Tuesday, August 16, 2011

Calon2 Ustazah Pilihan di Astro?




(Kredit)


As salam semua. Kali ni wa nak citer berkenaan program terbaru di Astro iaitu Ustazah Pilihan. Walaupun sesi ujibakat belum bermula.. adakah pihak Astro telah mempunyai sebahagian calon2 pilihan mereka? Apakah mereka2 ini yang akan bersaing bila program ini bermula 1 Oktober nanti di siaran Astro Oasis?





Dari kiri : Kak Pah, Cik Zarra, Mrs Curly dan Cik Panadol

Rilek.. jangan salah faham. Memang pihak Astro belum pun mula sesi ujibakat tu. Diorg2 ni semua adalah geng2 wa yang sememangnya berbakat untuk masuk ujibakat tu.. tapi malangnya diorg2 ni semua jenis yang malas nak beratur panjang2 untuk ambik borang, pastu letih jari jemari nak isi borang tu.. pastu nak tunggu nama diorg dipanggil dan macam2 lagi lar segala malas2 nya. hehehe. Kalau diorg ni memang sedia untuk di ujibakat.. pehhh.. diorg tak payah nak bukak mulut, dari segi penampilan jer mesti terus terpilih punye wa cakap lu..!! hahaha.


Boleh bernasyid jugak tau. cukup package! hehe

Dah lar..banyak pulak wa melalut. Sebenarnya kitorg ni nak pergi rumah Zarra mama meow sebab dia buat open house untuk kitorg jer. Tengok tu.. betapa advance nya dia. Raya belum lagi tapi dah siap2 buat open house.  Tu belum lagi bertanding Ustazah Pilihan tu. hehehe. Tapi dia bagi syarat.. kalau nak datang rumah dia, kitorg kena ikut tema dia iaitu kena pakai jubah. Aiseh..wa mana ada jubah. terpaksa lar pakai baju melayu jer. Jadi wa kena denda.. berdiri kat luar pintu rumah sambil cakap "maafkan saya tuan rumah" sebanyak 50 kali, baru dia bagi masuk. Tu yang kadang2 tersasul tu.. tercakap 'maafkan saya tuan tanah.' hehehe.(sila jangan percaya)




Sambil2 tu.. buat lar jugak majlis harijadi untuk diorg bertiga iaitu tuan rumah (zarra), cik panadol dan mr curly yang jatuhnya pada bulan Ogos.




Diorg2 ni tak sanggup nak mendengarnya bila
Mr Curly nak start tazkirah dah. hahaha


Hepi Besday ar untuk lu org..
Moga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

15 comments:

cik sakdi said...

cool la mr curly potong kek. wahahah baru balik saloon la tu.

bdk johor said...

tu gambar yang sopan cik sakdi. lu tak tengok lagi gambar yang lepas potong kek. fuhh.. terlampau ganas!
hahaha

mr.curly said...

bro, tazkirah mlm tu paymentnye wa lom dpt lg ni, camno?..hikhik

Isteri Encek Bard said...

comel-comel ustazah nie... alamak ustaz culy klu bgi ceramah seratus meter ieb pecot

cik panadol said...

wah! budak tak ikut tema ni pon buat entry ke?hahaha

ShalleyshaLina a.k.a ChaLie said...

hahahha kesian ngan budak tak ikut tema...;p

dwatyKNY said...

ingatkan betul la tadi... yang peliknya mr curl pun nak ujibakat sekali ker... rupa2nya... saja memenuhi tema...

Akak Kembang said...

ada tokoh nampaknyer tu..

bdk johor said...

mr curly:

laa bro.. kan wa dah bagi sebiji kurma sebagai paymentnya. tak cukup ker? hahaha

bdk johor said...

Isteri Encek Bard:

memang comel2 belaka diorg tu. hehe

kalau si curly tu bagi ceramah, jangan kata lu pecut seratus meter.. dengan wa2 sekali pecut 4X400 meter. hahaha

bdk johor said...

cik panadol & Shalleyshalina:

oooo..lu org gelak sakan nampak! memang nak kena bako lubang idung masing2 ni.
cis3!!. huhu

bdk johor said...

dwaty:

ala lu ni dwaty.. kalau betul2 apa salahnya. diorg ni memang layak apa! kan..kan..kan! hehehe

curly tu kalau ujibakat, mau dia yg ujibakat org tu balik. hahaha

bdk johor said...

Alin Marlini:

sape Alin? wa ker yg ada tokoh? hehehe

nurul atikah said...

ustazah? hehehehe

bdk johor said...

nurul atikah:

yela nurul.. takkan kitorg yang lelaki ni jadi ustazah kot. hehe