Tuesday, March 11, 2014

Let Pray For #MH370





Assalam kengkawan semua. Marilah kita sama2 mendoakan keselamatan semua krew dan penumpang MAS MH370. Sesungguhnya kita kena kembali pada Yang Maha Kuasa. Tiadalah daya kita melawan ketentuanNYA. 

Kita bermohon agar ALLAH berilah petunjuk walaupun sebesar zarah sekalipun agar kita dapat menemui pesawat ini kembali. Amin..

Kita berharap ini bukannya cubaan rampasan pesawat walaupun diberitakan ejen CTU sudah berada di Malaysia sekarang ini untuk menyiasat (harap tidaklah) kemungkinan itu.

Thursday, January 30, 2014

Indahnya Shanghai. Part 1


Yanlord Riverside Garden

Assalam kengkawan semua. Sebenarnya kitorang pergi Shanghai dalam bulan lepas. Masa musim sejuk lagi. Suhu dalam sekitar 2-5 darjah selsius waktu siang. Waktu malam memang sejuk giler ler.. negatif 4 - 1 darjah selsius. Itu sebab lar kalau diorang kata suhu sejuk yang melanda pantai timur sekarang ini akibat dari angin dari Tanah Besar China, memang wa setuju sangat.


Awal2 sampai jer adik wa ajak main futsal dengan kawan2 dia. Wa layan jer.. memang tak berpeluh pun main dalam cuaca sejuk. Tapi lu susah nak bernafas sikit lar sebab air hingus dah beku. Hahahaha..

Anak buah wa. Yg kiri tu kitorg panggil ais..kanan tu rania. udah rupa anak cina kan! hahaha

Sekarang sesi meronda lak. Yela.. dah sampai, takkan nak melepak jer kat rumah kan! Jom kita terjah apa aktiviti kitorang hari pertama tu.

kawan2 adik ipar wa.

tu adik wa.


Pergi mana2 memang senang lar naik tren bawah tanah. Pengangkutan subway tren diorang ni memang canggih lar. Ada lebih 10 laluan (landasan) yang dipanggil LINE kalau nak pergi mana2. Kitorang punya destinasi People's Square.

Tunggu sambungan akan datang ar. Time ni wa tak larat nak tepek gambar banyak2. Sori ar. Haha


Monday, January 13, 2014

Cuti-Cuti Kat Oversea. Hehe






Yeahhh!! Kitorang dah sampai Pudong International Airport, China. 
Bukan dah tak nak duk kat Malaysia lagi.. tapi pergi cari kangkung kat sini. Opsss!! silap lak.. pergi bercuti kat Shanghai lar. Hahahaha

Nantikan cerita pengembaraan kitorang ar.
Tungguuuuuuuuuuuu...!!


p/s: waktu sampai Pudong Airport ni (2.00am), suhu dalam 1 darjah selsius. Sejuk giler..!! nasib baik tak giler. Hahahaha

Thursday, January 9, 2014

Bye Bye Malaysia






Assalam kengkawan semua. Kabare? Rindu kat wa tak?

Apa... tak rindu kat wa?? Takpe ar.. kalau cenggitu wa lari lar dari Malaysia. Wa nak pergi jauh2 ler dari sini. Kat negara lain tak pening barang2 naik. Betul tak? Hahahaha..

Wa chow dulu ar.. 
Adigos...!!!
Selamat tinggal tanahairku..



wa bawak darling wa sekali. hehe

Monday, December 30, 2013

Selamat Menyambut Tahun Naik Harga 2014




Selamat Tahun Baru 2014 ar. Harap semuanya selamat2 belaka pasal semuanya naik2 belaka. Hehe

Jangan darah naik udah lar ye.

Hahahahaha..





Ada lagi ker yang naik??
...pikir lain nampak!!
Hehehehehe

Thursday, October 17, 2013

Gambar Terbaik - Warna Warni AidilAdha.






Pertama kali dalam sejarah.. Sampai terpaksa panggil polis nak kejar lembu ni. Hahaha. Dasat betul lu ar lembu. Mungkin lembu ni cakap " gua lar raja hari ini.. sapa pun tak boleh tangkap gua. Hahaha".

Hahahaha..

Laporannya di sini.

Monday, October 14, 2013

Selamat Hari Raya AidilAdha






Salam AidilAdha wa ucapkan pada semua. Jangan lar lupa kat wa ek kalau makan lemang atau ketupat ker nanti.. tak pun dengan burasak, nak pulak cicah dengan rendang ayam. Peh!! meleleh air liur dibuatnya. Hahahaha..

Maaf jika wa ada terkasar bahasa. Kita kosong-kosong ar.