Wednesday, January 18, 2012

Apa Kata Kita Bersabar Sedikit Ek!



Assalam buat kengkawan yang wa sayangi dan erm.. cintai. Biarkan takdir yang menjelaskan haluan kita.

Ok.. kali ni wa nak tarik perhatian lu org tentang kemalangan yang berlaku di Melaka baru-baru ni. (Melaka lagi!). Rakaman video ni adalah dari CCTV Polis Melaka yang disiarkan di TV. Menunjukkan 3 penunggang motorsikal dirempuh oleh sebuah kereta dipersimpangan lampu isyarat.

Apa lagi yang wa boleh katakan. Kadang-kadang pemandu kereta di Malaysia ni (bukan semua) bawak kereta tak menggunakan otak untuk memandu. Dalam bahasa kasarnya menggunakan kepala lutut untuk berfikir. Wa pernah timbulkan sikap pemandu2 ni sebelum ni di sini.



video



Yang menjadi mangsa penunggang atau pembonceng motorsikal. Kadang-kadang wa terfikir jugak.. adakah semua kemalangan melibatkan motorsikal adalah salah penunggang tu sendiri. Kalau keluar berita kat TV atau suratkhabar.. statementnya mesti bunyi macam ni, "kemalangan yang berlaku akibat motor yang ditungganginya terbabas". Wa nak tanya.. adakah pakcik-pakcik dikampung bawak motor laju-laju kemudian terbabas sendiri? Mesti ada yang langgarnya kan! Lepas tu cabut lari.

Balik semula pada video di atas.. wa memang salahkan pemandu kereta tu. Tak nampak ker motorsikal tu dah bergerak? Dah lar laju.. takde pun tanda2 dia membrek. Memang bahlol campur belacan punya pemandu.

Jadi kepada penunggang-penunggang motorsikal.. untuk mengelakkan dari pemandu kurang ajar ni, wa nasihatkan pada lu org dan jugak diri wa sendiri..apa kata kita bersabar sikit ek walaupun lampu isyarat dah tukar warna hijau. Wa tau lu org kadang-kadang nak mengejar masa. Tak pun macam pemandu F1 atau motoGP.. tak boleh tengok lampu merah padam. Mesti nak pecut punya! Huhu. Ambil masa tengok kenderaan lain ek. Berhati-hati dijalanraya.





p/s: kenapa begini pengakhirannya? Tiada lagi kemesraan semacam dulu.
tetap Aishiteru.

Sunday, January 15, 2012

Apa Dah Jadi Pada Hati?



Assalam.. luahkan kata-kata melalui lagu sebab tak pandai berbicara. Maaf jika terjemahannya salah. ('Tiada sesiapa pun bersalah disini. Justeru, tidak perlu memohon maaf'). Memang tidak akan melepaskan bebanan ini kerna ini adalah pilihanku.


Na jaane mere dil ko kya ho gaya
I don't know what happened to my heart
Abhi to yahin tha, abhi kho gaya
It was just here, now it is lost
Ho gaya hai tujhko to pyaar sajna
You have fallen in love, sweetheart
Laakh kar le tu inkaar sajna
You can deny it a hundred thousand times, sweetheart
Dildaar sajna, hai yeh pyaar sajna
Darling sweetheart, this is love, sweetheart
Dekha na tune mudke bhi peeche
You didn't even turn and look back
Kuch der to main ruka tha
I stopped for a little while
Jab dil ne tujhko rokna chaaha
When my heart wanted to stop you
Door tu jaa chuka tha
You had gone far away
Hua kya
What happened?
Na jaana
I don't know
Yeh dil kyoon
Why is this heart
Deewana
Mad?
Ae waqt ruk jaa, tham jaa, thaher jaa
Oh time, hold still, stop, wait
Waapas zara daud peeche
Run backward a little
Main chhod aayi khud ko jahan pe
I have left myself behind
Woh reh gaya mod peeche
Where he got left behind
Kahan main
Where am I
Kahan tu
Where are you
Yeh kaisa
What kind of
Hai jaadu
Magic is this


video




p/s: antara citer hindustan yang tak jemu-jemu wa tonton sebab minat giler.


Thursday, January 12, 2012

Benarkah Begitu..?



Apakah.. jika kita benci, kita benar-benar membenci?
Adakah.. jika kita suka, kita benar-benar menyukainya?
Apakah.. jika lupakan masalah itu, kita akan dapat melupakannya dan berlalu pergi?
Adakah.. jika terlepas dari belenggunya, kita akan rasa suatu kelegaan?
Apakah.. jika kita kesibukan, kita dapat melupakan segala kekalutan yang berlaku sebelum itu?
Adakah.. dengan hilai tawa kita itu dapat menghilangkan kerisauan akan kelukaan sebuah perasaan?

