Friday, November 11, 2011

11.11.11 - Apa Ada Dengan Tarikh?






Yela..apa ada dengan tarikh. Tarikh hari ni selalu jer jadi sebutan. Bagi wa..tentu lar pasal ada nombor 11, nombor yang jadi kegemaran wa. Dulu masa wa main bola, awal2 lagi wa dah ambil jersi nombor 11 untuk wa pakai. Tu yang boleh jaringkan gol banyak2 tu. (ceh!! perasan jer) Hahaha.

Bagi pasangan yang nak berkahwin lak..mungkin diorg pilih tarikh ni. Yela.. cantik jer tarikhnya. Senang nak ingat masa nak sambut ulangtahun nanti. Hehe. Erm.. yang sebenarnya..masa hangat2 bercinta dulu, tarikh ini lar menjadi idaman wa jika ade jodoh dengan sidia.  Janji untuk sehidup semati.(chewah!! macam dalam drama lak. dulu2 lar eh). Menjadi peneman hidupnya dikala suka dan duka. Dan menempuh liku2 kehidupan ini bersama2.


video



 
Memang benar bagai yang dikata.. manusia hanya mampu merancang, ALLAH jua yang menentukannya. Kebahagiaan yang diimpikan.. putus ditengah jalan. Tiada daya kita untuk menolak apa yang telah di takdirkan untuk kita. Kita terimanya dengan redha. Apa saja yang berlaku.. mungkin ada hikmah disebaliknya. Bak kata kekasihku jua..jangan sesekali kita lupa.. ALLAH telah tetapkan tiap2 insan itu, ada pasangannya masing2.

Dan mungkin pasangan yang ditakdirkan untuk kita tu, ada nun jauh di tempat2 yang kita tak sangka2. Atau mungkin juga berada berdekatan dengan kita. Tak pun berjiran dengan kita. Kalau Johor.. jirannya Melaka kan!! Amacam.. boleh tak orang Melaka? (senyum)

Hahahaha..

6 comments:

Melati Qistyna's Mummy said...

Singapore pon jiran gak..hehehe. Mg bertemu jodoh dgn yg Lebih baik, Allah itu maha mengetahui yg tbaik buat Kita.....

Anisa said...

Aiseh...ada peningkatan nampak.
Boleh ke jatuh suka sebelum berjumpa ni?
Mana tempat nak pergi nanti? Kotlah boleh berjumpa.
Ecececeh...

cik panadol said...

Bak kata kekasihku? sapo tu?kahkahkah....

jodoh tu berada di mane2 ye....urm yg jauh nmungkin bnyk pilihan utk lu...kalo nk yg dekat, mama kn ado! (bak kato abg didi!) ngehngeh.....

jgn marah haaa.....

bdk johor said...

Melati Qistyna's:

Singapore tu dah tahap international qis. Mana layak ngan wa. hahaha

InsyaALLAH.

bdk johor said...

Anisa:

Hehe..semuanya tunjuk ajar dari awak. Terima kasih ye.

Boleh..apa pulak tak boleh. Siapa tahu kan!

Memang nak jumpa, tapi dah tahu awak mesti sibuk punya. Takpe.. lain kali kita boleh berjumpa ye!:)

bdk johor said...

cik panadol:

hahaha..
tak marah. betul tu, jodoh ada di mana2. mungkin kat melaka ker..melaka lagi..lagi2 melaka dan seterusnya melaka!!

muahahahahahahaha..!!!