Wednesday, November 28, 2012

Piala AFF Suzuki - Malaysia vs Laos.





Kabare semua. Sebenarnya wa tak nak tulis pasal bola Piala AFF ni. Bukan apa.. takut wa terkritik lebih2 pulak. Kang ada yang angin dengan wa lak. Yela.. terlalu emosi kalau bab2 bola ni. Hehe

Ok lar.. ikut pada game pertama dengan Singapura.. dan sebelum tu pada perlawanan2 persahabatan, memang boleh mendatangkan marah. Tapi wa berfikiran positif.. dengan syarat kita kena menang lawan Laos dalam perlawanan yang akan berlangsung beberapa minit dari sekarang.

Selain dari menang.. wa tak boleh terima. Yela.. kalau dengan Laos pun boleh kalah atau seri.. memang kita ni takde peluang ar nak jadi juara. 

Bolasepak Malaysia ni hanya gah jer di benua Asia Tenggara. Lupakan kejuaraan yang lalu. Kita patut senang2 jer jadi juara Piala ni. Nak lagi main ditempat sendiri.

Sorry to say lar.. kalau kita kalah dengan Laos ni.. jangan mimpi kita nak bermain di Piala Dunia. Mungkin dalam 20 tahun pun belum tentu. Percaya tak cakap wa. Mungkin lu orang boleh cakap.. "jadi tuan rumah boleh apa main Piala Dunia". Salah tu.. lu orang tahu tak apa syarat2 nak jadi tuan rumah Piala Dunia. Setiap negara yang ingin menjadi penganjur(tuan rumah) Piala Dunia.. mesti lar telah bermain di kejohanan Piala Dunia sekurang-kurangnya sekali. 

Amacam..? memang takde chance kan untuk kita main kat World Cup nanti. Lu orang kalau kawtim dengan Presiden Fifa Sepp Blater pun tak kan dapat punya. Tau tak dia cakap apa. "Tak dapek den nak nolong ar". Tak pun dia cakap.. " ulau (ular) melingkau atas pagau". Hahaha. (jangan marah ar Aniza) Hehehe


Lets Pray For Gaza

2 comments:

miranadia said...


hidup kan umpama roda. gtu ar kesimpulannya.

harap malaysia menang.

ài ní zá said...

Betullah.
Rasanya Malaysia takda peluang di Piala Dunia. Takpa, dorang pun dah usaha banyak dah tu. Just harap menang masa lawan Indonesia nanti. Itu penting! Haha..