Friday, November 16, 2012

Sinetron@Drama2 Indonesia Tak Membina Minda?



As salam buat kawan2 yang wa sayangi dan cintai selalu. Baru2 ni wa menonton (sebenarnya bukan menonton pun.. saja temankan mak abah tengok) sinetron Bayu Cinta Luna. Terus terang wa cakap.. wa memang tak minat sinetron2 ni. 




Sambil tonton..sambil wa baca suratkhabar. Tak lama selepas tu wa dengar mak wa merungut pasal citer tu. Wa apa lagi bila dengar mak wa merungut.. terus wa komen pedas2 pasal citer sinetron ni. Mak wa yang tau wa tak minat citer ni merungut kat wa pulak. Ayat dia lebih kurang macam ni lar:-

Mak : "apa lar si Luna ni.. dah kena tipu pun boleh kena tipu lagi."
Wa : "hah mak.. merungut pulak tengok citer ni. memang pun.. citer indon ni kalau orang jahat cakap, orang baik memang percaya habis. tak nak siasat dulu. dah tu..orang jahat boleh pulak muncul tiba2 kat mana2. tak ker pelik!! Hahaha.. tukar channel lain eh mak? Hehe"
Mak : "aah kau tu.. baca je lar suratkhabar tu"




Kesimpulannya.. dari dulu sampai sekarang sinetron2 ni memang tak patut kita tengok selalu. Citer2 ni lebih banyak mengajar kejahatan dari kebaikan. Seolah-olah setiap perbuatan jahat tu dibiarkan berleluasa. Dah lar dia punya episod sampai beratus2 sampai mak wa pun dah fed-up nak tengok lagi citer Nada Cinta tu.. kebanyakkan pulak, sinetron2 ni asyik menaaaaaangis jer kerja dia (kira bab sedihnya 90 peratus ar untuk citer tu). Terpaksa lar lu orang kena standby pulak kotak tisu 1 lori kalau nak menonton. Hah tengok..!! bukan setakat membazir tisu2 tu.. malah tak bagus jugak untuk kesihatan. Boleh kena kencing manis tau!

Hahahaha..


No comments: