Thursday, November 29, 2012

Baru Betul..





Ok.. tahniah wa ucapkan pada skuad Harimau Malaya sebab menang besar lawan Laos semalam. Ini baru betul2 Harimau.. bukan lagi kucing Parsi. Tak pon macam kucing yang kat atas tu. Hehehe.

Nampak gaya.. team kita ni kena kritik baru menang besar. Aduhhh.. payah lar macam ni. Tak kan wa kena kritik hari2 baru lu orang menang kot. Penat lar wa nak menaip selalu. Tapi kalau ada sesiapa yang boleh take over tempat wa.. wa akan bagi lu orang hadiah. Hadiahnya ialah penginapan 7 hari 7 malam di rumah sendiri. Hahaha..

Pastikan ar.. lu orang (Harimau Malaya) menang lawan Indonesia sabtu nanti. Tengok lar kalau wa ada masa sebelum game nanti, wa akan kritik sikit kat lu orang. Hehe. Wallaweii.. kena lar kritik sikit supaya lu orang boleh tingkatkan lagi permainan tu. Tajamkan lagi sepakan kaki kiri tu. Jangan jadi cam Fernando Torres udah ler.

Oleh kerana lu orang dah menang lawan Laos.. wa akan bagi hadiah seperti kat bawah ni sorang sebungkus. Cukup tak?? Kalau tak cukup jugak.. lu orang boleh datang Melaka kasi borong habis.!!

Hahaha..





Lets Pray For Gaza

Wednesday, November 28, 2012

Piala AFF Suzuki - Malaysia vs Laos.





Kabare semua. Sebenarnya wa tak nak tulis pasal bola Piala AFF ni. Bukan apa.. takut wa terkritik lebih2 pulak. Kang ada yang angin dengan wa lak. Yela.. terlalu emosi kalau bab2 bola ni. Hehe

Ok lar.. ikut pada game pertama dengan Singapura.. dan sebelum tu pada perlawanan2 persahabatan, memang boleh mendatangkan marah. Tapi wa berfikiran positif.. dengan syarat kita kena menang lawan Laos dalam perlawanan yang akan berlangsung beberapa minit dari sekarang.

Selain dari menang.. wa tak boleh terima. Yela.. kalau dengan Laos pun boleh kalah atau seri.. memang kita ni takde peluang ar nak jadi juara. 

Bolasepak Malaysia ni hanya gah jer di benua Asia Tenggara. Lupakan kejuaraan yang lalu. Kita patut senang2 jer jadi juara Piala ni. Nak lagi main ditempat sendiri.

Sorry to say lar.. kalau kita kalah dengan Laos ni.. jangan mimpi kita nak bermain di Piala Dunia. Mungkin dalam 20 tahun pun belum tentu. Percaya tak cakap wa. Mungkin lu orang boleh cakap.. "jadi tuan rumah boleh apa main Piala Dunia". Salah tu.. lu orang tahu tak apa syarat2 nak jadi tuan rumah Piala Dunia. Setiap negara yang ingin menjadi penganjur(tuan rumah) Piala Dunia.. mesti lar telah bermain di kejohanan Piala Dunia sekurang-kurangnya sekali. 

Amacam..? memang takde chance kan untuk kita main kat World Cup nanti. Lu orang kalau kawtim dengan Presiden Fifa Sepp Blater pun tak kan dapat punya. Tau tak dia cakap apa. "Tak dapek den nak nolong ar". Tak pun dia cakap.. " ulau (ular) melingkau atas pagau". Hahaha. (jangan marah ar Aniza) Hehehe


Lets Pray For Gaza

Friday, November 23, 2012

Memang Bangang Ar.



KALAU YA PON.. TAK PAYAH UPDATE STATUS YANG BANGANG MACAM NI.





Kredit Info di sini.


Friday, November 16, 2012

Sinetron@Drama2 Indonesia Tak Membina Minda?



As salam buat kawan2 yang wa sayangi dan cintai selalu. Baru2 ni wa menonton (sebenarnya bukan menonton pun.. saja temankan mak abah tengok) sinetron Bayu Cinta Luna. Terus terang wa cakap.. wa memang tak minat sinetron2 ni. 




