Monday, January 9, 2012

Pasukan Johor Takde Padang?



(Kredit)


Ok.. kali ni kita ke segmen sukan pulak ek. Sebelum tu wa ucapkan tahniah pada pasukan Negeri Sembilan sebab jadi juara Piala Sumbangsih 2012. Kemenangan hasil jaringan awang import diorg.. apa ker nama dia, wa pun tak ingat. Haha. Tak aci lar camtu kan! Takpe.. kalau jumpa pasukan Johor nanti.. kita tukar dia dari awang import jadi awang eksport. Hehe. (camne nak jumpa.. dah lain-lain liga, tentu lar tak jumpa). Itu pasal lar wa berani cabar. Hahaha..

Wa tau ni pun melalui suratkhabar. Diberitakan pasukan Johor tidak dapat menggunakan Stadium Larkin sebab kerja-kerja naiktaraf sedang dilakukan. Diorg nak bikin Stadium Larkin besar punya. Kalau Stadium Bukit Jalil 3 tingkat.. ni kita bikin 5 tingkat. Amacam.. besau tak? Hahaha.

Diorg cadang Stadium UTM Skudai sebagai alternatif. Bagi wa..kalau takde padang apa susah. Kat kampung wa berlambak padang. Ada padang main guli.. ada padang main gasing.. padang galah panjang. Padang kurak kundi pun ada.. pilih jer. Hehe. Soal sokongan lu org jangan risau. Wa akan suruh org2 kampung wa datang termasuk lar Tok Penghulu.. Pengerusi JKKK dan Tok Mudim. Wa jugak akan pastikan ayam, itik, kambing dan kerbau pun datang sekali. Kehadiran adalah diwajibkan. Sapa2 yang tak hadir.. akan dikenakan tindakan tatatertib di bawah Kelakuan dan Perintah-Perintah Am. (ait!! macam pernah dengar jer!) Hahaha..

Itu sokongan kalau menang lar. Kalau kalah pemain2 akan dikenakan hukuman. Tiap2 sorg pemain mesti panjat pokok kelapa dan petik buah kelapa 10 biji tiap-tiap sorg. Selagi tak habis petik buah kelapa, diorg tak boleh keluar dari kampung wa. Ok tak hukuman tu??


Huaaargh..Huaaargh..Huaaarghhhhhh!!!

6 comments:

mr.curly said...

bro, tul ke johor dh xdo padang?..aduhhh wa tumpang sedih..yela, kite sbg rakyat M'sia yg mmpunyai jati diri serta modal insan dgn di palu oleh inisiatif,perspektif n detektif harusla berpegang teguh dgn lagu teguh search n tanamla semangat ingin maju spt kedai mamak Ali Maju..dan dgn ini wa rasmikannnnn..ehh tpanjang lak bro..sorila, wa terbawak2 ucapan wa mase tgh nk rasmikn umah tumpangan ari tu..hikhik

#wa keliru..wa keliru..huhu

mimie_za said...

alo..tian ye..xpela..janji boleh berlatih juga..mana2 padang pun ok..padang sekolah kan banyak..pilih je,,heheh

mimie_za said...

alo..tian ye..xpela..janji boleh berlatih juga..mana2 padang pun ok..padang sekolah kan banyak..pilih je,,heheh

bdk johor said...

mr curly:

ai bro.. lu komen ker atau lu sedang memberi mesej Malaysia Sejahtera ni. Hahaha..

Cet!!

bdk johor said...

mimie_za:

amboi.. sampai dua komen lu bagi eh. hehe.
Apa kata kita guna padang sekolah lu dulu. ok tak? Hahaha.

Melati Qistyna's Mummy said...

Napa si kerli tuh, meroyan Jd YB ke? Hahahaha

Errr, apa kata pin jam je pdg permainan kanak2.... :D