Friday, May 25, 2012

Peh!! Lama nyer..



Assalam buat kengkawan semua. Yang dirindui dan dicintai selalu. Harap waras ar. Ada sesapa yang rindu kat wa tak? Kalau rindu sila Jangan angkat tangan. Wahh!! ramai yang rindu rupanya. Hahaha. Fuhh!! lama benar wa tak buat entri baru. Blog ni bukan sejuk jer.. beku terus. Hehe.Itu lar.. dulu wa pernah cakap kat manusia beku tu dia macam biskut chipsmore. Kejap ada kejap takde. Alih-alih wa yang macam biskut. Bukan setakat biskut chipsmore jer.. dah macam biskut kering cicah kopi sejuk yang tak berapa sedap. Hahaha. (gelak sakan nampak!)

Ok lar.. wa sebenarnya nak kongsikan lagu dari Mawi dan Akhil ni. Wa suka dengar muzik dan liriknya. Sungguh bermakna dalam kehidupan kita seharian. Dalam soal-soal yang biasa kita hadapi. Setiap masalah yang timbul.. samada sikit ataupun banyak, ataupun belum bertemu jodoh ker (macam terkena kat wa jer.. hehe), hendaklah selalu berdoa padaNYA.

Orait.. jom layan lagu ni ek.






Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui





Wa rindu lar nak bercoleteh dengan lu org macam dulu. Takpe.. wa akan selalu updatekan blog wa ni. Kalau rasa2 dah nak bersawang tu.. wa alu-alukan kalau lu org panggil lori alam flora kasi bersih wa punya rumah ni. Nak panggil bomba pun wa tak kisah. Dipersilakan..

Hahaha..



p/s: Selamat Hari Guru wa ucapkan jika tak terlambat lagi. Senyum2 selalu ar jika letih dengan kerenah anak murid. Bukan apa.. nanti elok2 muka tu cantik, bila selalu2 marah terus muka tu jadi macam ayam penyet pulak!
Hehehe.. Jangan mare ye.

4 comments:

Melati Qistyna's Mummy said...

Wa ingat Lu dh bersara beb, ahahahaha

Anonymous said...

Beku boleh cair. Insya-Allah, blog awak ni tak pernah khianati untuk memberikan senyuman. Eh, semacam banyak sangat pesanan untuk 'si beku' tu ek?

huhuhu..
Terima kasih. Tahun ini saya saya berkabung dari menyambut HG.

bdk johor said...

Melati Qistyna's:

Wa belum cukup umur lagi.. mana boleh bersara.
Hahaha..

bdk johor said...

Anisa:

InsyaALLAH..beku boleh cair. Memang banyak pesanan untuk awak tu. Senyum..

Saya tahu.. saya harap awak tabah menghadapinya kerna saya tahu awak sememangnya insan yg cukup tabah. Jangan dilupakan doa buat arwah bonda ye.