Sambil tonton..sambil wa baca suratkhabar. Tak lama selepas tu wa dengar mak wa merungut pasal citer tu. Wa apa lagi bila dengar mak wa merungut.. terus wa komen pedas2 pasal citer sinetron ni. Mak wa yang tau wa tak minat citer ni merungut kat wa pulak. Ayat dia lebih kurang macam ni lar:-

Mak : "apa lar si Luna ni.. dah kena tipu pun boleh kena tipu lagi."
Wa : "hah mak.. merungut pulak tengok citer ni. memang pun.. citer indon ni kalau orang jahat cakap, orang baik memang percaya habis. tak nak siasat dulu. dah tu..orang jahat boleh pulak muncul tiba2 kat mana2. tak ker pelik!! Hahaha.. tukar channel lain eh mak? Hehe"
Mak : "aah kau tu.. baca je lar suratkhabar tu"




Kesimpulannya.. dari dulu sampai sekarang sinetron2 ni memang tak patut kita tengok selalu. Citer2 ni lebih banyak mengajar kejahatan dari kebaikan. Seolah-olah setiap perbuatan jahat tu dibiarkan berleluasa. Dah lar dia punya episod sampai beratus2 sampai mak wa pun dah fed-up nak tengok lagi citer Nada Cinta tu.. kebanyakkan pulak, sinetron2 ni asyik menaaaaaangis jer kerja dia (kira bab sedihnya 90 peratus ar untuk citer tu). Terpaksa lar lu orang kena standby pulak kotak tisu 1 lori kalau nak menonton. Hah tengok..!! bukan setakat membazir tisu2 tu.. malah tak bagus jugak untuk kesihatan. Boleh kena kencing manis tau!

Hahahaha..


Thursday, November 15, 2012

Salam Maal Hijrah 1434.







Salam Maal Hijrah 1434 wa ucapkan kepada semua. Moga masing2 telah tertanam azam baru untuk dilunaskan. Dan juga mengerti maksud penghijrahan dalam kehidupan kita seharian.

Dikesempatan ini.. wa mengajak lu orang semua untuk melakukan hijrah. Tak kira dalam apa maksud sekalipun. Jika selama ini kita berada didalam zon yang selesa.. tak salah untuk kita berhijrah (berubah) untuk keadaan yang lebih selesa lagi.

Marilah sama-sama untuk kita melakukan penghijrahan (perubahan) besar-besaran agar kehidupan kita dan jugak generasi kita akan lebih terjamin. Syariat Islam pula dapat dikekalkan kesuciannya serta umat Islam dapat hidup dalam penuh keharmonian tanpa di ganggu gugat oleh anasir yang menghina dan memperlekehkan hukum-hukum serta ajaran Islam.

Selamat Menyambut Awal Muharram 1434 Hijirah.
 


Monday, November 12, 2012

Memang Kepala Hotak Diorang Berjambul.!!









As salam semua. Kabare? Kalau tanya wa..wa memang tengah bengang ni. Tak habis bengang dari semalam. Bukan apa..semalam wa balik dari kampung. Biasa lar ikut highway PLUS. Sampai jer dekat susur keluar Seremban dah jem. Sebelum tu wa dah baca pesanan dari papan elektronik PLUS selepas susur Pedas/Linggi mengatakan trafik bergerak perlahan dari Seremban hingga ke Nilai.

Wa teruskan jugak perjalanan tu walaupun dah tergerak hati wa nak masuk Highway LEKAS ikut susur Senawang. Ingatkan bergerak perlahan tu.. kenderaan boleh bergerak jugak.. tapi terus stop. Gerak pun dah macam kura-kura. Bergeraknya 1 minit tapi stopnya 6 minit.
 
Aduhh.. hati wa dah macam terbakar dah. Asap jer yang tak nampak. Ni semua gara-gara jem giler ni. Dalam fikiran wa dah terbayang.. mungkin ada accident teruk ni. dah nak dekat sejam lebih wa sampai Nilai.
 
