Wednesday, May 21, 2014

(Waspada) Cermin Kereta Dibaling Dengan Telur/Tanah


Kredit


Sekadar perkongsian

Malam tadi sekitar pukul 12.30 pagi saya melalui jalan biasa untuk ke KLIA. Ketika pulang melalui jalan LBJ-Seremban2 10km dari Jayajusco tiada satu kenderaan yang kelihatan. Dengan tidak semena-mena terdengar bunyi dentuman kuat dicermin hadapan yang mengejutkan kami.

Apabila diamati segumpal tanah seolah-olah di baling oleh seseorang. Wah! Terlintas dibenak fikiran ini pastinya taktik jenayah untuk membuatkan kami berhenti dengan membersihkan tanah yang menghalang pandangan.

Syukur kepada Allah swt saya meneruskan perjalanan dengan keadaan cermin hadapan yang sedikit kabur....

kesimpulannya,

1.jangan berhentikan kenderaan anda di kawasan sunyi tanpa pengguna jalan raya yg lain.

2.sekiranya tanah ataupun telor pada cermin anda,jangan gunakan wiper kerana ia akan mengaburkn lagi pandangan.

3.hati-hati dengan taktik licik lanun darat.. -sumber:fb



JANGAN BERHENTIKAN KENDERAAN JIKA DIBALING TELUR DI BAHAGIAN CERMIN HADAPAN


Ini adalah peringatan yang tak pernah jemu kami kongsikan. Jika anda memandu di waktu malam dan ada telur dibaling ke cermin hadapan kereta, pastikan jangan berhenti dan terus memandu ke kawasan orang ramai atau ke Balai Polis.

Juga jangan sesekali menggunakan wiper untuk membuang telur tersebut kerana telur bercampur air jika di'wiper, akan menghilangkan kejelasan pandangan cermin depan sehingga 92.5%. Jika ianya berlaku, pastinya anda akan berhenti di tepi jalan dan terus akan menjadi mangsa rompakan secara berkumpulan.

Ini adalah teknik yang semakin popular digunakan perompak jalanan tetapi kesedaran masih kurang pada ramai pemandu di Malaysia.

Jadi wa harap pemandu2 semua berhati2 selalu ar.

Kredit citer ni di sini

Tuesday, May 6, 2014

AlFatihah Buat Allahyarham Aziz Sattar




Hari ini kita kehilangan seorang seniman agong Allahyarham Aziz Sattar yang telah kembali kerahmatullah pagi tadi kerana serangan sakit jantung. Tentu kita terasa kehilangan Allahyarham kan! Memang wa peminat citer2 lakonan Allahyarham. 

Hampir semua dialog citer P.Ramlee yang arwah ada berlakon bersama..memang wa dan bestfriend wa mr curly boleh hafal. Citer komedi lar. Lu orang cakap jer dialog apa.. kitorang boleh sambungkan. Terer tak? Huhu. Wa memang tak boleh lupa dialog "jolok motosikal ye bang" dalam citer seniman bujang lapok. Kelakar giler citer tu. Erm..sedihkan!

"maznah datang..bukak lar pintu bang" hehe

Marilah kita sama2 doakan moga roh Allahyarham ditempatkan didalam golongan orang2 yang beriman dan beramal soleh.

Amin..

Monday, May 5, 2014

Citer Kegemaran Wa Kembali Lagi.







Assalam semua. Yeaahh!! budak johor is back! Eh silap lak.. Jack is back. Citer 24 yang wa minat giler akan start bersiaran esok jam 10.00pm di saluran AXN. Chewah.. ayat skema jer kan! Hahaha.



Citer ni memang best. Banyak aksi woo. Takde ayat2 cintan atau tangkap leleh punya. Hahaha. Wa pernah story kat sini dulu. Jadi.. jangan ke mana2 ar temujanji kita besok malam. Bukan dating lar.. tengok tv jer. Hehehe




#Lets Pray For MH370