Wednesday, July 23, 2014

Selamat Balik Kampung. Berhati2 Selalu Ek!





Assalam kengkawan semua. Aiseh...dah kemas kain baju nampak. Nak balik kampung ek. Tapi..wa nampak dah cam orang nak lari dari rumah pun ada. Yela.. beg semua besar2. Hahahaha

Yela.. dah tak sabar2 dah kan! Tapi.. apa2 pun wa harap lu orang semua pastikan diri tu cergas masa nak memandu nanti. Cukupkan tidur tu (eleh.. wa sendiri pon selalu tido lambat. Hehehe). Lagi satu.. jangan lar lu orang berlumba lak nanti kat jalanraya ek. Biar lambat..asal selamat. Tak lari gunung di kejar. Eh silap lak! Tak lari kampung di kejar! 

Hahahaha

Tapi..sebelum tu, jom layan lagu raya dendangan Avril Lavigne..Pulang Di Hari Raya. Haa! Nape.! tak percaya ker dia nyanyi? Halo bro..jangan kata lagu melayu.. lagu jawa pun dia boleh ar! Small matter kata dia.

Hahahaha






Thursday, July 17, 2014

Selamat Berpuasa Semua





Salam Ramadan wa ucapkan pada semua. Hari ni dah hari ke 19 Ramadan kita berpuasa. Ada sesapa tinggal puasa tak? Hehe

Puasa.. jangan tak puasa. Walaupun cuaca sangat panas..tapi jangan lar nak mengelat lak ek. Hehe. Kalau sesapa dapat puasa penuh.. wa akan bagi hadiah. Iaitu sampul duit raya. Bukan duit ar.. tapi sampul jer.

Hahahaha..


p/s: tahniah buat pasukan Jerman@Johor (pasukan juara memang bermula dengan huruf 'J'. Hahaha) sebab menang piala dunia dan liga super. Wa dah janji dengan pasukan Jerman nak belanja makan durian sebab menang piala dunia. Diorang boleh melantak sepuas-puasnya.. nak panjat pokok tu ker.. nak pecahkan pokok tu ker.. nak bengkokkan pokok tu ker.. semua boleh.. tapi dengan syarat trofi piala dunia tu kena tinggalkan kat wa. Sebab wa buat alu lesung batu.

Hahahahaha..


Monday, June 16, 2014

World Cup Brasil 2014 - Gluck Deutschland!




La la la la la la la.. Aiseh.. ternyanyi lak lagu piala dunia dari Shakira. Hehe. Biasak lar kan.. sekarang musim Piala Dunia 2014.

Team favourite wa mesti ler Jerman. Ok ni wa kasi speaking Jerman sikit. "Gluck Deutschland"!!

Amacam.. tergeliat tak lidah nak sebutnya! Hahaha. Tu dalam bahasa Jerman.. kalau dalam jawa maknanya good luck germany lar. Hahaha.

Kat bawah ni lar team Jerman yang akan berentap dengan Portugal malam nanti.

Aiseh..tersilap lak. Ni bukan team Jerman.. ni panda Jerman. Hahaha

Haaa... ni baru betul.

Wa ramalkan malam ni Jerman akan menang 3-2 lawan Portugal dan wa harap Jerman boleh pergi sampai ke Final nanti.

Kalau menang world cup pulak.. nanti wa akan belanja makan durian kat kampung wa. Sorang makan 10 bijik! Cukup tak?

Hahahaha..

Monday, June 2, 2014

Peribahasa Baru Wei!




Assalam semua.. haha.. Saja wa citer pasal peribahasa baru ni. Wa puchitau (tak tahu) ada dalam kamus DBP ker tidak peribahasa ni. Hahaha.

Bukan apa.. citer pasal panda ni wa tak mau lu orang lupa ar. Walapun tengah hangat pasal DNA babi dalam cadbury sekarang ni. Itu lu orang kena tanya Kementerian Kesihatan dan JAKIM sepatutnya.. pasal apa diorang peram lama2 ( 3 bulan ) keputusan ujian makmal tu. 

Ok..balik pada panda kesayangan ramai ni.. chewah!!.. wa tak nampak faedahnya bawak binatang ni kat sini. Walau apa pun alasannya.. membazir wei duit 70 juta tu. Boleh buat macam2 dengan duit sebanyak tu.

Nak lagi kos sara hidup yang tinggi sekarang ni. Jangan lar diikutkan cakap sorang timbalan menteri tu. Bawak panda kesini sebab rakyat tak perlu ke China kalau nak tengok. Hahaha. Buat wa gelak guling2 jer. 

Habis tu.. kalau rakyat nak naik Tembok Besar China tu.. kerajaan akan bawak tembok tu datang ke sini lar ek? Hahahaha..