Sampai jer kat Nilai.. wa tengok tepi jalan ada lar kereta 3 4 bijik dah macam rosak. Tapi kat tengah highway TAKDE apa2 halangan pon. Ni yang wa hangin 1 badan ni. Patutnya pemandu yang hadapan tu teruskan jer lar perjalanan tu. Tak payah lar nak perlahankan kenderaan sangat semata2 nak tengok kereta yang rosak tu. Memang kepala hotak diorang berjambul. Wa pernah story pasal ni kat sini dulu. Pemandu2 kat Malaysia ni memang kaki penyibuk. Nak tau jugak apa orang2 tepi jalan tu buat. Agaknya.. kalau wa pakat ramai2 dengan adik beradik wa berjoget tepi highway tu.. mau jem giler sampai Skudai agaknya.
 
Hahahaha..
Ceh!!

Friday, October 26, 2012

Salam AidilAdha Buat Semua.



Bila lar berpeluang ke sini kan! InsyaALLAH.



Salam AidilAdha buat semua kawan2 tersayang.

Friday, September 28, 2012

Awas Buat Perokok..!!



Selama ni kita dah biasa dengan papan tanda ni kan! Kira mana2 kaki rokok tak heran pun dengan papan tanda macam kat bawah ni.








Apa kata kita kasi tukar pulak papan tanda macam kat bawah ni pulak. Tengok berkesan ker tak.

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V






Hahaha.. amacam.. ada berani tak lu orang nak merokok kat area ni.! Kalau wa lar.. wa sanggup makan siput sedut dari merokok kat sini. Tapi nasib baik lar wa ni tak merokok. Kalau tak.. mau jadi zombi.!

Hahahahaha...




Ayat simpati: Wa kalau kena selsema ar.. wa tak boleh bau asap rokok. Bukan apa.. hidung wa ni manja sesangat. Hehehe..

Friday, September 7, 2012

Dari Selatan Tanahair Ke Pantai Timur.






As salam pada kengkawan yang wa sayangi semua. Kabare? Selamat Hari Raya. Bila nak ajak wa pergi open house ni..? Wa dah lama tunggu lu org ajak wa ni. Hehe. 

Kali ni wa nak citer, yang wa punya sakan beraya sampai ke Bachok, Kelantan wa cakap lu. Haha.. jauh tak wa pergi beraya. Yela..raya kan sebulan. Tahun ni memang wa raya betul2. Satu Malaya wa pusing. Hahaha.

Sebenarnya.. wa dan keluarga wa datang sini ada tujuan yang penting. Penting dalam hidup wa. Pada hari raya ke 13 (31 Ogos 2012) wa selamat mengikat tali pertunangan dengan orang Kg Telong, Bachok. Alhamdulillah.. dengan berbagai2 dugaan, dapat jugak dilangsungkan majlis ini. Doakan jodoh wa ke jinjang pelamin ye. InsyaALLAH..







Kalau lu org nak tau.. semua gubahan ni Mrs Curly yang buat. Cantikkan!! Kalau lu org nak suruh dia buat boleh.. takde lar punya. Harga boleh kawtim. Tapi dengan syarat lu org kena belikan wa topi koboi sepuloh. Ok tak..? Hahaha..







2 orang ejen khas (depan) yang wa lantik memantau keadaan. hehe



Sori lar ye.. wa rasa banyak pulak gambar yang wa tampal kat sini. Bukan apa.. teruja sikit. Hehehe.
Gambar wa dengan tunang?? Opss sori.. wa ni pemalu sikit. Hahahaha..


Thursday, September 6, 2012

Gambar-Gambar Raya Jer.



inilah keluarga wa yang tercinta.


