Wednesday, January 18, 2012

Apa Kata Kita Bersabar Sedikit Ek!



Assalam buat kengkawan yang wa sayangi dan erm.. cintai. Biarkan takdir yang menjelaskan haluan kita.

Ok.. kali ni wa nak tarik perhatian lu org tentang kemalangan yang berlaku di Melaka baru-baru ni. (Melaka lagi!). Rakaman video ni adalah dari CCTV Polis Melaka yang disiarkan di TV. Menunjukkan 3 penunggang motorsikal dirempuh oleh sebuah kereta dipersimpangan lampu isyarat.

Apa lagi yang wa boleh katakan. Kadang-kadang pemandu kereta di Malaysia ni (bukan semua) bawak kereta tak menggunakan otak untuk memandu. Dalam bahasa kasarnya menggunakan kepala lutut untuk berfikir. Wa pernah timbulkan sikap pemandu2 ni sebelum ni di sini.






Yang menjadi mangsa penunggang atau pembonceng motorsikal. Kadang-kadang wa terfikir jugak.. adakah semua kemalangan melibatkan motorsikal adalah salah penunggang tu sendiri. Kalau keluar berita kat TV atau suratkhabar.. statementnya mesti bunyi macam ni, "kemalangan yang berlaku akibat motor yang ditungganginya terbabas". Wa nak tanya.. adakah pakcik-pakcik dikampung bawak motor laju-laju kemudian terbabas sendiri? Mesti ada yang langgarnya kan! Lepas tu cabut lari.

Balik semula pada video di atas.. wa memang salahkan pemandu kereta tu. Tak nampak ker motorsikal tu dah bergerak? Dah lar laju.. takde pun tanda2 dia membrek. Memang bahlol campur belacan punya pemandu.

Jadi kepada penunggang-penunggang motorsikal.. untuk mengelakkan dari pemandu kurang ajar ni, wa nasihatkan pada lu org dan jugak diri wa sendiri..apa kata kita bersabar sikit ek walaupun lampu isyarat dah tukar warna hijau. Wa tau lu org kadang-kadang nak mengejar masa. Tak pun macam pemandu F1 atau motoGP.. tak boleh tengok lampu merah padam. Mesti nak pecut punya! Huhu. Ambil masa tengok kenderaan lain ek. Berhati-hati dijalanraya.





p/s: kenapa begini pengakhirannya? Tiada lagi kemesraan semacam dulu.
tetap Aishiteru.

3 comments:

mr.curly said...

fuhh..mmg giler arr drebar kete tu..tp maybe drebar kete tu ttibe tkene sawan tpekik kottt..

#bro, kabhi kushi kabhi gam..jom pekene ns briani gam..hikhik

Melati Qistyna's Mummy said...

Wa pon Ada tgk video tu, ngeri beb, tp betul pon kete tu melaju semcm je, agaknya kena cirit kot...hahahaha

Dah la langgar org, pastu x benti plak tuh.... Dasar

Anisa said...

Gila!
Sah pemandu kereta tu langgar lampu isyarat. Dalam tahun ni sahaja saya dah lihat tiga kemalangan macam ni depan mata sendiri. Cuma berharap kita jauh lebih sabar.

Awak, kalau memandu atau menunggang ke, sila berhati-hati. Awak tetap sahabat maya terbaik saya =)