Malaysia Boleh kan? Hahahahaha

Ni wa bikin pantun pada peminat Panda ni..

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing garang
Puas sudah binatang ku cari
Mana nak sama Panda sepasang


Makan nasi di kedai Kasmah
Makan percuma Rajib belanja
Rakyat miskin tiada rumah
Panda sepasang ditatang manja


Makan nasi harga seringgit
Nasi putih berkuah santan
Rumah Panda jutaan ringgit
Rumah Rakyat Bawah Jambatan

Kuih Pau bersama inti
Kuih bahulu tidak diuli
Panda ditatang sepenuh hati
Rakyat derita tidak dipeduli


Panda betina Panda jantan
Jarang dijumpa Panda Pondan
Rakyat pelik sikap kerajaan
Membazir dan rasuah jadi amalan



Hahaha.. amacam..best tak pantun ni.?
Sekalung penghargaan buat pembikin pantun tu di sini



Wednesday, May 21, 2014

(Waspada) Cermin Kereta Dibaling Dengan Telur/Tanah


Kredit


Sekadar perkongsian

Malam tadi sekitar pukul 12.30 pagi saya melalui jalan biasa untuk ke KLIA. Ketika pulang melalui jalan LBJ-Seremban2 10km dari Jayajusco tiada satu kenderaan yang kelihatan. Dengan tidak semena-mena terdengar bunyi dentuman kuat dicermin hadapan yang mengejutkan kami.

Apabila diamati segumpal tanah seolah-olah di baling oleh seseorang. Wah! Terlintas dibenak fikiran ini pastinya taktik jenayah untuk membuatkan kami berhenti dengan membersihkan tanah yang menghalang pandangan.

Syukur kepada Allah swt saya meneruskan perjalanan dengan keadaan cermin hadapan yang sedikit kabur....

kesimpulannya,

1.jangan berhentikan kenderaan anda di kawasan sunyi tanpa pengguna jalan raya yg lain.

2.sekiranya tanah ataupun telor pada cermin anda,jangan gunakan wiper kerana ia akan mengaburkn lagi pandangan.

3.hati-hati dengan taktik licik lanun darat.. -sumber:fb



JANGAN BERHENTIKAN KENDERAAN JIKA DIBALING TELUR DI BAHAGIAN CERMIN HADAPAN


Ini adalah peringatan yang tak pernah jemu kami kongsikan. Jika anda memandu di waktu malam dan ada telur dibaling ke cermin hadapan kereta, pastikan jangan berhenti dan terus memandu ke kawasan orang ramai atau ke Balai Polis.

Juga jangan sesekali menggunakan wiper untuk membuang telur tersebut kerana telur bercampur air jika di'wiper, akan menghilangkan kejelasan pandangan cermin depan sehingga 92.5%. Jika ianya berlaku, pastinya anda akan berhenti di tepi jalan dan terus akan menjadi mangsa rompakan secara berkumpulan.

Ini adalah teknik yang semakin popular digunakan perompak jalanan tetapi kesedaran masih kurang pada ramai pemandu di Malaysia.

Jadi wa harap pemandu2 semua berhati2 selalu ar.

Kredit citer ni di sini

Tuesday, May 6, 2014

AlFatihah Buat Allahyarham Aziz Sattar




Hari ini kita kehilangan seorang seniman agong Allahyarham Aziz Sattar yang telah kembali kerahmatullah pagi tadi kerana serangan sakit jantung. Tentu kita terasa kehilangan Allahyarham kan! Memang wa peminat citer2 lakonan Allahyarham. 

Hampir semua dialog citer P.Ramlee yang arwah ada berlakon bersama..memang wa dan bestfriend wa mr curly boleh hafal. Citer komedi lar. Lu orang cakap jer dialog apa.. kitorang boleh sambungkan. Terer tak? Huhu. Wa memang tak boleh lupa dialog "jolok motosikal ye bang" dalam citer seniman bujang lapok. Kelakar giler citer tu. Erm..sedihkan!

"maznah datang..bukak lar pintu bang" hehe

Marilah kita sama2 doakan moga roh Allahyarham ditempatkan didalam golongan orang2 yang beriman dan beramal soleh.

Amin..

Monday, May 5, 2014

Citer Kegemaran Wa Kembali Lagi.







Assalam semua. Yeaahh!! budak johor is back! Eh silap lak.. Jack is back. Citer 24 yang wa minat giler akan start bersiaran esok jam 10.00pm di saluran AXN. Chewah.. ayat skema jer kan! Hahaha.



Citer ni memang best. Banyak aksi woo. Takde ayat2 cintan atau tangkap leleh punya. Hahaha. Wa pernah story kat sini dulu. Jadi.. jangan ke mana2 ar temujanji kita besok malam. Bukan dating lar.. tengok tv jer. Hehehe




#Lets Pray For MH370