As salam semua. Kita layan gambar jer boleh tak? hehe. Gambar-gambar beraya kat rumah baru angah (abang wa yang nombor dua) kat ulu langat. Semua adik beradik wa ada kecuali adik wa yang nombor lima jer yang tak dapat bergambar hari tu. Dia terpaksa beraya kat rumah bapa mentua dia kat Kepong. Yang bestnya dia dapat balik raya kat Malaysia tahun ni. Raya tahun lepas dia beraya kat China. Selamat hari raya lagi eh.


makwe wa yang paling comel. hehe. nama dia syirah

 Ni pulak gambar raya kat Johor.


dah sampai kat kampung.

haha.. lu org kenal benda ni.?

siap pakai roda lagi. hehehe

Kalau lu org dapat teka apa kebendanya.. wa kasi hadiah. Nak tau apa hadiahnya.. lu org dapat pakej perlancongan selama 3 hari 2 malam kat rumah sendiri. Amacam.. menarik tak hadiahnya? Hahaha..

budak2 kampung sg. sudah..masih lagi mengekalkan marhaban rumah ke rumah. Alhamdulillah.


Selamat Hari Raya yang ke 19 ye. Raya kan sebulan. hehe


Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri.









Hoooorayyy!! dah raya dah. Sebelum tu wa minta maaf banyak2 pada lu org sekiranya wa ada terkasar bahasa.. tersilap bicara sepanjang wa berblog ni. Wa tau.. ada yang terasa hati dengan apa yang wa coretkan disini.

Oleh yang demikian (chewah! terkeluar ayat skema pulak. hehe) wa menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari budak johor.

Makan ketupat atau lemang tu.. jangan lar lupa kat wa ek!

Salam sayang dan rindu untuk lu org semua.


Friday, August 17, 2012

(Awas) Berhati-Hati Melalui Kawasan Ini.!






As salam pada kengkawan yang wa rindui dan cintai selalu. Selamat berpuasa jugak untuk lu org. Raya dah nak dekat dah. Amacam.. ada tinggal puasa tak. Kalau puasa penuh.. wa nak bagi duit raya nanti. Hehehe.

Ok.. wa rasa mungkin lu org dah sampai kampung dah ni. Tapi tak kisah lar.. wa saja nak kongsikan kat lu org tempat-tempat yang lu org kena berhati-hati sikit. Bukan apa.. wa ni prihatin dengan lu org semua. Maklumlah.. sahabat maya wa yang sejati pernah cakap, yang ni seorang yang prihatin..baik hati.. murah hati dan macam2 hati lar. Hahaha.

Raya..raya jugak. Jangan lu org dapat surat cinta (saman) lepas habis raya nanti sudah lar.






TEMPAT PEMASANGAN KAMERA PERANGKAP HADLAJU.


PLUS Arah Utara

■ Under a bridge at about 456km, Sg Buloh junction.
■ Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchange.
■ Under the overhead restaurant at Sg Buloh.
■ Under the last bridge before Sg Besi toll at 309.2km.
■ Under the bridge at 296.5km, Bangi junction.
■ Under the newly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction.
■ Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction.

PLUS Arah Selatan

■ Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby.
■ Under the bridge after Subang junction at 11.3km.
■ Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction.
■ Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80km/h only!
■ Under the bridge at 302.8km, Kajang junction.
■ About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes
■ At 296.5km and 297km, Bangi junction.
■ Under the newly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction.
■ At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction.
■ On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction.
■ After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park.
■ Behind the right hand crash barrier at 198.4km.

Lebuhraya Elite Hubungan Timur Tengah/Utara

■ On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/Shah Alam exit
■ Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
■ Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.

Lebuhraya Elite Hubungan Barat Tengah/Selatan

■ Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
■ Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
■ After exit from KLIA toll to the airport, below Jalan Pekeliling flyover.90km/h

NKVE Arah Timur/Utara

■ 300m before Jalan Duta toll, 60km/h!
■ Behind crash barrier on the left when going towards Jalan Duta toll, at 24.9km, 80km/h!
■ Below bridge at Damansara Junction, 17.5km

NKVE Arah Barat/Selatan

■ Behind crash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3km and 25.7km, 80km/h!
■ From Jln Duta, below the bridge, 23km, 80km/h zone!
■ From Jln Duta, at the underpass at Sg Buloh Y-junction, 22km.
■ Behind crash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km
■ Below railway bridge at 11.2km
■ Under the bridge at Shah Alam junction.

