Friday, June 24, 2011

Rancang Perbelanjaan Guna Sampul Surat

gambau ihsan google


Pekabar semua.. wes mangan? aiseh.. terspeaking jawa lak. sori ek. hehe.

Kali ni wa nak kongsi sikit dari artikel yang wa baca berkenaan berbelanja dengan 'sistem sampul'. Mungkin ada yang penah dengar atau tak tapi sesetengah dari kita bole cuba praktikkan cara ni. Yela..mungkin ada yang anggap cara ni agak ketinggalan keretapi sikit, tapi tak salahkan kita cuba try test. hehe


Ok..check it out. Antara langkah2 nya ialah:

Langkah 1 : Sediakan bajet.

. Anda harus mengenal pasti jumlah pendapatan atau sumber yang akan diterima pada bulan tersebut dan jumlah perbelanjaan yang akan digunakan. Langkah penyediaan bajet akan memberi kesan terhadap situasi kewangan anda.

Langkah 2 : Bahagikan perbelanjaan kepada beberapa kategori.

. Teliti bajet anda dan bahagikan kepada beberapa kategori seperti makanan, penggunaan petrol, pakaian, peralatan rumah, hiburan dan sebagainya. Wujudkan sampul dengan menulis kategori2 yang dinyatakan dalam bajet pada setiap sampul.
Langkah 3 : Isikan sampul dengan bajet yang telah diperuntukkan.

. Isikan sampul dengan wang yang telah diperuntukkan dalam bajet mengikut kategori.

Langkah 4 : Belanjakan wang.

. Gunakan wang yang diperuntukkan mengikut kategori sampul. Contohnya, untuk membeli bahan makanan, gunakan wang daripada sampul kategori makanan. Gunakan wang daripada sampul tersebut sehingga habis peruntukan. Pada ketika ini, perbelanjaan bagi kategori yang tidak popular harus dihentikan atau dikurangkan apabila menyediakan bajet bulan hadapan.

Langkah 5 : Letakkan mana2 wang lebihan untuk simpanan.

. Sekiranya anda mempunyai lebihan wang dalam sampul pada hujung bulan, jadikan ia sebagai tambahan simpanan anda atau gunakan untuk tambahan bayaran kepada liabiliti atau hutang.

Langkah 6 : Isikan semula bajet anda untuk bulan hadapan.

. Isikan semula wang mengikut bajet ke dalam sampul. Setiap bulan adalah peluang baru dalam menyediakan bajet anda.
. Untuk membantu anda mengikuti langkah2 di atas, berikut adalah sedikit tip ingin dikongsi agar impian dan hasrat anda benar2 menjadi kenyataan.

a) Alihkan peruntukan kategori2 anda pada bulan pertama sehingga anda rasa jumlah tersebut bersesuaian dengan bajet sebenar.

b) Sekiranya anda tidak dapat mematuhi sistem sampul secara bulanan, mulakan secara mingguan atau dwi mingguan. Ia bermatlamatkan untuk mewujudkan suatu sistem yang berkesan untuk anda.


[Artikel di atas tanpa suntingan dari wa dan dipetik dari tulisan Siti Rahayu Zakaria dari Gabungan Persatuan2 Pengguna Malaysia (FOMCA)]



Amacam.. rasa2 lu org boleh pratikkan tak? kalau bagi wa.. mungkin wa boleh try lar tapi satu jer masalahnya, wa ni tak boleh nampak sampul2 surat ni. wa ingat surat2 cinta..so wa mesti bukak punye semua sampul2 tu. apa lagi kalau dah nampak duit.. kita enjoy g genting lar..!!

hahahaha..

18 comments:

RerameUngu said...

hoho..tips yg bgus n berguna..tp wa tak guna cara tu la..hehe

dwatyKNY said...

bagus tips ni... tapi takutla letak kat sampul... nanti takut terlupa letak...

cik panadol said...

wa penah ke'buang'an duit dalam sampul sobab time tu deh ingat sampul tu tak guno!

bilo dah terbuang, baru den pasan yg sampul yg den buang tu ado duit!

lg satu tips paling selamat adalah lotak duit dalam bra mcm omak2 zaman dulu buek...kek bra ado poket kocik tu....hahaha!!!

Unknown said...

assalam - wah bagus sungguh idea kamu wak !

marbelse...

mr.curly said...

bro, caye or x..wa mmg amalkn sume yg dinyatakn dlm info lu ni til now tau..ok, bior wa teka-tuk amalkn nye kite kene ikut 6langkah kannnn..pastu dlm langkah 6 tu ade lak bahagian (a) n (b) kannnn...pergh!!! terer x wa..tekaan wa sume betul!!!..hahaha

bdk johor said...

RerameUngu:

memang bagus..tapi kalau lu tak guna cara tu tak kisah ar. sekadar tips..

bdk johor said...

dwaty:

hahaha.. ini kes pelupa lar ni. hehe

bdk johor said...

cik panadol:

ape..? lu penah kebuangan duit yang lu letak dalam sampul? patut lar wa ade jumpa sampul tu..tapi duitnya semua 1 sen jer..! hahaha. gurau ar

bdk johor said...

inilah aku:

w'salam..
tengkiu..tengkiu. arigato..syukran.
hehe

bdk johor said...

mr curly:

wa caya..wa caya!! lu kalau buat apa pun memang wa caya walaupun ntah apa2 ntah lu buat yang wa sendiri pon tak paham! hahaha

mohdhazlan Dreadlock said...

blh try tips ni ...

Melati Qistyna's Mummy said...

tp kalau wa tetiba lak buat terlupa tercilok dr sampol lain lak...aci ker....hehehehe

Anonymous said...

Lecehlah nak guna sampul surat. Lagi terbelanja lebih adalah nanti...

bdk johor said...

hatikubaik-mohdhazlan:

memang boleh try test bro..

bdk johor said...

Melati Qistyna's:

ceh..! lu buat2 terlupa ker atau lu memang nak cilok sampul lain qis? kalau macam ni.. aci pun menangis lu pakai nama dia.
hahaha

bdk johor said...

Sephi Sephia:

Awak jangan risau.. kalau takut terbelanja lebih nanti, apa kata awak masukkan dalam sampul kocek saya. Gerenti selamat punya!!

hahahaha..

Akak Kembang said...

benda yang selalu Alin buat...tapi bukan guna sampul surat..Alin guna angpau raya..hohohoho....

bdk johor said...

Alin Marlini:

Lu guna angpau raya ker Alin? Maka..secara otomatiknya, lu kena bagi wa angpau raya tu lar.
hahaha