Tuesday, February 21, 2012

Kumpulan Slam - Kenangan Masa Konsert Unplugged.





Assalam pada kengkawan wa sayangi dan cintai. Sori ek membiarkan blog ni bersawang. Hehe. Ada yang ingat wa pergi bertapa kat gunung ledang. Ala.. kalau dah sampai sana.. buat apa wa pergi bertapa, baik wa minum petang dengan Puteri Gunung Ledang. Omputih kata apa.. hi tea. Hahaha.

Petang tadi kat opis waktu wa nak bersiap-siap nak balik.. tak semena-mena bos wa tanya kat wa. Tak nak tengok konsert Slam ker? Ait.. bos ni tau-tau jer wa minat dengan Slam. Agaknya dia skodeng meja wa ni. Hahaha.

Wa pun tanya balik.. yeke bos, Slam buat konsert? Dia pun jawab.. "a'ah, kat Singapore 24 Februari ni". Aduhhh!! bila wa dengar Singapore jer.. terus wa cakap dengan bos, "bos.. takde tiket free ker?". Member2 wa yang lain bila dengar camtu.. terus gelak. Yela.. mana lar tau kot-kot bos bermurah hati menaja pemergian wa kat Singapore. Hahaha. (Ceh!! jangan mimpi ar. hehe).

Dulu wa ada jugak bodek dia nak tengok konsert Search. Bos wa ni adik ipar kepada Yazid.. pemain dram Search. (Sori bos.. terpaksa pecah lubang! Hahaha). Puas lar wa bodek.. wa ampu.. wa kipas (siap guna kipas Helikopter tu. hehe) pasal nak tiket free tengok konsert Search kat Bukit Kiara dulu. Tapi hampeh.. tak dapat. Padan muka wa. Huhu.

Yazid.. (bertopi)
(Kredit)

Teringat wa pada konsert unplugged Slam tahun 1996 dulu. Wa pergi masa tu kat Stadium Negara. Nak dapat tiket free tak susah. Diorg suruh datang bawa kulit album kumpulan Slam jer untuk ditukarkan dengan tiket. Masa tu pakai kaset lagi. Tak macam sekarang.. pakai CD.

Yang bestnya.. masa tu satu Malaysia blackout. Sebelah Stadium Negara..Stadium Merdeka. Ada perlawanan akhir Piala FA pulak tu antara Kedah vs Sarawak. Terpaksa di tunda ke hari lain. Apa lagi.. bila diorg tak dapat tengok bola, diorg serbu lar konsert Slam. Memang penuh giler dalam konsert tu.

Tapi memang best!!. Cuma masa Shah hadiahkan gitar dia pada peminat.. wa tak puas hati. Patutnya wa yang dapat. Ni.. dia bagi pada mamat mana tah yang berdiri depan pentas. Tak adil lar macam ni. Kalau wa tau.. masa nak habis konsert tu, wa panjat pentas tu sebab nak dapatkan gitar dari dia. Boleh lar wa tayang pada orang kampung!!

Hahaha..


Ok.. jom layan lagu Satu Jalan Satu Pegangan ni.



video



Asam di gunung, ikan di laut
Dalam hidangan bertemu jua
Pasti yang tersurat
Terbukti akhirnya

Asalnya bayang dari cahaya
Ada bayang zahirnya kita
Ada segala asalnya dia

Hmmmm… dialah cinta
Kasihnya kita bina selamanya
Bersaksi… nafas
Diam terhenti

Kasihnya kita misteri, misteri
Nampak berbeza
Hakikatnya serupa
Kau dan ku rela merasai
Pahit manis cinta di duniawi

Hidup mati jodoh dan pertemuan
Satu jalan dan satu pegangan
Takdirnya… Tuhan… menentukan

Kita diajar mengenal cinta
Bukan seribu janji dan seribu kata
Kau lah Nur Kasih ku satu
Yang kunyanyikan sejak dulu


Diruang azali dan ini
Tetap bersatu oh… oh…

Sindiran dan cacian tak tertepis
Bagai angin yang datang
Tergoncangkah imanmu kerna cinta
Yang terpancar cahaya pasti nyata
Kekal abadi… ke syurga…


8 comments:

Melati Qistyna's Mummy said...

Hah muncul gak ekao yo... Lamo hamek tenggelam eh... Muahahaha

bdk johor said...

Hahaha..
ayat lu memang tak boleh blah ar qis.
wa tenggelam timbul tenggelam. Hehe

Alin Marlini said...

Salam..kumpulan yg paling digilai ms zaman sekolah dedulu..

Aida Omar said...

aida pun suka gak kumpulan2 nie.. lagu semua best2 ooo... haha..kipas tak cukup kuat lagi tu.

ZiErWa zAiNaL said...

kumpulan lama.. kwn zz mnt btul lagu dia org.. slalu dgr die nyanyi mse sek dlu..hehe

Anisa said...

Tak bercakap tidak sementinya tak menjengah, ya tak?

Jangan nakal2...huhuhu

bdk johor said...

Betul tu, sokong sangat.

Tak nakal.. cuma naughty jer. Hehehe

Sungguh menakjubkan - Susu HiGoat said...

haha best citer hang