Lebuhraya Kesas Timur

■ Under the bridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction.
■ Kesas West Bound
■ At Sg Besi side of East Bound Toll. Kuala Lumpur City
■ Jalan Duta; below the flyover at the Damansara junction, 70km/h zone.

Lebuhraya Kesas – Klang

■ Dual carriageway between Klang and Port Klang. Towards Klang direction, at about 13km mile stone. 70km/h only!

Leburaya Pantai Timur

■ East bound, downhill run after Raub junction.
■ Maran, 60km/h zone.
■ Paya Bungor, 70km/h zone.

Kawasan Negeri Johor Arah Selatan

■ Tangkak junction.
■ Under the bridge after Yong Peng
■ North junction at 97.3km.
■ Ayer Hitam junction.
■ Sedenak junction.

Jalanraya Sekitar Utara Malaysia – Arah Utara

■ Around Ayer Hitam in 60km/h zone.
■ Before Perwaja Steel.
■ Sg Petani junction.
■ Between Seberang Jaya junction and Sg Dua Toll.
■ Penang Bridge at island end.Speed limit 80km/h.

Jalanraya Sekitar Utara Malaysia – Arah Selatan

■ Penang Bridge Island end. Speed limit 80km/h.
■ About 2km before Juru Toll Speed limit 90km/h

Kawasan Perak Jalanraya Arah Utara

■ Under the bridge at 197.1km and 198.8km, after Kamunting Junction.
■ Under the bridge at 204.3km, after Kamunting Junction.
■ Under the bridge at 208km, before Kamunting Junction.
■ Under the bridge at 214.8km, before Kamuntingjunction.
■ Ipoh Vista Point at about 263km. Speed limit 80km/h.
■ Under the bridge at 271km, Ipoh North Junction.
■ Under the bridge at 274.4km, Ipoh South Junction.
■ Under the bridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction.
■ Under the bridge at 296km, Gopeng Junction.
■ Under the bridge at 352.6km, after Sungkai Junction.
■ Under the bridge at 353km, Sungkai Junction.
■ Under the bridge at 373km, Slim River Junction.

Kawasan Perak Arah Selatan

■ Under the bridge at 199km, before Kamunting junction.
■ Under the bridge at 241.9km, at Kuala Kangsar junction.
■ Under the sign post at 296.1km, before Gopeng Junction.
■ Under the bridge at 297km, at Gopeng Junction.
■ Under the bridge at 300km, after Gopeng junction.
■ Under the bridge at 308.6km, after Gopeng junction.
■ Under the bridge at 372.6km, at Slim River junction.


Kredit info disini.


SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT HARI RAYA.

Hati-hati masa memandu ar.

Thursday, July 26, 2012

Aksi Terlampau Selepas Berbuka.



Peh!! Kenyang betul kawan tu. Hahaha..

Selamat Berpuasa ar.

Kredit gambar pada Na'im

Sunday, July 1, 2012

Cuti-Cuti Malaysia


Ihsan Encek Google


Assalam semua. Sebelum tu 'gomo jerman gomo'. Huhu. Wallawei..!! sejak jerman kalah dalam Euro 2012 ni, wa memang sedih giler. Takde semangat. Lagi teruk dari ditinggalkan kekasih. Mandi tak basah, Tidur siap berdengkur lagi, makan pun tak lalu.. satu sudu..satu sudu, 5 pinggan jugak habis. Hahaha. Final Euro pagi nanti antara Sepanyol lawan Itali.. wa sokong Johor lar apalagi. (ceh! tak masuk topik langsung. hehe).

Baru-baru ni wa pergi bercuti kat Pantai Timur. Cuti2 lar sikit.. asyik ingat kerja jer pun tak bagus untuk kesihatan. Betul tak? Destinasinya ke Kelantan.




Perhatian.. wa tak menginap disini ar. Saja jer menyibuk nak bergambar. Haha


Peh!! Jauh jugak tu. Perjalanan ambil masa 12 jam. Itu kalau lu org selalu2 berhenti lar. Kalau terus jer mungkin dalam 8 jam.

Ok lar.. kita layan gambar sikit ek. Nanti wa citer kan tujuan wa bercuti kat sana.

