Oktober nanti di siaran Astro Oasis?





Dari kiri : Kak Pah, Cik Zarra, Mrs Curly dan Cik Panadol

Rilek.. jangan salah faham. Memang pihak Astro belum pun mula sesi ujibakat tu. Diorg2 ni semua adalah geng2 wa yang sememangnya berbakat untuk masuk ujibakat tu.. tapi malangnya diorg2 ni semua jenis yang malas nak beratur panjang2 untuk ambik borang, pastu letih jari jemari nak isi borang tu.. pastu nak tunggu nama diorg dipanggil dan macam2 lagi lar segala malas2 nya. hehehe. Kalau diorg ni memang sedia untuk di ujibakat.. pehhh.. diorg tak payah nak bukak mulut, dari segi penampilan jer mesti terus terpilih punye wa cakap lu..!! hahaha.


Boleh bernasyid jugak tau. cukup package! hehe

Dah lar..banyak pulak wa melalut. Sebenarnya kitorg ni nak pergi rumah Zarra mama meow sebab dia buat open house untuk kitorg jer. Tengok tu.. betapa advance nya dia. Raya belum lagi tapi dah siap2 buat open house.  Tu belum lagi bertanding Ustazah Pilihan tu. hehehe. Tapi dia bagi syarat.. kalau nak datang rumah dia, kitorg kena ikut tema dia iaitu kena pakai jubah. Aiseh..wa mana ada jubah. terpaksa lar pakai baju melayu jer. Jadi wa kena denda.. berdiri kat luar pintu rumah sambil cakap "maafkan saya tuan rumah" sebanyak 50 kali, baru dia bagi masuk. Tu yang kadang2 tersasul tu.. tercakap 'maafkan saya tuan tanah.' hehehe.(sila jangan percaya)




Sambil2 tu.. buat lar jugak majlis harijadi untuk diorg bertiga iaitu tuan rumah (zarra), cik panadol dan mr curly yang jatuhnya pada bulan Ogos.




Diorg2 ni tak sanggup nak mendengarnya bila
Mr Curly nak start tazkirah dah. hahaha


Hepi Besday ar untuk lu org..
Moga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

Monday, August 8, 2011

Hairan Ar.. Kenapa Ek?


Ihsan google



As salam. Wa ni sebenarnya ada satu kemusykilan. Malam tadi wa dengan bestfriend wa nak ke subang jaya atas urusan bisnes. hehe. Kitorg ikut lar Federal Highway.. tapi sebelum sampai kat PJ Hilton, wa dah nampak banyak kereta dah buat pesta lampu brek (jalan jem daa..). Wa fikir lar jugak apa pasal diorg ni semua sama time keluar dengan kitorg ni. Ada janji ker? hehe. Member wa siap cakap.. mungkin diorg ni baru balik dari kampung kot. Itu pasal banyak kereta kat highway ni.

Wa tak kisah ar.. teruskan jugak bawak kereta tu walaupun tersenggut-senggut geraknya. Lepas jer Motorola PJ.. member wa bagitau ada accident rupanya. TAPI... accidentnya bukan kat laluan wa (menuju shah alam), accident tu kat laluan menuju ke KL balik.

Aduhhhh!!!.. wa dah angin satu badan. Apa pasal tempat lain yang accident, tempat lain pulak yang jem. Wa siap bertekak ngan member wa ni sebab masalah negara ni yang dari dulu lagi tak boleh settle. Tu yang wa hairan sangat tu. Kenapa pemandu2 negara kita ni suka sangat nak berhenti/slowkan kereta tengok accident tu. Lu org boleh tolong bagi jawapan kat wa tak? Sebab.. kalau takde jawapannya.. selama itu lar kemusykilan ni akan tetap bersarang didalam kepala hotak wa ni. hehehe


Sekian.. wassalam.(aiseh.. macam baca berita lak!) huhu

Selamat menjalani ibadah puasa ar.



Buat kekasih gelapku.. Selamat berpuasa. Ada ponteng puasa tak? hahaha
Erm.. rindu lar. hehe