Monday, November 12, 2012

Memang Kepala Hotak Diorang Berjambul.!!









As salam semua. Kabare? Kalau tanya wa..wa memang tengah bengang ni. Tak habis bengang dari semalam. Bukan apa..semalam wa balik dari kampung. Biasa lar ikut highway PLUS. Sampai jer dekat susur keluar Seremban dah jem. Sebelum tu wa dah baca pesanan dari papan elektronik PLUS selepas susur Pedas/Linggi mengatakan trafik bergerak perlahan dari Seremban hingga ke Nilai.

Wa teruskan jugak perjalanan tu walaupun dah tergerak hati wa nak masuk Highway LEKAS ikut susur Senawang. Ingatkan bergerak perlahan tu.. kenderaan boleh bergerak jugak.. tapi terus stop. Gerak pun dah macam kura-kura. Bergeraknya 1 minit tapi stopnya 6 minit.
 
Aduhh.. hati wa dah macam terbakar dah. Asap jer yang tak nampak. Ni semua gara-gara jem giler ni. Dalam fikiran wa dah terbayang.. mungkin ada accident teruk ni. dah nak dekat sejam lebih wa sampai Nilai.
 
Sampai jer kat Nilai.. wa tengok tepi jalan ada lar kereta 3 4 bijik dah macam rosak. Tapi kat tengah highway TAKDE apa2 halangan pon. Ni yang wa hangin 1 badan ni. Patutnya pemandu yang hadapan tu teruskan jer lar perjalanan tu. Tak payah lar nak perlahankan kenderaan sangat semata2 nak tengok kereta yang rosak tu. Memang kepala hotak diorang berjambul. Wa pernah story pasal ni kat sini dulu. Pemandu2 kat Malaysia ni memang kaki penyibuk. Nak tau jugak apa orang2 tepi jalan tu buat. Agaknya.. kalau wa pakat ramai2 dengan adik beradik wa berjoget tepi highway tu.. mau jem giler sampai Skudai agaknya.
 
Hahahaha..
Ceh!!

3 comments:

Akak Kembang said...

kalau wa pun bengang jugak..hahahaha

Anonymous said...

Joget?
Haha..

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.