Nak pergi pasar malam kat Pantai Irama, Bachok




Jumpa untuk citer seterusnya ar..
sebab wa nak titun (tidur) awal, nak tengok bola pagi nanti. hehe
 

Friday, May 25, 2012

Peh!! Lama nyer..



Assalam buat kengkawan semua. Yang dirindui dan dicintai selalu. Harap waras ar. Ada sesapa yang rindu kat wa tak? Kalau rindu sila Jangan angkat tangan. Wahh!! ramai yang rindu rupanya. Hahaha. Fuhh!! lama benar wa tak buat entri baru. Blog ni bukan sejuk jer.. beku terus. Hehe.Itu lar.. dulu wa pernah cakap kat manusia beku tu dia macam biskut chipsmore. Kejap ada kejap takde. Alih-alih wa yang macam biskut. Bukan setakat biskut chipsmore jer.. dah macam biskut kering cicah kopi sejuk yang tak berapa sedap. Hahaha. (gelak sakan nampak!)

Ok lar.. wa sebenarnya nak kongsikan lagu dari Mawi dan Akhil ni. Wa suka dengar muzik dan liriknya. Sungguh bermakna dalam kehidupan kita seharian. Dalam soal-soal yang biasa kita hadapi. Setiap masalah yang timbul.. samada sikit ataupun banyak, ataupun belum bertemu jodoh ker (macam terkena kat wa jer.. hehe), hendaklah selalu berdoa padaNYA.

Orait.. jom layan lagu ni ek.






Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui





Wa rindu lar nak bercoleteh dengan lu org macam dulu. Takpe.. wa akan selalu updatekan blog wa ni. Kalau rasa2 dah nak bersawang tu.. wa alu-alukan kalau lu org panggil lori alam flora kasi bersih wa punya rumah ni. Nak panggil bomba pun wa tak kisah. Dipersilakan..

Hahaha..



p/s: Selamat Hari Guru wa ucapkan jika tak terlambat lagi. Senyum2 selalu ar jika letih dengan kerenah anak murid. Bukan apa.. nanti elok2 muka tu cantik, bila selalu2 marah terus muka tu jadi macam ayam penyet pulak!
Hehehe.. Jangan mare ye.

Wednesday, March 28, 2012

Berwaspada Selalu.


Gambar Hiasan


Assalam buat kengkawan yang wa rindui, sayangi dan cintai selalu. Lama betul ek wa tak ke udara. hehe. Pada sape2 yang ada mesin vakum tu.. boleh lar mulakan kerja menyedut segala sawang2 kat blog wa ni. (Ceh! gelak sakan nampak!) Hahaha..

Banyak perkara yang berlaku sejak wa tak bersiaran di konti blog ni. Macam2 lar.. kereta stuck betul2 kat depan Angkasapuri jam 4.30am lar (bersama dengan mamat curly. Nak suruh dia tolak, tak sampai hati lak. Hehe), roadtax motor hilang lar (terpaksa bertentang mata dengan awek polis yang cun nama Atika. hehe. Buat report polis daa..), tengok citer John Carter kat Melaka Mall. (fuyoo!! jauhnya nak tengok wayang! Ape? tak boleh ker? Lain kali wa nak tengok wayang kat Pangkor pulak lar. Tapi.... kat sana ada ker panggung wayang? Hahahaha.. jangan marah ar orang Pangkor. hehe) dan sebagainya. (Ceh! ayat skema jer). Kulit pun dah semakin gelap akibat cuaca terik membahang. Dulu kulit wa macam Tom Cruise.. sekarang dah macam Eddie Murphy. Huhu.

Ok.. dalam banyak kejadian jenayah yang berlaku sekarang ni, wa saja nak berkongsi tips kurus keselamatan. Baru2 ni wa dapat satu emel dari member wa. Kisahnya mengenai bermacam-macam cara penjenayah gunakan untuk buat jenayah. Contohnya macam emel kat bawah ni. Berpura-pura cedera untuk meraih simpati pemandu.. kemudian merompak mereka. 




