Thursday, August 29, 2013

[Kes Polis] Gambar-Gambar Terkini Kes Pembunuhan Di Bukit Jalil Petang Tadi.














Kejadian mungkin sekitar pukul 4 lebih petang tadi.
Wa tak boleh ulas banyak2 ar.. sebab polis masih menyiasat lagi.


Monday, August 26, 2013

Jom Layan Lagu Ni. Hehe










Lirik Lagu Raya – Jalil Hamid


Bila sebut pasal raya
Semua ingat Hari Raya
Tapi jangan pulak kita lupa
Ada seribu satu kata
Berkait dengan raya
Selain Hari Raya


Tak kira apa bangsa
Orang melayu orang cina
Orang putih atau orang india
Orang timur orang barat
Di seluruh dunia
Ada hari raya

Kalau banyak harta benda

Orang itu kaya raya
Kalau tempat lalu kereta
Itulah jalanraya
Hentian bas ibu kota
Itu di Puduraya
Di tengah bandaraya


Kalau banyak jalanraya
Dipanggil lebuhraya
Bunga lambang Malaysia
Namanya bunga raya
Tukang menyelenggara
Mengawas harta-benda
Jabatan Kerja Raya


Gembira kita di hari raya
Makan kenduri di balairaya
Kalau kita malas nak puasa
Kita sama macam hantu raya


Selamat hari raya
Selamatlah beraya




Selamat, selamat hari raya
Mari kita kumpul duit raya
Selamat, selamat hari raya
Kita semua jadi kaya raya
Nak beli jalanraya.

Hehehehehe..


Monday, August 12, 2013

Malang Sungguh Penyokong Bolasepak Malaysia






As salam semua. Selamat Hari Raya eh. Sebelum tu wa nak ucapkan berbanyak2 kesian lar kat penyokong2 Malaysia. Ini semua gara2 perlawanan persahabatan Malaysia lawan Barcelona tempohari.

Bagi yang tengok kat tv dan yang pergi ke stadium.. rata-rata wa tau, semuanya nak tengok kelibat penyerang tersohor seantero dunia beraksi depan mata.. iaitu budak johor!. Ops.. tersilap lak, Lionel Messi. Hehe. Sori ar.

Tapi kesudahannya.. hampas!!. Messi tak bermain malam tu. Apa yang dia bagitau kat wa.. dia tak dapat main sebab makan rendang ayam banyak sangat. Sampai buncit perut dia. Nanti kalau dia main jugak.. 5 minit jer dah kena usung keluar padang. Jatuh lar repubasi reputasi dia. So dia bagitau kat wa lain tahun lar dia main kat sini. Hahahaha..

Apa lar team Barcelona ni. Lu sudah tipu hidup2 penyokong lu kat Malaysia ni. Sebelum game ni.. punya lar gegak gempita penganjur mencanang Messi akan main nanti. Tapi.. tipah tertipu. Haha. Buat penat jer lu orang datang jauh2. Pengurusan Barcelona mana nak hargai pun penyokong yang sanggup korbankan Hari Raya ketiga semata2 nak pergi Stadium Shah Alam. Apa yang diorang pikir.. duit masyuk jer. Memang hampas!!.

Apa kata.. lu orang tukar sokong team AC Milan pulak. Team yang wa sokong. Mesti lu orang berbaloi punye! Jangan kata semua top player dia main.. silap2 presiden dia pun nanti wa paksa suruh main. Lepas habis main.. wa ajak lar dia makan ketupat lemang ngan kuah lontong. Pastu pau dia duit raya. Ok tak idea wa?

Hahahahaha...


p/s: lu orang ada tak dengar ayat skema Juruletih Jurulatih Malaysia lepas habis satu2 perlawanan.? Kalau tak ingat.. wa boleh ingatkan. Ayat dia yang tersohor tu "saya cukup berpuas hati dengan pemain saya walaupun kita kalah".

Hahaha..  apa lar punya coach ni.. kalah pun puas hati ker! Malas lar wa nak cakap banyak. Nanti angin satu badan. Baik wa pekena rendang ayam ngan nasi himpit ni. Lagi kenyang...! Haha

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin

Wednesday, August 7, 2013

Selamat Hari Raya AidilFitri









Selamat Hari Raya Aidilfitri wa ucapkan pada semua. Kalau ada terkasar bahasa sepanjang wa berblog ni.. wa mintak maaf bebanyak ek. Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Kalau ada wa termarah tu.. ala.. wa marah2 manja jer. Hahaha.. Jangan kecik hati tau. Puas pulak wa nak kasi besar hati tu balik.

Hahaha..

Selamat Hari Raya Aidilfitri.


p/s: kalau tengah makan kuih raya tu.. jangan lar lupa wa kat sini eh.

Friday, August 2, 2013

Balik Kampung.. Ooo Balik Kampung!!










Assalam semua. Diam tak diam dah dekat nak raya kan! Oleh yang demikian (chewah.. ayat skema lar pulak.. hahaha) mesti lu orang dah kemas2 nak balik kampung. Betul tak.? Apa.. dah seminggu siap packing baju?? Dashyat lu orang ni.. memang raya sakan nampak!! Hahaha.

Dikesempatan ini wa sekadar memberi nasihat.. kalau nak balik kampung tu berhati2 bawak kereta ar. Jangan nak racing pulak. Tak lari kampung tu kan! Hehe.

Wa doakan semoga lu orang semua selamat sampai ke destinasi masing2. Amin..