Monday, November 28, 2011

Pergi Salah..Tak Pergi Pun Salah.


As salam semua. Sebenarnya wa rasa simpati pada pasukan bolasepak Harimau Kuat Muda kita. Kalah buat kali yang ketiga dalam kelayakan Olimpik.

Kalau lu org nak tau.. masa tamat lawan Syria tempohari, bestfriend wa ada cakap. Dia kata..'bro, agaknya pasal kita datang stadium.. tu yang team Malaysia kalah'. Wa jawab balik..'mungkin ar bro..diorg terqezut tengok kita datang. Kita ni mana ada selalu datang walaupun stadium bukit jalil tu kalau kita jalan kaki pun sampai'. Hehe.

So..kitorg ambil keputusan tak nak datang stadium masa lawan Bahrian pulak. Yela.. harap2 dengan ketidakhadiran (dengan izin.. hehe) kitorg pasukan Malaysia boleh menang. Walaupun ada member yang beria2 ajak kitorg pergi stadium.

Keputusannya tetap Malaysia kecundang 2-3 walaupun dah mendahului 2-0. Jadi kesimpulannya, kitorg pergi stadium kalah.. tak pergi pun tetap kalah. Wa rasa diorg masih lagi dibuai sang bayu kejayaan Sukan Sea tu lagi.

Secara logiknya peluang Malaysia boleh dikatakan tertutup lar untuk ke pusingan seterusnya. TAPI.. boleh lagi ke peringkat seterusnya dengan syarat menang semua perlawanan selepas ini. Itu memang mustahil tapi dalam bolasepak apa saja boleh berlaku. Sebelum nak lawan nanti..kita kasi pasang lagu Mission Impossible kat pemain kita. Nak bangun tidur pasang lagu tu.. nak pergi mandi pasang jugak, waktu makan pasang lagi, nak jalan2 keluar kena mainkan kat handphone dan sebelum tidur kena hafalkan lagu tu. Baru kita boleh menang. Amacam.. best tak idea wa?

Hahahaha..


Lagi satu.. permainan bolasepak ni sememangnya kejam. Lebih kejam dari putus cinta tau.

Wakakakakaka.. (tak tau..nak nangis ker nak gelak!) huhu

10 comments:

mr.curly said...

wa rase lagu mengape dirindu saloma lg beshhh bro..

anak PUNAI anak merbauuuuuu..(pesal terbesar lak ayat tuuuu..aduhhhh)..hikhik

bdk johor said...

mr curly:

hahaha.. lu jangan mulakan bro. nanti asyik lagu ni jer yang wa hafal. hahaha..

cet!!

Misz-ella said...

kahkahkah. Kelakar!!

Anonymous said...

hahaha...
apa kena-mengena dengan korang, stadium dan bab kalah-tak kalah ni?

Melati Qistyna's Mummy said...

kahkahkah.... apsal PUNAI tu beso??????

wa gembira, pastu wa sedih, terkilan...huhuhuhu

bdk johor said...

kakchik@ella:

hahaha..

bdk johor said...

Anisa:

mesti lar ada kena mengena, kitorg otai kat situ. jadi bila kitorg datang..pemain2 tu semua main dalam ketakutan. yela.. bos datang tengok diorg main. tu yg kalah tu.
hahahaha..

bdk johor said...

Melati Qistyna's:

entahnya si curly tu. wa pun manyak hairan. hehe
amboi qis.. suka nampak! hahaha

wa pun sama..cuba tengok muka wa ni, nampak macam menangis meleleh tapi sebenarnya wa gelak besau.
wakakaka..

Unknown said...

x de rezeki..x layak lg dengan olimpik..huhu

bdk johor said...

Nens Collection:

Kita boleh layak olimpik lagi lar. Tapi dalam acara teng-teng atau galah panjang aje lar. hehehe