Jadi.. kepada lu org, berhati-hati lar selalu ek. Sentiasa tanamkan dalam diri tu sikap waspada. Tapi jangan lar menipu pulak ar. Kata kena culik.. rupa-rupanya lari ikut boipren (lenggok cakap mesti ikut macam dalam citer p.ramlee.. 'masam-masam manis'. Hehe). Kalau adik wa lar.. dah lama kena penampau Jepun. Tak pun.. ikat jer kat pokok mangga yang ada kerengga. Baru padan muka. (Ai.. macam ada pengalaman jer waktu kecik2 dulu.) Hahahaha..


Monday, February 27, 2012

Disaster Date - Program ntv7


(Kredit)



Apa khabar semua. Harap semuanya sihat2 saja. Wa masih lagi selsema dan batuk-batuk 2 3 hari ni. Mungkin akibat main hujan ni. Maklum lar.. nak jadi budak2 balik.. suka main hujan. Hehe.

Petang tadi wa saja layan citer Disaster Date kat ntv7. Sebelum ni memang tak tengok pun. Tapi bila tengok.. memang kelakar habis. 

Temu janji yang dirancang.. tapi cari jalan macam mana nak musnahkan temu janji tu. Macam2 cara diorg buat nak bagi pasangan yang dijemput tu blah dari tempat tu. Buat lar apa2 perkara yang perempuan tu tak suka. Tapi.. kalau dia dapat bertahan selama yang boleh, dapat lar banyak duit. Haha.

Untuk episod tadi yang sempat wa tengok.. semua yang ada dalam restoran tu adalah geng2 diorg jugak (pelakon). Perempuan yang dijemput tu.. diorg dah tau latar belakangnya. Contoh.. perempuan tu tak suka pakaian yang murah2, kalau date dengan lelaki yang baru kenal.. tak suka lelaki tu citer pasal ex girlfriend dia. Jadi.. diorg dah plan masa lelaki (pelakon) tu buat temu janji dengan perempuan tadi, pelakon lain menyamar sebagai ex girlfriend lelaki tu. Lepas tu buat kacau depan diorg. Merayu2 kat lelaki tu jangan tinggalkan dia. Apa lagi.. perempuan tu pun naik angin dan terus blah!. Terpaksa pelakon yang lain2 tu kejar perempuan tu balik dan bagitau tu semua lakonan saja dan perempuan tu dapat duit selama mana yang dia boleh stay.

Hahaha.. wa tak boleh bayangkan kalau wa lar yang terkena. Mau wa bakar mercun buluh dalam tempat tu. Tak pun wa lepaskan katak banyak2. Biar diorg pulak yang melompat!!

Hahahaha..


Ewah!! sempat buat peace lagi. Hahaha..





Tuesday, February 21, 2012

Kumpulan Slam - Kenangan Masa Konsert Unplugged.





Assalam pada kengkawan wa sayangi dan cintai. Sori ek membiarkan blog ni bersawang. Hehe. Ada yang ingat wa pergi bertapa kat gunung ledang. Ala.. kalau dah sampai sana.. buat apa wa pergi bertapa, baik wa minum petang dengan Puteri Gunung Ledang. Omputih kata apa.. hi tea. Hahaha.

Petang tadi kat opis waktu wa nak bersiap-siap nak balik.. tak semena-mena bos wa tanya kat wa. Tak nak tengok konsert Slam ker? Ait.. bos ni tau-tau jer wa minat dengan Slam. Agaknya dia skodeng meja wa ni. Hahaha.

Wa pun tanya balik.. yeke bos, Slam buat konsert? Dia pun jawab.. "a'ah, kat Singapore 24 Februari ni". Aduhhh!! bila wa dengar Singapore jer.. terus wa cakap dengan bos, "bos.. takde tiket free ker?". Member2 wa yang lain bila dengar camtu.. terus gelak. Yela.. mana lar tau kot-kot bos bermurah hati menaja pemergian wa kat Singapore. Hahaha. (Ceh!! jangan mimpi ar. hehe).

