Sunday, January 8, 2012

Keliru


Assalam.. Terlalu banyak yang bermain-main difikiran sekarang ni. Perasaan juga bercampur baur. Sebenarnya.. bila melibatkan soal hati ni wa jadi keliru. Wa memang ingin bebaskan diri wa dari belenggu dirinya tapi hati dan fikiran tidak mengizinkannya. Setiap saat nama (dan mungkin wajahnya) sentiasa berlegar-legar dikotak ingatan.

Memang tak ingin perasaan ni mengganggu kehidupan yang ceria selama ini tapi tidak mampu menepisnya bila bersendirian. Hujung minggu ni dihabiskan di kampung tercinta. Ingin lari dari masalah ini tapi tak terdaya. Jumpa kawan-kawan sekampung.. sibukkan diri dengan aktiviti menjala ikan.. menangkap belangkas dan menyelam. Memanjat pokok.. usah cerita lar, agaknya kalau pokok tu boleh bercakap.. dah lama dia sound wa jangan panjat dan duk lama-lama atas dia lagi. Hehe. Erm.. masih tak mampu memadamkan bayangannya.

Selalu bermohon pada Yang Esa agar dipermudahkan segala urusan di dunia dan dirungkaikan kekeliruan ini. Amin..




(Kredit)

Maafkan saya.. manusia biasa yang tak sunyi dari salah dan silap.




p/s: sebenarnya wa tak pandai berkata-kata.. banyak meluahkannya pada lagu. Maaf jika entri ni mengganggu ketenteraman lu org ek. Mohon maaf pada awak juga kerna tak bisa memendamkan perasaan ini selama ini.



menanti-nantikan kebahagiaan yang tak kunjung tiba.

1 comment:

Melati Qistyna's Mummy said...

Hah betol tu, x tenteram wa di buatnya....hahahahaha