Bermula dari khidmat perayauan antarabangsa, sehinggalah kepada
kehilangan baki kredit tanpa sebab yang munasabah, ianya didedahkan
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam sidang media berkaitan
isu caj-caj melampau di ibu negara. Tindakan syarikat Telekommunikasi yang dilihat tidak telus dalam urusan perkhidmatan data internet disifatkan satu penipuan yang harus ditangani oleh Kerajaan.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna
Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menerima
banyak aduan daripada orang ramai berkenaan hal berkenaan dan ia dilihat
semakin berleluasa.
Telco juga mengamalkan bentuk perniagaan yang tidak sihat dalam pelan perniagaan data yang ditawarkan mereka.
Menurut
beliau lagi, apa yang dialami para pengguna kini merupakan satu bentuk
penipuan telco dan ada kes juga di mana pelanggan melanggan data tetapi
langsung tidak menerima perkhidmatan seperti yang dijanjikan.
“Itu
penipuan lah tu, patutnya jika pelanggan melanggan 3 gigabyte (GB)
patutnya tiga, dapatnya 1.5GB kadang-kadang tidak dapat langsung, orang
pun marah pilih syarikat telekomunikasi lain tetapi perlu menandatangani
kontrak selama dua tahun.“Jika ada pengguna tidak bayar, tiap-tiap bulan dikenakan penalti pula
setiap bulan RM50… Akhirnya ada pengguna sampai perlu membayar RM20,000
lebih bermula daripada hanya RM200 yang tidak dibayar,” katanya.
Berikut antara penipuan syarikat TELCO yang didedahkan Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan.
Perayauan Antarabangsa (Roaming) -
Caj sehingga mencecah RM80,000 selepas berada di luar negara tanpa
mengetahui wujudnya perkhidmatan berkenaan, bila dibuat aduan kepada
syarikat telekomunikasi (TELCO), pihak TELCO mendakwa perkhidmatan itu
memang sudah tersedia di dalam langganan.
Kehilangan Kredit Pra-Bayar -
Syarikat TELCO mengambil sejumlah kredit daripada akaun pengguna atas
sebab perkhidmatan data internet harian padahal, pelanggan itu sudahpun
membuat langganan untuk data internet secara bulanan, selepas membuat
aduan, barulah jumlah kredit berkenaan dikembalikan semula, jika tidak
dibuat aduan, kredit berkenaan akan hilang. Bayangkan berapa banyak kes
kehilangan kredit sebegitu tidak yang tidak dibuat aduan.
Pelan Data Internet -
Pelanggan yang memohon langganan 3 Gigabyte (3GB) contohnya, tetapi
hanya mendapat 1.5GB dan ada aduan yang diterima PPIM, tidak menerima
apa-apa langsung langganan.
Kesahihan Baki Data Internet -
Pakej data internet yang dilanggan 3GB didakwa sudah habis digunakan
oleh syarikat TELCO biarpun selepas hanya beberapa hari dilanggan, untuk
terus menggunakan data internet.
Penalti Bayaran Lewat -
Ada aduan diterima PPIM, pelanggan syarikat TELCO terpaksa membayar
sehingga RM20,000 akibat penalti RM50 sebulan yang dikenakan syarikat
TELCO bermula daripada jumlah RM200 yang tidak dibayar.
Panggilan Tidak Berjawab - Panggilan pelanggan syarikat TELCO jika tidak dijawab, ianya tetap akan dicaj biarpun tidak sampai satu saat.
Caj Melampau Tidak Munasabah TELCO - Caj untuk mendengar pesanan suara (voicemail), caj untuk menerima bil dicetak dan caj untuk mendapatkan bil terperinci.
Mesej Berbayar Yang Tidak Dilanggan -
Tambahan kepada penipuan syarikat TELCO di Malaysia seperti yang
dialami oleh SP sendiri, kredit sebanyak RM1 akan dipotong selepas
membuka mesej yang dihantar oleh penyedia rangkaian sedangkan tiada
langganan pernah dilakukan. Kejadian hanya disedari selepas
berbulan-bulan menerima mesej beberapa kali seminggu.
Siapa Pantau Kesahihan Penggunaan Data?
Mudah
untuk syarikat telekomunikasi (Telco) sekadar menghantar SMS memberitahu
kita sudah habis guna dan sila beli lagi kalau nak guna lagi. Nampak
macam kaedah marketing untuk perah duit pelanggan sendiri.
p/s: bagi wa lar.. kita memang ditipu selama ni oleh kapitalis ekonomi. Apa2 perkara yang dilakukan.. semuanya kita kena telan bulat2 walaupun kita tak bersetuju. Macam celaka kan! Nanti wa citerkan dilain episod ek. Hehe