Atau

Adakah.. jika kita gembira, kita benar-benar gembira dalam erti kata yang sebenarnya dengan berharap agar segala kedukaan dapat dihindari?

Yang pastinya kita tak dapat membohongi diri kita sendiri. Biarlah apa pun pengucapan kita, kegembiraan kita.. kadang-kadang ia berlawanan di dalam hati. Hati tidak dapat dibohongi.

Tepuk dada tanyalah hati.

Benarkah begitu sudahnya...?




(Kredit)

Di dalam.. tidak sama dengan di luar.





Untuk semua lagu yang didengari.. tidak kira dimana saja mendengarnya, khas ditujukan buatmu.


Tuesday, January 10, 2012

Kau Sahabat, Kekasih Dan Teman



Jom layan lagu Aishah ni...

Ku harap sinar purnama hingga ke siang
Ku harapkan mimpi-mimpi bukan khayalan
Telah aku jelajahi seluruh benua
Mencari pengertian hidup yang sementara

Manusia beranika ragam dan rupa
Ada yang jujur, ramai yang berpura-pura
Ku sangka dalam ilmu dan pengetahuan ku
Tapi ada waktu ku terkeliru


Ku dambakan bukan sekadar yang dinamakan
Kekasih yang menemani ke sana sini
Ku dambakan sahabat dan teman setia
Rela bersama suka duka

Jadilah kau sahabat ku, kekasih dan teman
Hanya itu yang ku harapkan
Dalam susah dalam senang kita seiringan
Semoga ikatan berkekalan


 
video





p/s: kemaafan yang dipinta..seolah-olah satu bebanan untuk diterima. Terima kasih diucapkan.

Monday, January 9, 2012

Pasukan Johor Takde Padang?



(Kredit)


Ok.. kali ni kita ke segmen sukan pulak ek. Sebelum tu wa ucapkan tahniah pada pasukan Negeri Sembilan sebab jadi juara Piala Sumbangsih 2012. Kemenangan hasil jaringan awang import diorg.. apa ker nama dia, wa pun tak ingat. Haha. Tak aci lar camtu kan! Takpe.. kalau jumpa pasukan Johor nanti.. kita tukar dia dari awang import jadi awang eksport. Hehe. (camne nak jumpa.. dah lain-lain liga, tentu lar tak jumpa). Itu pasal lar wa berani cabar. Hahaha..

Wa tau ni pun melalui suratkhabar. Diberitakan pasukan Johor tidak dapat menggunakan Stadium Larkin sebab kerja-kerja naiktaraf sedang dilakukan. Diorg nak bikin Stadium Larkin besar punya. Kalau Stadium Bukit Jalil 3 tingkat.. ni kita bikin 5 tingkat. Amacam.. besau tak? Hahaha.

Diorg cadang Stadium UTM Skudai sebagai alternatif. Bagi wa..kalau takde padang apa susah. Kat kampung wa berlambak padang. Ada padang main guli.. ada padang main gasing.. padang galah panjang. Padang kurak kundi pun ada.. pilih jer. Hehe. Soal sokongan lu org jangan risau. Wa akan suruh org2 kampung wa datang termasuk lar Tok Penghulu.. Pengerusi JKKK dan Tok Mudim. Wa jugak akan pastikan ayam, itik, kambing dan kerbau pun datang sekali. Kehadiran adalah diwajibkan. Sapa2 yang tak hadir.. akan dikenakan tindakan tatatertib di bawah Kelakuan dan Perintah-Perintah Am. (ait!! macam pernah dengar jer!) Hahaha..

Itu sokongan kalau menang lar. Kalau kalah pemain2 akan dikenakan hukuman. Tiap2 sorg pemain mesti panjat pokok kelapa dan petik buah kelapa 10 biji tiap-tiap sorg. Selagi tak habis petik buah kelapa, diorg tak boleh keluar dari kampung wa. Ok tak hukuman tu??


Huaaargh..Huaaargh..Huaaarghhhhhh!!!

Sunday, January 8, 2012

Keliru


Assalam.. Terlalu banyak yang bermain-main difikiran sekarang ni. Perasaan juga bercampur baur. Sebenarnya.. bila melibatkan soal hati ni wa jadi keliru. Wa memang ingin bebaskan diri wa dari belenggu dirinya tapi hati dan fikiran tidak mengizinkannya. Setiap saat nama (dan mungkin wajahnya) sentiasa berlegar-legar dikotak ingatan.

