Saturday, December 17, 2011

Peristiwa Di Waktu Hujan



As salam semua kengkawan yang wa sayangi dan cintai. Harap semuanya waras2 saja. Wa masih lagi selsema sekarang ni. Maklumlah..cuaca agak suam2 kuku sekarang ni. Bukan wa tak biasa masa kat Rom dulu. hehehe.

Hari Rabu yang lepas waktu wa balik kerja dan masa tu hujan lebat lagi.. wa ternampak sorang awek ni slow jer berhenti kat tepi highway. Wa dah agak mesti ada masalah kat motor dia. Kalau tak..mesti dia takkan berhenti punye dalam hujan2 lebat ni. Oh ya.. masa tu wa kat highway MEX menghala Putrajaya dari KL. Sebagai jejaka prihatin (ceh! hehe) wa pun berhenti tanya apa masalah dengan motor dia. Sebelum berhenti wa tengok2 jugak kat tayar motor kot2 bocor ker. Dengan muka yang agak cemas jugak dia cakap kat wa yang minyak motor dia dah habis dah. Entah camne wa teringat balik..ada lar sorang mamat tu pun masalah dia sama macam awek tu jugak. Wa ada follow dia dari belakang naik motor dan dengan tiba2 jer dia berhenti. Wa tanya lar kat dia, 'apsal lu berhenti bro?'. Dengan muka poyo dia cakap kat wa.. 'minyak motor wa dah habis lar bro'. Aduhhh... wa rasa nak tinggalkan jer dia kat tepi highway tu. Apsal tak isi siap2. Kalau tak cukup penuh.. wa boleh order tangki minyak lori pasang kat motor dia. Hahaha..


Gambar Hiasan
(Kredit)


Berbalik kat awek tadi.. kesian pulak wa tengok dia. Maklumlah.. perempuankan kaum yang lemah. Kena lar wa yang bantu. Hehe. Wa suruh dia naik motor dia macam biasa dan wa tolak pakai kaki sambil wa bawak motor wa jugak. Untuk pengetahuan lu org yang tak biasa dengan highway MEX ni.. dari KL ke Putrajaya, hanya ada 2 susur keluar jer kalau ikut highway ni. Satu susur keluar kat Bukit Jalil dan satu lagi terus ke Putrajaya. Agak2 kalau dia nak menolak motor dia tu.. mau lagi 5 kilometer nak sampai ke susur Bukit Jalil tu.

Sampai jer kat stesen minyak BHP Sri Petaling.. wa saja jer tanya kat awek yang nama Tia tu.. meter minyak dia rosak ker atau dia terlupa nak isi. Dia cakap dia dah ingat nak isi.. tapi terleka dan terus jer masuk highway tu. Bila dia teringat..dia dah tak boleh patah balik dah. Terpaksa redah jer. Terlangsung kat petrol pam, wa pun isi minyak motor wa jugak. Beringat lar jugak. Kang tak pasal2 wa pulak yang kena cenggitu. Sape lak yang nak nolong wa nanti. Terpaksa lar pikul jer motor tu. Baru lar padan muka wa. Masuk angin keluar asap! Hahaha..

Pengajaran dari citer wa ni.. selalu2 lar tengok meter minyak tu eh. Wa tak salahkan sesape. Maklum lar kadang2 kita TERLUPA. Bila ada perkataan 'ter' tu maknanya tak sengaja. Betul tak wahai kekasihku? Hehehehe..

8 comments:

Melati Qistyna's Mummy said...

Thehehe.... Lu Ada jual minyak urat ke beb? Muahahaha....

mr.curly said...

aduhhhh..pak mat mmg camtu,die pagi2 kuar kutip utang..hikhik

#xpe bro, nti wa isi mnyak lbh2 pastu wa pikul mnyak extra cm tabung air kt hospital tu..hahaha

Anisa said...

"ter" memang tak sengaja.
Maksudnya tiada niat. Bolehlah dimaafkan.
Baik juga hati kekasih saya ni ya?

=)

bdk johor said...

Melati Qistyna's:

Amboi qis.. gelak sakan nampak! huhu.
Minyak urat tu takde lar.. tapi minyak kelapa sawit banyak! hahaha

bdk johor said...

mr curly:

encek!! sound dia rosak!! hehe

ai bro.. baik lu pakai yang macam tabung diorg nak pergi menyelam tu. lagi ok punye! hahaha

bdk johor said...

Anisa:

Bolehlah dimaafkan ye? Terima kasih cikgu. hehe
Kekasih awak ni memang baik hati, murah hati, tak sampai hati dan bermacam2 hati lar.

Hehehehehe...:D

Anisa said...

Hahaha...
awak jangan baik hati sangat. Nanti saya cemburu!


=)

bdk johor said...

Anisa:

Hahaha..
awak jangan risau.. hati saya tetap untuk awak.

:)