Monday, February 27, 2012

Disaster Date - Program ntv7


(Kredit)



Apa khabar semua. Harap semuanya sihat2 saja. Wa masih lagi selsema dan batuk-batuk 2 3 hari ni. Mungkin akibat main hujan ni. Maklum lar.. nak jadi budak2 balik.. suka main hujan. Hehe.

Petang tadi wa saja layan citer Disaster Date kat ntv7. Sebelum ni memang tak tengok pun. Tapi bila tengok.. memang kelakar habis. 

Temu janji yang dirancang.. tapi cari jalan macam mana nak musnahkan temu janji tu. Macam2 cara diorg buat nak bagi pasangan yang dijemput tu blah dari tempat tu. Buat lar apa2 perkara yang perempuan tu tak suka. Tapi.. kalau dia dapat bertahan selama yang boleh, dapat lar banyak duit. Haha.

Untuk episod tadi yang sempat wa tengok.. semua yang ada dalam restoran tu adalah geng2 diorg jugak (pelakon). Perempuan yang dijemput tu.. diorg dah tau latar belakangnya. Contoh.. perempuan tu tak suka pakaian yang murah2, kalau date dengan lelaki yang baru kenal.. tak suka lelaki tu citer pasal ex girlfriend dia. Jadi.. diorg dah plan masa lelaki (pelakon) tu buat temu janji dengan perempuan tadi, pelakon lain menyamar sebagai ex girlfriend lelaki tu. Lepas tu buat kacau depan diorg. Merayu2 kat lelaki tu jangan tinggalkan dia. Apa lagi.. perempuan tu pun naik angin dan terus blah!. Terpaksa pelakon yang lain2 tu kejar perempuan tu balik dan bagitau tu semua lakonan saja dan perempuan tu dapat duit selama mana yang dia boleh stay.

Hahaha.. wa tak boleh bayangkan kalau wa lar yang terkena. Mau wa bakar mercun buluh dalam tempat tu. Tak pun wa lepaskan katak banyak2. Biar diorg pulak yang melompat!!

Hahahaha..


Ewah!! sempat buat peace lagi. Hahaha..





14 comments:

Nyue said...

ahahahah...kalu blah je ookeh!..
nye bagi penampar...sakit pon dpt..ahahaha

cik sakdi said...

tau pulak yang lelaki tu tipu pastu rakam pulak.pergh silap2 bunuh diri. ekekeke

Anonymous said...

Lepaskan katak?
Hahahaha....jahatnya dia!
Eh, sini pun hujan juga. Memang terasa nak jadi budak2 main hujan tapi mak tak kasi sebab demam anak murid terbengkalai...hahaha

bdk johor said...

Nyue:

Tu lar pasal.. dapat penampar free jer. Hahaha

bdk johor said...

cik sakdi:

Tu yang tak sanggup tu. Hehe

bdk johor said...

Anisa:

Yela.. ni kes balas dendam lar ni. Hahaha..

Kalau awak demam, silap2 murid-murid buat konsert rock dalam kelas. Yela.. cikgu paling garang tak dapat datang sebab demam.

Hahahaha..

Melati Qistyna's Mummy said...

Ahahaha.... Lawak plak kan, tp kalau Kita dok kat tmpt dorg mmg x lawak... :)

Akak Kembang said...

kalau BJ orgnya mesti x lari kot..hehehe

Diari Si Froggie said...

ah katak ku disini rupanya dikau.. ritu katak nie naek vespa dari rumah aida pastu hilang.. sini upenye siap buat peace2 bagai..hahah

Anonymous said...

Salam.

Saya tak lagi menulis blog. Tapi saya akan lawat awak di sini bila saya lapang. Jangan risau. Tak mahu jadi biskut chipsmore. Hilang2 kemudian timbul...huhu

bdk johor said...

Melati Qistyna's:

Hahaha.. tau takpe.

bdk johor said...

Alin Marlini:

Sape kata tak lari Alin.. dah bakar mercun wa cabut lar. Hahaha..

bdk johor said...

Aida Omar:

Aiseh Aida.. katak lu tu saja nak lepak rumah wa. Tapi dia lupa nak kasi tau sama lu. Jangan risau.. wa dah piat2 telinga dia. Hahaha..

bdk johor said...

ANISA:

W'slm..

Awakkk. Takde semangat lar macam ni. Hilang sumber inspirasi saya. Teruskan menulis ye. Saya pohon.