Dulu wa ada jugak bodek dia nak tengok konsert Search. Bos wa ni adik ipar kepada Yazid.. pemain dram Search. (Sori bos.. terpaksa pecah lubang! Hahaha). Puas lar wa bodek.. wa ampu.. wa kipas (siap guna kipas Helikopter tu. hehe) pasal nak tiket free tengok konsert Search kat Bukit Kiara dulu. Tapi hampeh.. tak dapat. Padan muka wa. Huhu.

Yazid.. (bertopi)
(Kredit)

Teringat wa pada konsert unplugged Slam tahun 1996 dulu. Wa pergi masa tu kat Stadium Negara. Nak dapat tiket free tak susah. Diorg suruh datang bawa kulit album kumpulan Slam jer untuk ditukarkan dengan tiket. Masa tu pakai kaset lagi. Tak macam sekarang.. pakai CD.

Yang bestnya.. masa tu satu Malaysia blackout. Sebelah Stadium Negara..Stadium Merdeka. Ada perlawanan akhir Piala FA pulak tu antara Kedah vs Sarawak. Terpaksa di tunda ke hari lain. Apa lagi.. bila diorg tak dapat tengok bola, diorg serbu lar konsert Slam. Memang penuh giler dalam konsert tu.

Tapi memang best!!. Cuma masa Shah hadiahkan gitar dia pada peminat.. wa tak puas hati. Patutnya wa yang dapat. Ni.. dia bagi pada mamat mana tah yang berdiri depan pentas. Tak adil lar macam ni. Kalau wa tau.. masa nak habis konsert tu, wa panjat pentas tu sebab nak dapatkan gitar dari dia. Boleh lar wa tayang pada orang kampung!!

Hahaha..


Ok.. jom layan lagu Satu Jalan Satu Pegangan ni.






Asam di gunung, ikan di laut
Dalam hidangan bertemu jua
Pasti yang tersurat
Terbukti akhirnya

Asalnya bayang dari cahaya
Ada bayang zahirnya kita
Ada segala asalnya dia

Hmmmm… dialah cinta
Kasihnya kita bina selamanya
Bersaksi… nafas
Diam terhenti

Kasihnya kita misteri, misteri
Nampak berbeza
Hakikatnya serupa
Kau dan ku rela merasai
Pahit manis cinta di duniawi

Hidup mati jodoh dan pertemuan
Satu jalan dan satu pegangan
Takdirnya… Tuhan… menentukan

Kita diajar mengenal cinta
Bukan seribu janji dan seribu kata
Kau lah Nur Kasih ku satu
Yang kunyanyikan sejak dulu


Diruang azali dan ini
Tetap bersatu oh… oh…

Sindiran dan cacian tak tertepis
Bagai angin yang datang
Tergoncangkah imanmu kerna cinta
Yang terpancar cahaya pasti nyata
Kekal abadi… ke syurga…


Sunday, February 5, 2012

Apsal Takde Semangat Ni..!



Lama dah tak update blog ni. Bukan apa..bila nak taip jer terus blur. Tak tau nak taip apa. Semangat pun takde.. idea apa tah lagi. Tapi.. bukan merajuk ar. Hehe

Aduhhh.. apsal lak takde idea ni. Ok.. tarik nafas panjang2, pastu lepaskan. Tarik nafas... lepaskan. Aiseh.. dah macam sesi senamrobik lak. haha.

Pejamkan mata.. tenang dan lapangkan fikiran sambil ingat bunyi2 ayam itik kat kampung. Hehe. Pejam mata sekali lagi dan cuba cari inspirasi. Haaa!! dah jumpa!. Dah nampak manusia beku kat situ. Hehehe.

Ok.. apa kata kita tengok gambar2 kat bawah ni ek. Saja untuk segarkan minda. Gambar ni wa ambil dari Encik Google. Tak boleh letak gambar banyak2 sebab nanti ada orang marah. Hehe. Wa banyak ambil dan ikut nasihat dia macam kat sini. Mungkin siapa yang dah biasa ngan blog wa, nampak perbezaan dari dulu sampai sekarang.

Ok..jom layan!











Hahaha... pandai ker lembu tu baca! Lembu educated agak nye! Hahaha..