Memang tak ingin perasaan ni mengganggu kehidupan yang ceria selama ini tapi tidak mampu menepisnya bila bersendirian. Hujung minggu ni dihabiskan di kampung tercinta. Ingin lari dari masalah ini tapi tak terdaya. Jumpa kawan-kawan sekampung.. sibukkan diri dengan aktiviti menjala ikan.. menangkap belangkas dan menyelam. Memanjat pokok.. usah cerita lar, agaknya kalau pokok tu boleh bercakap.. dah lama dia sound wa jangan panjat dan duk lama-lama atas dia lagi. Hehe. Erm.. masih tak mampu memadamkan bayangannya.

Selalu bermohon pada Yang Esa agar dipermudahkan segala urusan di dunia dan dirungkaikan kekeliruan ini. Amin..




(Kredit)

Maafkan saya.. manusia biasa yang tak sunyi dari salah dan silap.




p/s: sebenarnya wa tak pandai berkata-kata.. banyak meluahkannya pada lagu. Maaf jika entri ni mengganggu ketenteraman lu org ek. Mohon maaf pada awak juga kerna tak bisa memendamkan perasaan ini selama ini.



menanti-nantikan kebahagiaan yang tak kunjung tiba.

Friday, January 6, 2012

Sesat Dalam Rindu.



Ku resah mencarimu dengan akal
Dengan bersama sifat-sifat pinjaman
Kau ku rasakan semakin menjauh
Tersesatlah aku dalam rindu

Ku satukan firasat mencari mu
Dan ku terlontar di penghujung alam
Kau masih tidak dapat ku jejaki
Betapa malangnya nasib ku

Kerana mu ku tinggalkan segalanya
Sendiri aku terpedaya

Punya akal dan firasat yang tidak ke mana
Hanya jalan yang sengsara


Zahir musnah bagi yang mimpi
Zahir ada rahsia mencari
Lalu ku selami di dalam diri
Dibawa arus nafas ku
Asal serah janji dahulu
Mula hidup pasti mula cinta

Engkau kasih ada di sini
Engkau kasih ada menanti
Kau kasih aku jua kasih



video

Maafkan Diriku.



Terkesima. Perasaan bersalah menjengah diri.
Tidak bermaksud begitu dan tidak sesekali berfikir seperti yang disangka.
Hanya manusia biasa yang penuh dengan kekhilafan diri.
Maafkan diriku yang hina ini.

Kelu lidah untuk berkata-kata.
Kesengsaraan dan penderitaan adalah mainan biasa dalam hidup ini.
Cuma ketabahan saja belum cukup untuk menampung kudrat yang semakin lelah.

Memujuk diri untuk memahami dirimu
umpama sang bidadari.
Boleh dirindui tapi tidak boleh dimiliki.

Sayang, rindu dan setiaku
tidak akan berubah walau ditelan waktu.



(Kredit)

Seumpamakan ombak datang dan berlalu pergi,
singgah seketika meninggalkan buih memutih dan lalu hilang.


Wednesday, January 4, 2012

Alhamdulillah.. Moga Dipanjangkan Usia..Dimurahkan Rezeki Buat Diriku.





Alhamdulillah.. Selamat Menyambut UlangTahun Kelahiran buat Budak Johor.
Moga dirimu sentiasa riang dan gembira.
Moga dirimu jua bertemu insan yang setia.
Yang akan menerima dirimu seadanya.

Walaupun perit dirimu mengharungi kehidupan ini sendirian.
Tapi bersabarlah.. kerna ALLAH mengkehendakimu bersedia
pabila tiba waktunya.


Awak.. hayatilah bait-bait kata lagu ini.



video


Di dalam Sepi Ini

Serasa diri ini
Terpinggir di batas nan sepi
Tak sesiapa menemani

Di dalam sepi itu
Kembali ku mengingati mu
Lalu hati jadi rindu

Aku terperangkap dalam diri
Aku terpedaya oleh mimpi
Aku dikejari bayang-bayang
Keterpaksaan menyiksakan

Lama ruang hati kekosongan
Lama ku menangis sendirian
Lama hanyalah hitungan masa
Tak terluntur kenangan indah
Di antara kita

Di dalam sepi itu
Bertakhta bayangan dirimu
Mencengkam sanubariku



(Kredit)

Awak.. sudikah awak menerima lamaran ikhlas dari saya?