Monday, August 12, 2013

Malang Sungguh Penyokong Bolasepak Malaysia






As salam semua. Selamat Hari Raya eh. Sebelum tu wa nak ucapkan berbanyak2 kesian lar kat penyokong2 Malaysia. Ini semua gara2 perlawanan persahabatan Malaysia lawan Barcelona tempohari.

Bagi yang tengok kat tv dan yang pergi ke stadium.. rata-rata wa tau, semuanya nak tengok kelibat penyerang tersohor seantero dunia beraksi depan mata.. iaitu budak johor!. Ops.. tersilap lak, Lionel Messi. Hehe. Sori ar.

Tapi kesudahannya.. hampas!!. Messi tak bermain malam tu. Apa yang dia bagitau kat wa.. dia tak dapat main sebab makan rendang ayam banyak sangat. Sampai buncit perut dia. Nanti kalau dia main jugak.. 5 minit jer dah kena usung keluar padang. Jatuh lar repubasi reputasi dia. So dia bagitau kat wa lain tahun lar dia main kat sini. Hahahaha..

Apa lar team Barcelona ni. Lu sudah tipu hidup2 penyokong lu kat Malaysia ni. Sebelum game ni.. punya lar gegak gempita penganjur mencanang Messi akan main nanti. Tapi.. tipah tertipu. Haha. Buat penat jer lu orang datang jauh2. Pengurusan Barcelona mana nak hargai pun penyokong yang sanggup korbankan Hari Raya ketiga semata2 nak pergi Stadium Shah Alam. Apa yang diorang pikir.. duit masyuk jer. Memang hampas!!.

Apa kata.. lu orang tukar sokong team AC Milan pulak. Team yang wa sokong. Mesti lu orang berbaloi punye! Jangan kata semua top player dia main.. silap2 presiden dia pun nanti wa paksa suruh main. Lepas habis main.. wa ajak lar dia makan ketupat lemang ngan kuah lontong. Pastu pau dia duit raya. Ok tak idea wa?

Hahahahaha...


p/s: lu orang ada tak dengar ayat skema Juruletih Jurulatih Malaysia lepas habis satu2 perlawanan.? Kalau tak ingat.. wa boleh ingatkan. Ayat dia yang tersohor tu "saya cukup berpuas hati dengan pemain saya walaupun kita kalah".

Hahaha..  apa lar punya coach ni.. kalah pun puas hati ker! Malas lar wa nak cakap banyak. Nanti angin satu badan. Baik wa pekena rendang ayam ngan nasi himpit ni. Lagi kenyang...! Haha

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin

No comments: